Sunday, May 30, 2010

ERTI SEBUAH PERJUANGAN

DISALIN DARIPADA BLOG DSAI
30
MayUcapan Dasar Presiden PKR
By Anwar Ibrahim 12 Comments
Categories: Agenda Baru, Aktiviti, Analisis, Antarabangsa, Anwar, Asia Tenggara, Demokrasi, Ekonomi, Hebahan, Islam, Isu Semasa, KeADILan, Kewangan, Mahasiswa, Mahkamah, Malaysia, Media, Pakatan Rakyat, Parlimen, Persidangan, Perutusan, Pilihanraya, Politik, Program, Propaganda, Selangor and Umno
PENDAHULUAN

Bismillah alrrahman alrrahim, Assalamu’alaikum Warahmatullihi wa barakatuhu dan salam sejahtera.

Syukur ke hadrat Allah swt kita di panjangkan usia dan dianugerahkan kesihatan yang baik hingga dapat bersama-sama di dewan Kelantan Trade Centre ini bagi mengadakan Kongres Parti Keadilan Rakyat.

Pada tahun ini, kita bertuah kerana dapat bertandang ke Kota Bharu, Kelantan, bumi Cik Siti Wan Kembang, negeri yang diperintah oleh kerajaan pimpinan rakan kita, dari Parti Islam se-Malaysia sejak dua dekad yang lalu.

Walaupun dengan kelebihan satu kerusi pada 2004, PAS dengan kepimpinan ulamak; tawadduq dan istiqamah telah Berjaya mempertahankan kerajaan negeri terus memperkukuhkannya hingga ke hari ini.

Justeru, kunjungan kita ke Kota Bharu ini, bukan satu kebetulan. Kunjungan ini disertai dengan misi penting; yakni, mengajak kita semua kembali menghayati fitrah sebuah perjuangan yang kita pegang.

Orang hulu balik ke hulu,
Bila sampai bulan terang,
Asal niat jernihkan dahulu,
Agar segak langkah pejuang.

ERTI SEBUAH PERJUANGAN

Saudara-saudari yang dikasihi,

Kita telah lalui tiga era kepimpinan lawan. Kepimpinan UMNO kini kian berkecamuk dan terdesak, umpama binatang buas yang luka, tindakbalasnya nekad dan lebih zalim.

Sesungguhnya hanya pejuang sejati yang mampu berhadapan dengan musuh yang terdesak serta nekad seperti hari ini. Hanya pejuang sejati yang mampu berhadapan dengan tekanan di luar batas kemanusiaan serta ujian sogokan dan imbuhan, ibarat tiada sempadan.

Justeru, bagaimana pula tindakan kita? Kita harus kembali ke titik mula perjuangan kita; janji dan sumpah kita, harapan dan doa restu rakyat. Kita juga harus muhasabah, secara jujur dan ikhlas, adakah kita pejuang sejati.

Saudara-saudari perwakilan yang dikasihi,

Kita singkap semula! KEADILAN lahir di tengah-tengah rintihan rakyat. Rakyat mendambakan satu wadah yang diharapkan dapat menyelamatkan negara ini dari terus dimusnahkan.

Pabila Raja kerenah,
Pabila gundek menabur fitnah,
Pabila pembesar kurang amanah,
Pabila kepercayaan rakyat kian punah,
Itulah tandanya Negara akan musnah.

Di bahu kita harapan disandarkan. Ibarat batang pokok, yang menunjangi perjuangan kita. Kita yakin kemahuan rakyat yang mahukan keadilan dan perubahan.
Hari ini, akan saya ungkapkan sekali lagi Deklarasi Permatang Pauh, 12 September 1998. Bahawa yang kita perjuangkan adalah:

Gerakan reformasi yang terpancar perjuangan hati nurani, dari kesedaran bahawa sesungguhnya diri manusia itu mulia dan merdeka, mempunyai hak dan tanggungjawab, diri manusia haram dizalimi dan diaibkan, haram di belenggu dan disekat tanpa mengikut proses dan undang-undang yang adil

Gerakan reformasi untuk menegakkan keadilan untuk semua, yang kuat dan yang lemah, yang kaya dan yang miskin; membersihkan institusi dan proses undang-undang dari dicemari oleh penyalahgunaan kuasa dan rasuah;

Gerakan reformasi untuk mendaulatkan kuasa rakyat melalui proses demokrasi. Demokrasi itu satu kemestian, kerana semangat keadilan yang ada dalam diri manusia membolehkan demokrasi dilaksana, tetapi kecenderungan manusia untuk berlaku zalim menjadikan demokrasi satu kewajipan;

Gerakan reformasi untuk memperjuangkan keadilan ekonomi, menjana pertumbuhan dan pengagihan yang saksama, jangan yang kaya bertambah kaya yang miskin papa kedana. Dunia ini mencukupi untuk keperluan semua, tetapi tidak mencukupi untuk memenuhi kerakusan individu;

Gerakan reformasi untuk membanteras rasuah dan penyalahgunaan kuasa, mengikis manipulasi pasaran oleh segelintir golongan rakus dan mahakaya;

Gerakan reformasi untuk memperkukuhkan jayadiri budaya yang dinamis, setia kepada warisan bangsa yang murni dan terbuka kepada segala yang baik dari semua budaya;

Saudara-saudari dalam perjuangan yang dikasihi,

Pilihanraya umum ke-12 memberi kemenangan dan kedudukan moral kepada kita untuk mendepani usaha menyelamatkan Negara.

Walaupun kita telah membuat anjakan besar, hakikatnya negara masih lagi bergelut dengan kebejatan dan salah guna kuasa yang sama, diarahkan oleh dalang politik yang sama. Malah jauh lebih ganas kerana luka 2008 tidak mampu mereka terima.

Justeru, tidak hairanlah sandiwara Fitnah 2 dirancang dan kali ini menonjolkan watak yang lebih mantap. Fitnah 2 ini adalah peringatan besar kepada kita bahawa barah yang mencetuskan perjuangan rakyat pada tahun 1998; masih bersarang, makin bernanah hingga ke hari ini.

Ringkasnya tuan-tuan dan puan-puan,

Sewajarnya kita mengingat kembali pengajaran perjuangan Rasulullah SAW ketika berlakunya ujian-ujian getir dalam peristiwa Tahun Kesedihan – orang-orang Islam telah dipulaukan, isteri kesayangan Rasullah SAW iaitu Saidatina Khadijah dan Abu Talib, bapa saudara Rasullah SAW meninggal dunia pada tahun itu, sehinggakan Rasulullah ditempelak oleh musuhnya bahawa “Tuhannya sendiri telah meninggalkannya”. Tetapi berkat iman dan istiqamah mereka, Allah SWT membalasnya dengan kemenangan.

Memang lazim kebatilan disokong kerana ia ada kekuatan, kezaliman dijunjung kerana ia ada kuasa, manakala pembohongan diakui, kerana ia kaya dan menguasai media. Namun percayalah, sebuah kerajaan yang zalim, kekuatan zahiriah yang mereka ada selalu menyembunyikan betapa rapuhnya tampuk kuasa yang mereka pegang; ingat firman Allah SWT dalam Surah al-Hasyr ayat 14, mafhumnya:

Di dalam al-Quran, Allah SWT memberikan contoh-contoh yang nyata mengenai peringatan ini -dari Firaun ke Parsi hingga ke Rom; kerajaan zalim yang nampak begitu gagah runtuh satu persatu. Kita arif dengan kupasan Ibn Khaldun dalam mukaddimah. Mutakhir ini kita menyaksikan kebangkitan rakyat menewaskan kezaliman apartheid di Afrika Selatan, Marcos di Filipina dan Shah di Iran. Continue reading ‘Ucapan Dasar Presiden PKR’

29
May15th Middle East eGovernment and eServices Excellence Awards Awarded
By Anwar Ibrahim 2 Comments
Categories: Agenda Baru, Aktiviti, Analisis, Antarabangsa, Anwar, Asia Tenggara, Demokrasi, Ekonomi, Hebahan, Islam, Isu Semasa, KeADILan, Kewangan, Malaysia, Pakatan Rakyat, Parlimen, Persidangan and Program
Organized by the Middle East Excellence Awards Institute, the 15th Middle East eGovernment and eServices Excellence Awards was hosted at the Burj Al Arab Hotel , Dubai, UAE, to honor individuals and organizations within the Information and Communication Technology (ICT) sphere.

Held annually, the 15th Middle East eGovernment and eServices Excellence Awards honors noteworthy achievements and outstanding contributions in improving organizational performance through technology by focusing on the innovative use of eServices and eGovernment applications by regional organizations to exceed customers expectations while providing cutting-edge service to the public.

The awards were presented to the winners by Cheif Guest H.E Dr. Rashed Ahmed Bin Fahd UAE Minister of Environment & Water and Hon. Dato Seri Anwar Ibrahim, Former Deputy Prime Minister, Malaysia

No comments:

Post a Comment