Thursday, July 8, 2010

MALAYSIA NEGARA ISLAM?????


Disalin daripada aPAKAH PENDAPAT ANDA TENTANG SSM HARUSSANI
Rabu, 2010 Julai 07
HARUSSANI KATA MALAYSIA NEGARA ISLAM !!



KUALA LUMPUR 1 Julai - Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria menegaskan orang bukan Islam tidak seharusnya mempertikaikan status Malaysia sebagai sebuah negara Islam tanpa memahami sejarah serta Perlembagaan negara. [utusan Meloya : sila klik]

KOMEN;

Di sini dipaparkan beberapa fakta sejarah;

pertama;

Tunku Abdur rahman berkata pada tahun 1958 dalam Dewan rakyat; "Saya suka menjelaskan bahawa negara ini bukanlah sebuah negara Islam sebagaimana difahamkan secara umumnya. Kita Cuma memperuntukan islam hendaklah menjadi agama rasmi" [official Report of Legislative Council Debate, 1958]

kedua;

"Bekas ketua hakim negara, Tun Mohammed Suffian Hashim, Tujuan Islam (menjadi Agama persekutuan) dimasukkan pada awalnya adalah semata-mata untuk upacara misalnya untuk membolehkan doa dibaca diupacara-upacara rasmi, seperti pertabalan yang dipertuan agong, hari kemerdekaan dan lain-lain" [Al-Ahkam : 4/18]

GALERI GAMBAR:



Hadharah Islamiyyah bukan islam hadhari : m.s, 35



Al-Ahkam : 4/18

Al-Ahkam : 4/18






Sekian

Wallahu 'Alam

Al-bakistani
ustaz_bakistani@yahoo.com



- Sri Indah [b] Sg buloh
8 Julai 2010 * 2:38 Petang

Dicatat oleh Al-Bakistani di 23:29 0 ulasan
BERITA BERGAMBAR

Bancian sudah bermula, menandakan PRU sudah hampir tiba


mula-mula sumpit, lepas tu guna C4 pula. Kalau dah guna C4, baru ada harapan jadi PM Malaysia



Dicatat oleh Al-Bakistani di 12:52 0 ulasan
ISTERI PM [ROSMAH MANSOOR] BUKA RESTORAN !!!

(klik untuk besarkan)

Dicatat oleh Al-Bakistani di 12:40 0 ulasan
NEGARA ISLAM : ANTARA NILAI DAN HUKUM

[1]
Dalam perlembagaan PAS fasal 5 [1] ada menyebut bahawa tujuan PAS adalah, "Memperjuangkan wujudnya di dalam negara ini sebuah masyarakat dan pemerintahan yang terlaksana di dalamnya nilai-nilai hidup Islam dan hukum-hukumnya menuju keredhaan Allah" (sila klik)

Dalam perlembagaan PAS ini, disebut "nilai-nilai hidup Islam" dahulu berbanding menyebut "hukum-hukumnya".

secara falsafahnya, Hukum terlahir dari nilai. Hukum wajib terlahir, daripada nilai kebaikan. Hukum haram terlahir, daripada keburukan dan kemudharatan.

Seseorang yang tidak rasuah dan tidak melakukan penyelewengan terhadap harta rakyat, bermakna dia telah mengakui nilai kebaikan yang wujud disebalik larangan Allah dari memakan harta manusia secara batil [lihat surah Al-Baqarah : 188] . Walau lidahnya tidak menyebut "rasuah adalah haram", tetapi tindakannya sudah membuktikan bahawa hati kecilnya sudah mengakui hukum haram rasuah.

Tindakan ini, lebih baik daripada tindakan orang yang menyebut dengan lidahnya bahawa rasuah itu haram, tetapi dalam masa yang sama dia sendiri makan rasuah. Namun, jika dilidahnya mengatakan haram, disamping dia juga tidak mendekati rasuah, maka itu lebih baik lagi.

Jika dibaca Al-Quran, kita akan dapati Allah SWT lebih banyak mendatangkan nilai berbanding menyatakan hukum. Sesuatu itu dinyatakan hukum begitu dan begini adalah dari kaedah usul fiqh yang telah disusun oleh ulama-ulama yang muktabar.

Ulama menyebut bahawa Zina itu haram. Tetapi, jika dibaca dalam Al-Quran, yang disebut oleh Allah adalah "jangan kamu hampiri zina kerana ia adalah perbuatan keji dan sejahat-jahat jalan" [surah Al-Isra' : 32]

Bermakna, Allah SWT mengemukakan nilai [unsur keburukan yang wujud dalam zina]. Adapun hukum haram zina, diungkap oleh ulama berdasarkan kepada kaedah usul fiqh.

[2]

kita menyeru manusia kepada Islam. kadang-kadang dengan cara mengemukakan hukum, menyebabkan mereka lari meninggalkan kita. tetapi, jika dikemukakan nilai, ia dapat menghampirkan diri mereka kepada kita, malahan mereka boleh mengikuti apa yang kita dakwahkan itu.

Yang paling penting bagi pendakwah adalah, dapat menjauhkan sasaran dari perkara yang haram, dan sasaran dakwah itu dapat menunaikan perkara yang wajib. Walau mereka tidak menyebut "perkara itu haram" dan "perkara ini wajib" sekalipun, tetapi hati kecil mereka sudah akui keburukan yang ada pada benda haram, dan akui kebaikan yang wujud dalam benda wajib, maka itu sudah cukup dii'tiraf sebagai kejayaan dalam dakwah.

[3]

Istilah negara islam merupakan satu slogan. ia mengandungi nilai-nilainya. Yang paling penting adalah, bagaimana nilai-nilai negara islam itu terlaksana. Walau tidak disebut 'negara islam' sekalipun, tetapi rakyat dalam negara itu mengecapi nilai-nilai islam, maka itu sudah cukup untuk menyatakan bahawa negara itu adalah negara islam.

Unsur kasih sayang, tidak rasuah, tidak ada penyelewengan, rakyat hidup dalam harmoni, rakyat dapat mengecapi keadilan dan terhindar dari kezaliman merupakan nilai-nilai bagi sesebuah kerajaan Islam. Apakah mesti menggunakan "Negara islam" atau tidak, maka sekadar slogan sahaja.

jika difahami ini, sudah pasti kita tidak akan menolak kaedah yang menyebut;

الحكم يدور على المسمى لا على الإسم

maksudnya;
"Hukum itu berlegar pada benda yang diberi nama, bukan pada nama"

[4]

Jika difahami ini, pasti kita tidak akan terkejut apabila Dr Yusuf Al-Qaradhawi menyebut dalam kitab 'Daur Al-Qiyam wa Al-Akhlak fi Al-Iqtisad Al-islami" [m.s : 355] adalah seperti berikut;

Firman Allah;

Tidaklah tuhan kamu [Allah] membinasakan sesuatu kampung dengan sebab kezaliman, sedangkan penduduknya melakukan islah [kebaikan]

[surah hud : 118]

Menurut Dr Yusuf Al-Qaradhawi, "makna kezaliman dalam ayat ini adalah syirik, kerana firman Allah dalam surah luqman 13 yg bermaksud, "sesungguhnya syirik adalah kezaliman yg besar".. Dengan maksud, Allah SWT tidak akan membinasakan ahli qura [sesebuah kerajaan] dengan semata-mata rakyatnya musyrik. tetapi, rakyat itu akan mendapat keamanan, waima mereka adalah golongan yg melakukan islah [kebaikan] dalam hubungan sesama mereka"

Justeru, secara falfasahnya, "dahulukan nilai berbanding hukum. Apabila wujud nilai, maka secara automatik hukum pasti akan dipatuhi".

sekian

Wallahu 'Alam

Al-Bakistani
ustaz_bakistani@yahoo.com


- Sri Indah [b] Sg buloh
8 Julai 2010 * 3:22 pagi
Dicatat oleh Al-Bakistani di






Waktu Solat Laporan Cuaca
Berita Utama Dalam Negeri Wilayah Laporan Khas Parlimen Politik Luar Negara Sukan Bisnes Mahkamah Jenayah

Agama Keluarga Hiburan Rancangan TV Feminin Pendidikan Sains & Teknologi Agrobiz Kesihatan Rekreasi Polis & Tentera Sastera
Rencana Cuit Selak Awang Selamat Kolumnis Forum
Classifieds Utusan Airtime Portal Pendidikan Kosmo! Online Mangga Online Saji Online MyBooks Kareer Utusan Karya
Liga M 2010 PRK 2009 UMNO 2008 Pilihan Raya AS Beijing 2008 Merdeka 2008 Euro 2008 MAHA 2008 PRU-12 Sharlinie Salam Perantauan DALAM NEGERI
ARKIB : 02/07/2010
Bukan Islam jangan pertikai status negara - Mufti
KUALA LUMPUR 1 Julai - Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria menegaskan orang bukan Islam tidak seharusnya mempertikaikan status Malaysia sebagai sebuah negara Islam tanpa memahami sejarah serta Perlembagaan negara.

Menurutnya, tindakan itu akan menyebabkan pihak luar serta orang bukan Islam lain menganggap Malaysia sebuah negara sekular.

''Malaysia ialah negara Islam. Perlembagaan tidak mengatakan Malaysia adalah negara sekular.

"Orang bukan Islam wajib memahami perkara ini terlebih dahulu sebelum memberikan ulasan tanpa memahami latar belakang penubuhan negara ini," katanya kepada Utusan Malaysia di sini semalam.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan terbaru Pengerusi DAP, Karpal Singh dalam kenyataannya kepada satu portal berita bahawa DAP tidak akan menerima konsep negara Islam seperti yang dibawa oleh Pas jika berjaya memerintah kelak.

Menurut Harussani, semua rakyat perlu memahami perjanjian asal ketika awal kemerdekaan supaya tiada pihak cuba mengambil kesempatan daripada isu itu.

"Sekarang ini ramai yang sudah lupa tentang perjanjian yang dibuat oleh nenek moyang kita tentang hak keistimewaan Melayu dan Islam di tanah air ini.

"Semua kaum di Malaysia perlu tahu tentang budaya serta agama kita (Islam) dan bukannya sekadar lahir di sini tapi tidak mahu mempelajari budaya setempat," katanya.

Menurutnya, untuk meningkatkan pemahaman budaya setempat antara langkah yang boleh diambil ialah mewajibkan semua kaum di Malaysia boleh berbahasa Melayu dan mengetahui hal ehwal budaya Melayu.

Mufti Pahang, Datuk Abdul Rahman Osman turut tidak bersetuju dengan pandangan Pengerusi DAP yang menganggap Malaysia ialah negara sekular.

Menurutnya, sekular ialah satu konsep yang mengasingkan antara agama dengan kehidupan dan Islam tidak pernah menganjurkan perkara sedemikian.

Tegasnya, dalam Perlembagaan Persekutuan telah termaktub Islam sebagai agama rasmi negara, maka sebarang usaha untuk menafikan perkara itu amat mendukacitakan hati umat agama itu.

"Sebagai umat Islam yang taat, isu sekular memang tidak boleh diterima langsung dan boleh menyentuh sensitiviti umat secara tidak langsung," katanya.

Jelasnya, jika ada pihak berterusan mempersoalkan isu sensitif itu, maka tindakan tegas perlu diambil terhadap mereka.

"Setiap orang yang memberi pandangan yang bercanggah dengan Perlembagaan negara perlu dikenakan hukuman supaya mereka tidak terus mengungkit isu sama pada masa akan datang," tegasnya.

No comments:

Post a Comment