Monday, November 1, 2010

pendapat MAZA mantan Mufti Perlis tentang DSAI

di salin daripada kelab Greenboc

Asri minta Anwar bersara, Pakatan perlu jadi pembangkang kualiti

KUALA LUMPUR, 1 Nov — Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin menasihatkan ahli politik veteran termasuk Ketua Umum Datuk Seri Anwar Ibrahim agar bersara dari politik dan memberi laluan kepada pemimpin-pemimpin lain untuk memberi “nafas baru” atas alasan banyak “rentak tari politiknya makin tidak seimbang.”

Di samping itu kata beliau, Pakatan Rakyat juga perlu melakukan pembaharuan untuk menjadi pembangkang yang kuat dan berkualiti.

“Di samping menghormati sumbangan, saya rasa Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar, sudah sampai masanya untuk bersara ‘politik’,” kata bekas mufti Perlis ini yang kini dilihat sebagai “penggerak ketiga” dalam arena politik semasa.

“Sudah banyak rentak tari politiknya yang makin tidak ‘seimbang’,” kata beliau dalam satu kenyataan dikeluarkan hari ini.

Asri berkata zaman Anwar, yang juga Penasihat PKR, mungkin makin menyusur pergi.

“Saya tidak fikir generasi baru terus bertahan untuk melihat ‘story-design’ politik yang sama,” kata Asri lagi.

PKR ditubuhkan selepas Anwar dimasukkan ke penjara dan dipecat daripada jawatan kerajaan dan Umno.

Malah menurut beliau, Anwar perlu diberikan peluang untuk berundur dengan aman demi untuk mewujudkan pembangkang yang lebih berkualiti dan berkesan.

“Saya rasa beliau perlu menerima hakikat ini. Demikian setiap kita ada hari datang dan hari pergi.

“Biarlah kita datang disambut mesra, dan kita pergi diucapkan terima kasih dan hormat, bukan dipaksa keluar,” kata tokoh agama ini.

“Maaf atas pandangan ini,” kata Asri sambil menambah, beliau tiada apa-apa kepentingan kedudukan ataupun jawatan atas pandangan ini.

“Saya tahu sesetengah pembangkang cepat ‘melenting’ jika ada pandangan yang mereka tidak setuju.

“Namun, mereka kena ingat banyak pandangan yang saya tajam terhadap kerajaan, alhamdulillah mereka tidak melenting, sebaliknya berinteraksi dengan baik,” kata Asri dalam pandangan ini ketika parti itu sedang melangsungkan pemilihan pucuk kepimpinan.

Pertengahan tahun lalu, Asri pernah dilaporkan akan menyertai Umno tetapi beliau menafikannya dengan menegaskan akan kekal seperti sekarang.

Selain itu, PKR mewakili Pakatan Rakyat menurunkan calonnya di kerusi Parlimen Batu Sapi.

Asri juga berkata, politik negara ini juga memerlukan nafas baru tidak kira parti politik.

“Seperti mana Umno memperkatakan keperluan anjakan baru dalam politik mereka, demikian saya fikir pihak pembangkang pun perlu mula memperkatakan hal yang sama.

“Saya, seperti kebanyakan rakyat marhaen yang hanya ingin melihat kesejahteraan negara berteraskan kerajaan yang amanah dan pembangkang yang berkualiti,” katanya sambil menambah, “sudah banyak diperkatakan, dikritik dan diulas mengenai kerajaan hari ini.”

Oleh itu kata Asri, jangan lupa bahawa pembangkang juga perlu untuk diberikan penilaian tentang peranan mereka yang diberi amanah dalam Parlimen.

“Ini kerana dalam konteks politik kita kualiti kerajaan dan pembangkang menjaga kemaslahatan negara,” katanya.

Malah menurut beliau, negara perlukan politik idea iaitu politik yang berteraskan kebijaksaan dan pemikiran yang bernas dalam memajukan masyarakat dan negara.

“Kita tidak mahu politik sekadar kutuk-mengutuk, maki-memaki dan hina menghina tanpa sebarang cadangan yang membina dan memajukan pemikiran rakyat.

“Kita mahu ahli-ahli politik kita berkualiti sehingga kita rasa mereka layak mewakili kita atas kebolehan kepimpinanan mereka yang berteras ilmu dan budi,” katanya.

Justeru, katanya, politik negara memerlukan watak-watak baru yang bernas, matang dan tangkas.

“Mereka yang disifatkan oleh sarjana politik Islam sebagai mempunyai ‘al-quwwah’ (kemampuan) dan al-amanah (amanah).

“Mereka yang berteraskan politik idea dan nilai, bukan politik duit, atau politik taukeh.

“Maka, semua ahli politik yang merasakan zaman mereka sudah habis, berilah laluan kepada mereka yang baru demi untuk kebaikan rakyat,” katanya sambil menambah, sama ada di pihak pembangkang ataupun kerajaan, hal yang sama mesti dilakukan.

“Ramai pelakon veteran sudah tidak sesuai menjadi ‘hero’ dalam pentas baru politik hari ini.

“Biarlah mereka tersimpan dalam diari sejarah politik kita dengan kadar sumbangan yang telah dibuat.

“Jika Tun Abdullah (Ahmad Badawi) pun bersara, makin mereka yang ‘sewaktu’ dengannya dalam pembangkang pun perlu bersara. Kata-kata (penganalisis politik) Prof A. Aziz Bari mungkin patut dinilai semula,” katanya. -TMI


ULASAN SAYA PENDOKONG PAKATAN RAKYAT

DSAI MASIH RELEVAN SEBAGAI PEMIMPIN PR MASA KINI KERANA IDEA DAN KERJA BUAT BELIAU MASIH BERADA DILANDASAN YANG SELARI DENGAN KEPERLUAN UNTUK UNTUK MELIHAT SEBUAH KERAJAAN YANG ADIL DAN SAKSAMA KEPADA RAKYAT. KITA JANGAN TERPENGARUH DENGAN MEDIA ARUS PERDANA DAN PEMIMPIN BN YANG TERUS BERUSAHA MEMBURUKKAN IMEJ DSAI DENGAN PELBAGAI TUDUHAN YANG DIBUAT DAN DINAFIKAN HAK MEMPERTAHANKAN DIRI KERANA SEGALA PEMINTAAN BELIAU DAN PEGUAM BELIAU DINAFIKAN,

TANGGUNGJAWAB PEMIMPIN TIADA PENGAKHIRANNYA. SETIAP MANUSIA YANG BERKEWAJIPAN UNTUK MENJADI PEMIMPIN YANG ADIL. TUDUHAN LIWAT YANG IUAR-UARKAN OLEH MEDIA ADALAH AGENDA BN. PEMIMPIN BN BANYAK MEMBUAT KEROSAKKAN TERHADAP NEGARA MALAYSIA. KERAJAAN BUKAN HANYA BERTANGGUNGJAWAB UNTUK MEMBANGUNKAN NEGARA DARI ASPEK FIZIKAL SAHAJA TETAPI DARI SUUDUT ROHANI, SOSIAL DAN KEMASYARAKATAN JUGA MESTILAH BERUNSUR ISLAMIK. GANDINGAN 3 PEMIMPIN PR SEKARANG ADALAH YANG TERBAIK UNTUK MENGAMBIL ALIH PUTRAJAYA UNTUK KEHIDUPAN RAKYAT YANG LEBIH HARMONI DAN SEJAHTERA. ISU YANG DIKENAKAN KEPADA DSAI ADALAH MAINAN POLITIK KOTOR BN DAN APCO UNTUK JATUHKAN BN. DSAI MASIH RELEVAN SEBAGAI PEMIMPIN PR. JASA DAN PERGORBANAN BELIAU BUKAN SEDIKIT DAN MUDAH. BELAIU TELAH MELALUI PELBAGAI DETIK YANG MENGANCAM JIWA DAN KEHIDUPAN BELIAU. PEMIMPIN AGAMA DAN ULAMA KERAJAAN MASIH BELUM DIUJI SEPERTI DSAI YANG DIPUKUL, DIAIBKAN, DIPENJARA, DINAFIKAN HAK SEBAGAI MANUSIA YANG MERDEKA. BELIAU DITEKAN MINDA DIFIZIKAL BUKAN SEHARI, BUKAN SEMINGGU, BUKAN SEBULAN, BUKAN SETAHUN TETAPI BERTAHUN, ENAM TAHUN MERANA DALAM PENJARA. PR SEKARANG MEMPUNYAI PRESTASI BAIK DALAM PENTADBIRAN MEMERINTAH BEBERAPA NEGERI DI MALAYSIA. SABARLAH HADAPI MEHNAH DALAM POLITIK,
HDUP PAKATAN RAKYAT DEMI RAKYAT UNTUK RAKYAT YANG MENJUNJUNG ISLAM SEBAGAI AGAMA YANG SUCI DAN ABADI SELAMANYA.

No comments:

Post a Comment