Saturday, March 27, 2010

KONVENSYEN IT DI ALOR SETAR

hari ini 27 Mac 2010. menghadiri konvensyen IT. Program ini dapat menambahkan pengalaman dan pengetahun untuk membantu PRU13. demi Islam perjuangan MESTI diteruskan.

Monday, March 22, 2010

dilema APCO DAN MALAYSIA

APAKAH ADA KEBENARAN APCO WORLDWIDE MEMPUNYAI HUBUNGAN DENGAN MALAYSIA. JIKA BENAR AIA MERUPAKAN SUATU YANG AMAT MENGECEWAKAN KERANA SEJARAHNYA MEREKA DIKATAKAN BERSEKONGKOL DENGAN YAHUDI. JIKA BENAR SUATU YANG AMAT-AMAT MENDUKACITAKAN KERANA MALAYSIA SEBUAH NEGARA YANG DIKETUAI PEMIMPIN YANG BERAGAMA ISLAM.SEBAGAI RAKYAT KITA BERHAK UNTUK MENGETAHUINYA. PERSOALAN KESELAMATAN NEGARA BUKAN SUATU YANG BOLEH DIAMBIL MUDAH.

Dalam Menongkah Arus Politik Ngr jgn Lupa GAZA





pada 19 dan 20 MAC 2010. tentra israel laknatullah telah meningkatkan serangan terhadap bumi Gaza. marilah kita berdoa kepada AllahSWT semoga diberikan kekuatan kepada semua mujahiddeen mempertahankan bumi Gaza.AMIN
lihatlah foto dari ehsan Blog Muslimeen United

Tuesday, March 16, 2010

BEREHAT SEKEJAP

SELEPAS INI NAK BALIK KAMPUNG ZIARAH IBU DI KAMPUNG. BLOG INI MUNGKIN TIDAK ADA UPDATED 2 ATAU 3 HARI. KG BETONG TAK ADA STREAMIYX. UNTUK ABG AT. JANGAN LUPA BUAT BLOG. KITA MANFAATKAN KEMUDAHAN INI UNTUK SEMUA INSAN. AGAR MISI DAKWAH AKAN TERUS BERSINAR.

JUMPA LAGI ; INSYAALLAH.
KHATTOB

BERTAUBAT KEPADA ALLAH SWT

PADA HARI INI AKU RASA INGIN TEBARKAN DI RUANG MAYA SATU PERSOLAN TENTANG TAUBAT KITA KITA KEPADA ALLAH. PERSOALAN INI AKU CUBA NUKILKAN DARIPADA SEBUAH BUKU YANG BARU KU BELI IAITU " TAUBATANILLAH" KARANGAN AL SYEIKH YUSUF AL-QARADAWI. APAKAH KITA PERNAH BERFIKIR UNTUK BERTAUBAT. ATAU KITA BERTAUBAT HANYA DIMULUT SAHAJA. DALAM SURAH AL-BAQARAH AYAT 222: SESUNGGUHNYA ALLAH MENGASIHI ORG2 YG BANYAK BERTAUBAT, DAN MENGASIHI ORG2 YANG SENTIASA MENGSUCIKAN DIRI". DALAM AYAT AL ZUMMAR 53. ALLAH MENBUKA LUAS PINTU TAUBAT KEPADA MEREKA YANG BERDOSA DAN MELAKUKAN KESALAHAN. MESKIPUN DOSA MEREKA MENCAPAI HUJUNG LANGIT. HADIS RASULLULAH SAW YANG DIRIWAYATKAN OLEH IBNU MAJAH DARI ABI HURAIRAH R.A : JIKA KAMU MELAKUKAN KESALAHAN2 (DOSA) HINGGA KESALAHAN KAMU ITU SMAPAI KE LANGIT, KEMUDIAN KAMU BERTAUBAT NESCAYA ALLAH SWT AKAN MEMBERIKAN TAUBAT KEPADA KAMU:. SESUNGUHNYA NILAI TAUBAT ITU AMAT BESAR DISISI ALLAH SWT. ALLAH MENJELASKAN BAHAWA MEREKA YANG BERTAUBAT : ALLAH SWT AKAN MENUGASKAN PARA MALAIKAT MUQARRABIN UNTUK BERISTIGHFAR BAGI MEREKA SERTA BERDOA KEPADA ALLAH AGAR ALLAH SWT MENYELAMATKAN MEREKA DARIPADA AZAB API NERAKA.

BERTAUBAT ADALAH SATU KEWAJIBAN, YAKNI MESTILAH DILAKUKAN. SESEORANG YANG MENANGGUHKAN TAUBAT ADALAH SUATU KESALAHAN DAN DOSA.

TUNTUTAN TAUBAT IALAH TAUBATAN NASUHA.
KEPENTINGAN TAUBAT IALAH 2 PERKARA
1. UNTUK MENGHAPUSKAN DOSA-DOSA
2. AGAR DAPAT MASUK KE DALAM SYURGA ALLAH SWT.

DALAM SURAH ALI IMRAN AYAT 185 MARHFUMNYA ; SESIAPA YANG DIJAUHI DARI API NERAKA DAN DIMASUKKAN KE DALAM SYURGA MAKA SESUNGGUHNYA IA TELAH BERJAYA. DAN (INGATLAH BAHAWA) KEHIDUPAN DI DUNIA INI ( MELIPUTI SEGALA KEMEWAHANNYA DAN PANGKAT KEBESARANNYA) TIDAK LAIN HANYALAH KESENANGAN BAGI ORANG-ORANG YANG TERPEDAYA".

SAYA MENASIHATI DIRI SAYA SENDIRI SUPAYA SENTIASA BERTAUBAT KEPADA ALLAH SWT DENGAN TAUBAT YANG SEBENAR2NYA. KERANA KEHIDUPAN TIDAK TAHU DI MANA PENGHUJUNGNYA. DAN JANGAN LAH KITA GELISAH DAN MENYESALI APABILA KITA TELAH BERTEMU DENGAN ALLAH SWT. SETIAP MANUSIA BIASA TIDAK DAPAT LARI DARIPADA MELAKUKAN KESALAHAN.

SETAKAT INI DULU. SEKARANG MENUNJUKKAN JAM 1.20 PETANG.

Monday, March 15, 2010

BESARNYA PENGORBANAN MEREKA

, PERGORBANAN MEREKA TERHADAP AGAMA TERLALU BESAR JIKA DIBANDINGKAN DENGAN KITA.

BAGAIMANAKAN KEHIDUPAN KU DGN MEREKA INI

MEREKA YANG ERJUANG PASTI AKAN MENERIMA UJIAN. BAGAIMANA UJIAN YANG KITA TERIMA JIHKA DI BANDINGKAN DENGAN MEREKA. ALLAHUKBAR.

kenangan bersama Alahhyarham YB Ust Hamban

KEHIDUPAN KITA DI DUNIA PASTI AKAN DIPERSOAL OLEH ALLAH SWT DI MAHKAMAH RABBULJALIL YANG TIADA SEBESAR ZARAH SEBARANG KESILAPAN DAN FITNAH. APAKAH KITA SUDAH BERSEDIA MENGHADAPI SAAT ITU. KEHIDUPAN MANUSIA YANG BERGELAR MUSLLIM MERANGKUMI KEHIDUPAN MEYELURUH. AKU DOKAN SEMOGA ALLAHYARHAM UST HAMDAN DITEMPATKAN DALAM KALANGAN MEREKA YANG BERIMAN DI SISI PARA RASUL, NABI-NABI, SABHABAT, TABIEN, AULIA DAN MEREKA YANG IMAN KUKUH KEPADA ALLAH SWT DAN UTUSAN NABI MUHAMMAD SAW. AMIN

Pendapat Ulama Besar Dunia

KENYATAAN QARADHAWI


"Wahai saudaraku, Allah adalah Tuhan sekelian alam seluruhnya, Tuhan orang Islam dan Tuhan orang Kristian. Surah terakhir di dalam Al-Quran ada menyebut : ((Katakanlah! (wahai Muhammad) Aku berlindung dengan Tuhan sekelian manusia, Yang Menguasai sekelian manusia!))..bukan Tuhan orang Islam sahaja atau Tuhan Arab sahaja, atau Menguasai Arab sahaja ….) Kemudian beliau(Al-Qardhawi) bertanya: Oleh itu kenapakah perkara ini menimbulkan kemarahan wahai orang-orang (Islam) Malaysia? - Kata Qaradhawi di masjid Umar bin Al-Khattab, Doha pada 22 Jan 2010

TERIMA KASIH KHAS BUAT TEMANKU

tERIMA kasih kerana sudi untuk menjadi seorang pengunjung pertama. Patut kena bagi hadiah. Tak pa kita tawarkan hadiah Rupiah 450 juta kepada mu teman ku. mau dak. kalu tak mau ada orang lain mau.

HARI NI BARU DAPAT UPDATED TU PUN KENA TUMPANG STEAMIIX ORANG LAIN. APA PUN DAAPAT UPDATED.

Wednesday, March 10, 2010

Dari Malaysia Kini
Oleh Abdul Rahim Sabri

Satu cakera padat (CD) yang berupa rakaman sidang video ulama tersohor Prof Dr Yusuf al-Qaradawi berhubung fatwa terhadap pertuduhan liwat yang dihadapi oleh Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim telah diedarkan kepada orang ramai malam tadi.

Dalam rakaman sidang video itu antara lain mengandungi mengenai fatwa ulama dunia Islam itu terhadap pertuduhan liwat yang dihadapi oleh Anwar yang juga ketua pembangkang.
Sidang video itu telah dirakamkan pada 14 Februari selama 33 minit itu di kediaman Dr Yusuf di Doha, Qatar termasuk terjemahan percakapan beliau yang dilakukan oleh ahli jawatankuasa PAS Pusat, Abdul Ghani Shamsuddin.

Cakera padat yang bertajuk “Fatwa Mutakhir Dr Yusuf al-Qaradawi berhubung konspirasi II terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim” telah diterbitkan oleh Women’s Institute of Research Development dan Advancement (WIRDA) diedarkan secara percuma.

Anwar dalam ceramahnya malam tadi berkata Dr Yusuf – yang merupakan Ketua Ulama Islam Sedunia – menegaskan kepadanya bahawa isu yang dihadapinya itu berkaitan dengan hukum Islam dan akhlak.

Tambahnya, dalam sidang video itu tokoh Islam itu membawa hujah al-Quran dan Hadis serta alasan-alasan beliau mengeluarkan fatwa tersebut.

“Ini bukan soal PAS, atau PKR, tetapi ini soal akidah dan akhlak. Beliau berkata kepada saya, bahawa beliau bertanggungjawab di akhirat kelak (dengan fatwanya),” kata Anwar ketika berceramah di Kampung Baru di ibunegara malam tadi.

Ceramah itu disampaikan sempena sambutan ulang tahun kedua Pakatan Rakyat sejak memenangi pilihan raya umum pada 2008, termasuk menguasai sembilan daripada 10 kerusi Parlimen di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Dalam ceramahnya, Anwar yang juga ahli parlimen Permatang Pauh berkata Dr Yusuf telah mengeluarkan fatwa bahawa sesiapa yang merancang dalam fitnah tersebut, sama ada secara langsung atau tidak langsung maka hukumnya adalah “munafik”

Anwar juga berkata fatwa Dr Yusuf juga menyebut, bahawa sesiapa yang membantu menyebarkan berita fitnah tersebut maka jatuh hukumnya sebagai fasik.

Kata Anwar, orang yang fasik tidak boleh diterima kesaksiannya dan kebenaran percakapannya sepanjang hidup.

“Dr Yusuf berkata kepada saya, tolong selamatkan mereka… Ini merupakan satu amanah, tolong sampaikan, dan sebarkan kepada semua,” kata Anwar.

Sehubungan itu, Anwar meminta hadirin memperbanyakkan salinan CD tersebut dan menyebarkan kepada orang ramai.

“Ada orang kata saya ada kepentingan (dengan CD itu), (tapi) saya rasa tidak tergugat (dengan pertuduhan itu) kerana tidak ada kes, (dan) laporan doktor menyebelahi kita,” katanya.

Dalam ceramahnya juga, Anwar juga mengulas mengenai ujian yang dihadapi oleh negeri yang dikuasai oleh Pakatan Rakyat dengan mengambil iktibar daripada perjuangan Rasulullah SAW.

tapak pesta Seberang Jaya

Mesej LAWAN TETAP LAWAN BERKUMANDANG. BERGEMA DI RUANG UDARA. SETIAP MANUSIA YANG MENCINTAI KEADILAN DAN KESEJAHTERAAN HIDUP PASTI MENYAHUT SERUAN. APABILA KUASA MENGUASAI JIWA PASTI LANGKAH TANPA MENGENDAH.

JIKALAU TAKUT DI LAMBUNG OMBAK JANGAN BERUMAH DI TEPI PANTAI.

Tuesday, March 9, 2010

Pertemuan bersama YB ust taib

Petang ni tak dapat berjumpa dan bersua muka dengan YB Ust taib kerana tugas. Apapun rakan seperjuangan jangan lupa untuk bersama. semoga program ini memberikan semangat kepada kita semua untuk terus berjasa kepada agama, bangsa dan negara. Keihklasan yang akan dinilai disisi Allah sebagai ganjaran apabila kita telah kembali bertemu dengan Allah SWT.

Monday, March 8, 2010

SEDIKIT PENDAPATKU TENTANG POLITIK SEMASA

PADA PADANGAN KU YANG DHAIF INI. RASANYA BIAQLAH YB ZUL BANDAR BAHARU TERUS BERSENDIRIAN ATAU BERSAMA UM......NO ITU LEBIH BAIK. PR JGN DOK PINANG. PENDAPAT DATUK MAHFUZ DAN PEGUAMPAS HANIPA MAIDIN DI SOKONG TENTANG YB ZUL

MENGIMABAU KEMABALI KENANGAN MEGAIL DI TELUK BAYU


PENGALAMAN PERTAMA SUNGGUH MENGUJAKAN. RASA2 MGAIL NAK DIJADIKAN HOBI BARU.
KENANGAN BERSAMA TUAN SYEIKH RAFIQ

Tugasku pagi ni

Meeting dengan staf. kerja berpasukan adalah sangat penting untuk mencapai kejayaan dalam sesebuah organisasi. organisasi yang berjaya memerlukan team yang sentiasa mengutama espirit de corp. sense of belonging juga perlu adalah sesebuah organisasi untuk mencapai matlamat yang di rangka dalam visi dan misi.

Sunday, March 7, 2010

bakal Pejuang Kebenaran Kedua


Semoga putera keempat ku mampu menjadi pejuang kebenaran. mempertahankan Islam. Amin

Kaulah isteriku yang kucintai



Kenangan bersama di cameron higlands

Tanggungjawab Setiap manusia Bergelar Khalifah Di atas Muka Bumi Allah SWT

Setiap manusia yang berakal sempurna tidak dapat lari daripada melaksanakan amanah yang dipilkul di atas belakangnya. walau mulut menafikan tanggungjawab tetapi hakikatnya dia tetap akan persoalkan di hadapan Allah SWT.

murobbi

Nun jauh di suatu ketika kau ghairah menggengam tinta
Padamu ini masa mengubah bangsa
Lantas memerah keringat menggalas jiwa murrobbi.
Kau contohi Junjungan baginda meredah duka nestapa
Menahan rasa amanah penuh gelora
Kau intai semangat Rasullullah SAW
Kau anyam derita para ambia
Kau ulit rasa bahagia janji Pencipta pada alam tak bisa berdusta
Kau yakin pada janji yang pasti terkota
Kau pasrah pada Maha Pencipta
Pada hati,kau pateri teguh iman Rasullullah
Insan teragung mencipta denai bahagia manusia
Tanpa rasa gundah tanpa rasa gelisah dikuak pintu segala rahmat.
Maka jiwa mu terpateri kukuh cinta murrobi.
Kau susur purnama demi purnama
demi cinta pada nusa terbela.
Kau susur onak dan duka demi anak kecil sesuap rasa ingin berubah.
Kau muadib yang percaya pada tinta yang bisa merubah segala.
Kau tersenyum simpul melihat dia terlancar lidah
Tersusun kata.
Demi dia kau dokong segala kepayahan berliku
Demi dia kau kelek segala karenah
Demi dia kau kendong segala mara.
Demi dia kau pasrah pada Yang Maha Esa.

Kau susun kata manis
Kau urut jasad mengharap.
Padamu, itu anakku
Padamu, itu jiwaku
Padamu , itu ikatanku
Padamu, di situ terikat tanggungjawabku.

Kini semua telah dewasa
Kini semua membina bahagia
Kini semua telah berjaya di puncak dunia mereka
Kini semuanya tergapai memori terpahat
Hati kecil mu terus berkata, aku bergembira tak kala sekecil boleh berbicara
Aku tak keruan tak kala jiwa kecil menjerit jaya
Aku termanggu keseorangan tak kala jiwa mentah menongkah arus.
Ini diri muaalim mengharap salju di medan perjuangan
Jiwamu terus mengatur bicara pabila dia bisa mengenal dunia.
Kejayaan mereka bukan diharap balas dunia.


Kini baru kusedar dunia berputar bak roda terpantas
Purnama dahulu terus bercahaya
Tapi tugas ku terhenti di sini
Kerana penghujung hukum terteralah sudah
Aku pasrah walau jiwa berkata tidak pada penghujung.

Kini tibalah hari-hari terakhir aku berbicara
Aku pasti melangkah kerana roda masa tak bisa terhalang.
Nun di belakang bertaburan detik indah yang bisa menjadi menjadi mimpi.
Nun di hadapan terluang rasa hiba
Nun di hadapan terluang masa penuh pengabdian.

Wahai insan yang sejahtera
Ku anggap dirimu umpama ayah yang gigih mendidik anak
Ku anggap dirimu umpama pemimpin terbilang mencorak dunia tanpa balasan.
Wahai insan yang sejahtera
Ku anggapmu umpama karib bisa berbicara tanpa sempadan
Pada dirimu dapatku contohi tak kala kita bertemu di laman KT.

Alunan santun bahasamu menjadi aku terpegun kaku
Kau bijak menyusun madah mengolah minda
Susun bicara mu senang didekati.
Tak kala dirimu di puncak jaya
Kau tunduk melihat indahnya bunga yang subur melata.

Kini hari-hari terakhir mu sebagai insan murobbi semakin ternampak.
Kalungan doa seluas dunia, aku panjatkan
Moga jiwa terus sejahtera
Dilindungi Allah dalam redha-Nya.
Moga bunga jasamu terus berkembang walau dalam jambangan tanpa sempadan.
Salam ingatan penuh kerinduan pada insan murrobbi yang pernah ku kenali


Ilham Rasa Penuh Kerinduan Dari Anak Didikmu


AZAMAN ABDUL RAHMAN
11.25 PM
04 JAMADILAWWAL 1429/10 MEI 2008-05-10
TAMAN DESA MAKMUR 2
LUNAS KEDAH.

saat yang paling menakutkan

sesungguhnya saat yang paling menakutkan ketika roh berada dihalkum maka tertutuplah pintu taubat. apakah kehidupan kita pada kita itu?. sesungguhnya penyesalan adalah ketika ketika kita hidup adalah paling bermakna dan beruntung sekali.
perbeezaan antara manusia mukmin/mukminat dengan iblis laknatullah.
manusia mukmin/mukminat apabila melakukan kesalahan
1. sedar telah melakukan kesalahan
2. menyesal menlakukan keslahan/dosa
3bertaubat kepada Allah SWT

iblis
1. sedar melakukan kesalahan/dosa
2. tidak menyesal
3. tidak pernah bertaubat

catatan pada hari ini 08 mac

ketaatan kepada pemimpin pada zaman khalifah umar alkhattob

Monday, March 8, 2010
Tuntutan Menegur Pemimpin

Telah berkata Saidina Abu Bakar setelah dilantik sebagai Khalifah Islam yang pertama:



“Wahai manusia, telah kamu memilih saya sebagai pemimpin di atas kamu dan bukan lah aku terbaik dari kalangan kamu, sekiranya aku baik, maka bersamalah dengan ku. Sekiranya aku melakukan kejahatan, maka perbetulkan lah aku. Menyata yang benar itu adalah amanah, dan pembohongan itu adalah khianat…”

(Dipetik dari m/s 27, buku itmamul wafa fi sirah al-khulafa, syeikh Muhammad bin afifi albajuri)

Seringkali kita mendengar petikan ucapan Saidina Abu Bakar semasa beliau dipilih untuk menjadi khalifah yang pertama bagi ummat Islam selepas wafatnya Rasulullah (SAW) dan bahagian permulaan ucapan beliau saya sertakan di atas sebagai rujukan sekiranya ada yang kurang jelas. Bagi saya ianya jelas merupakan ucapan yang memohon teguran dan pembetulan dari ummat supaya memantau beliau sebagai seorang khalifah. Ini dipohon secara ikhlas kerana Saidina Abu Bakar amat menyedari betapa besarnya tanggung-jawab sebagai pemimpin ummat Islam. Tindakan beliau membawa implikasi bukan sekadar kepada ummat Islam sahaja, tetapi kepada agama Islam itu sendiri.

Sepanjang ucapan beliau itu, tiada sebarang bentuk arahan agar diberikan kepadanya ketaatan secara membuta tuli. Malahan teguran dipohon sekiranya dianggap ada yang perlu diperbetulkan. Bukan sekadar itu, Saidina Abu Bakar juga telah menyebut “Menyata yang benar itu adalah amanah dan pembohongan itu adalah khianat…”

Ini membawa pengertian bahawa seseorang itu mestilah nyatakan secara berterus terang akan kebenaran pandangan dan tindakkannya, jika setuju katakan setuju, jika tidak katakan tidak dan mengapa. Janganlah pula menjadi si pembodek yang sebelum habis lagi ayat sudah terus menjawab, “kami setuju, wala’ dan taat!” Jenis manusia yang sebegini tiada manfaat kepada jemaah. Malahan Saidina Abu Bakar menganggap mereka ini sebagai pengkhianat kerana mereka telah berdusta dengan meng’iya’kan perkara yang salah tanpa sebarang usul periksa. Terdapat kemungkinan yang di’iya’kan itu satu kesilapan besar dari sudut hukum atau strategi dan ianya membawa kerugian besar kepada jemaah.

Dalam pada itu, terdapat juga mereka berhujjah, “pemimpin sudah istikharah, kita ikut sahajalah”. Tetapi apa yang peliknya ialah, Saidina Abu Bakar sendiri yang mendapat Islam ditangan Nabi (SAW) tidak beristikharahkah? Sehingga meminta untuk diperbetulkan sekiranya salah? Golongan yang berhujjah sebegini, seperti kata DS Presiden di dalam satu muktamar di Kelantan satu ketika dahulu, “ingin memperkudakan Allah”. Mereka ingin Allah berkhidmat untuk mereka bukan mereka berkhidmat untuk Allah! Semua persoalan tidak mahu difikir atau dianalisa untuk mencari penyelesaian yang terbaik. Mereka ingin Allah tentukan untuk mereka melalui istikharah pemimpin dan mereka akan ikut sahaja. Istikharah itu sememangnya digalakkan tetapi ianya tidak boleh digunakan sebagai hujjah yang qat’i dan masih perlu dibahaskan. Sekiranya perbahasan menemui kebuntuan dan semua tidak tahu jalan keluar, maka dengan itu istikharah menjadi pemecah kebuntuan.

Budaya taat secara membuta tuli ini adalah apa yang pernah dituntut oleh pemerintahan gereja suatu ketika dahulu. Kami adalah yang terdekat dengan Tuhan dan Tuhan bercakap melalui kami, kata paderi-paderi pada ketika itu. Oleh itu, sesiapa yang tidak mentaati arahan Gereja maka mereka dianggap berdosa dan melanggar perintah Tuhan. Mereka diseksa sehingga mereka tunduk kepada arahan itu demi ‘menyelamatkan’ roh mereka. Islam tidak sebegitu dan gerakan Islam tidak boleh terikut dengan budaya seperti itu. Pemimpin mesti bersedia untuk ditegur dan pengikut mestilah digalakkan untuk menegur kesilapan pemimpin, sepertimana ucapan Saidina Abu Bakar.

Itulah sebabnya dalam semua persoalan kita melihat Saidinna Abu Bakar berhujjah dengan para sahabat untuk mencari tindakan yang sebaik-baiknya. Termasuklah juga dalam persoalan memerangi golongan murtaddiin. Hanya dalam persoalan perlantikkan Usama sebagai ketua angkatan perang beliau tidak berbincang kerana keputusan itu telah dibuat oleh Rasulullah sebelum Baginda wafat dan Saidina Abu Bakar tidak akan mahu menolak pilihan Rasulullah (SAW).

Kaedah bermusyawarah ini sebenarnya dapat dipelajari dari amalan Rasulullah (SAW) sendiri. Dalam kisah peperangan Badr, Uhud dan sebagainya malahan dalam semua persoalan yang bukannya wahyu, Rasulullah (SAW) membawa berbincang dengan para sahabat Baginda. Sekiranya tidak dibincang di peringkat awal sekalipun, maka dijelaskan selepasnya apabila didapati terdapat sungutan sepertimana dalam persoalan pembahagian Ghanimah selepas perang Hunain. Namun ianya tetap dijelaskan dan kebijaksanaan serta keadilan tindakan berkenaan menjadi nyata kepada semua. Tidak pernah teguran dan sungutan dijawab dengan menuntut wala’ dan taat semata-mata. Melainkan ianya di dalam situasi kerahsiaan seperti peperangan.

Walaupun dalam perjanjian Hudaibiyyah, Rasulullah (SAW) berusaha menjelaskannya dengan sebaik mungkin dan apabila melihat para sahabat masih bersedih dan tidak berpuas hati, Baginda MEMINTA PANDANGAN dari isterinya Ummu Salaamah dan beliau menasihati Baginda untuk meneruskan upacara korban tersebut secara bersendirian. Apabila ianya dilihat oleh para sahabat yang lain, lantas mereka pun turut melakukan korban. Lihatlah sikap Rasulullah yang sanggup meminta pandangan hatta dari isteri Baginda sekalipun tanpa rasa segan silu. Ini amat berbeza dengan sikap sesetengah golongan yang menganggap pemimpin dewasa ini hampir maksum dan tidak boleh ditegur atau dinasihat.

Dapat kita lihat, dalam persoalan perjanjian Hudaibiyyah ini, tiada Rasulullah (SAW) menuntut wala’ dan taat dengan begitu sahaja, tetapi Baginda berusaha menjelaskan ketepatan tindakannya dan akhirnya tindakan Rasulullah (SAW) tersebut telah disahkan oleh Allah melalui wahyu yang diturunkan yang mengisytiharkan perjanjian tersebut sebagai satu kemenangan. Hakikat bahawa ianya sebuah kemenangan telah terus terbukti sehingga berlakunya Fathul Mekah hasil dari pelanggaran perjanjian tersebut oleh kaum Quraisy.

Berdasarkan semua yang di atas, konsep wala’ kepada pemimpin jelas tidak membawa erti ketaatan membuta tuli. Ahli berhak bertanya dan memohon penerangan dan pemimpin wajib menjelaskan, bukan sekadar menuntut wala’, thiqah dan taat. Pemimpin yang tidak berusaha memberi penjelasan dan hanya sekadar menuntut wala’, thiqah dan taat adalah pemimpin yang akhirnya akan menyebabkan robohnya institusi wala’, thiqah dan taat di atas sebab kelemahan diri sendiri. Mereka seolah-olah ingin menjadikan wala’, thiqah dan taat sebagai candu kepada ahli sedangkan pada hakikatnya, sekiranya difahami secara tepat, ianya bukanlah candu, tetapi lebih merupakan kepada rasa hormat menghormati dan keikhlasan dari kedua belah pihak.

Selain dari golongan pembodek yang ingin sentiasa meng’iya’kan pandangan pimpinan walaupun tidak memahaminya, terdapat juga golongan yang sentiasa ingin mencari alasan untuk membangkang. Mereka terus membangkang walaupun sudah dibahas dan dijelaskan berserta kekuatan hujjah yang telah terbukti tidak menyebelahi mereka. Golongan ini juga tidak berdiri di atas dasar “Menyata yang benar” tetapi lebih di atas dasar dengki kesumat atau agenda tersendiri yang hanya mereka sahaja yang tahu. Golongan seperti ini juga tiada manfaat kepada jemaah dan jatuh juga dalam kategori pembohong yang khianat.

Oleh itu, dapatlah disimpulkan bahawa kedua golongan seperti ini jelas tidak dapat menghayati konsep wala’ yang telah dianjurkan oleh Saidina Abu Bakar sebagai Khalifah Islam yang pertama.

WaLlahu 'Alam
KHALID SAMAD
politik malaysia semakin parah
politik malaysia semakin parah

kenyataan Tuan Guru Nik Aziz Terhadap Al Mufti Harussani

Dicatat oleh Al-Bakistani di 10:35 0 ulasan
KOMEN TOK GURU NIK ABDUL AZIZ TERHADAP HARUSSANI
Dua tokoh politik yang terbukti berjaya mengegarkan politik Malaysia

Terkilan saya apabila Mufti Perak, Sahibus Samahah Tan Sri Harussani Zakaria menyebut nama saya secara terbuka di khalayak. Samada di dalam mesyuarat atau persidangan dewan, menyebut nama seseorang dalam ucapan secara terbuka biarlah dengan kehadiran tuan punya badan.

Sekurang-kurangnya, bolehlah kata-kata tersebut disahkan atau dinafikan. Mufti bukan orang politik yang terdedah dengan kaedah menyerang atau diserang. Mengaitkan nama saya dalam kenyataan politik seorang yang bukan tokoh politik merupakan satu tingkah laku yang tidak beretika. Justeru, apabila mufti mengambil tindakan melagukan nama saya dengan irama politik, saya harus memberikan jawapannya.

Adil juga jika saya menukilkan dahulu sebahagian ucapan beliau di program Dialog Za’ba, Perpaduan Melayu: Cabaran dan Realiti di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), minggu lepas. Antaranya beliau berkata,

“Kenapa Pas tidak boleh bergabung untuk membentuk kerajaan yang sudah pasti akan memperoleh majoriti 100 peratus Melayu memerintah.

“Saya telah berjumpa dengan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat di Kelantan dan berbincang hampir dua jam, pada awalnya beliau tidak bersetuju tetapi akhirnya dia kata idea itu bagus tetapi tidak dapat memberi keputusan kerana ia bergantung kepada Presiden, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

“Saya maklumkan bahawa tidak berapa rapat dengan Hadi, jadi jika cadangan itu baik saya minta beliau (Nik Aziz) maklumkan kepada Hadi. Semasa dalam perjalanan balik iaitu berada di Cameron Highlands, Hadi telah hubungi saya dan bersetuju dengan cadangan itu.

“Tetapi Hadi kata dia tidak boleh buat keputusan kerana ia bergantung pada negeri iaitu Pesuruhjaya Pas Negeri (Ahmad). Saya juga telah hubungi Timbalan Mursyidul Am Pas, Datuk Dr. Haron Din dan dia juga bersetuju,”

Saya ingin menyentuh berkaitan kenyataan yang menyebut beliau datang ke rumah saya. Benar atau tidak, terserahlah kepada khalayak. Bagi saya, ini di antara beliau dan saya. Cuma pertanyaan saya, tidakkah itu satu keterlibatan dengan politik? Sedarkah beliau bahawa kerajaan Perak yang dirampas dari tangan rakyat hari ini didokong oleh UMNO, sebuah parti yang meyakini bahawa politik dan agama tidak boleh bercampur? Dalam bahasa mudahnya, politik suku agama suku.

Jika mufti sendiri sanggup turun melaksanakan urusan berkaitan politik, ertinya beliau beranggapan tugasnya sebagai mufti meliputi tugas politik. Adakah bagi beliau, politik dan agama mesti selari, tidak boleh berpisah? Jika demikian, beliau telah mengiktiraf perjuangan PAS adalah benar. Jika tidak, kenapa libatkan diri dengan politik? Bukankah itu salah mengikut akidah UMNO?

Inilah yang diperjuangkan oleh PAS. Tegak berdirinya PAS dengan perjuangan menjadikan Islam sebaagai cara hidup. Tidakkah al-Quran sebuah kitab yang syumul? Isinya bukan sahaja akidah, bahkan soal ekonomi, politik, rumahtangga, psikologi dan kaunseling, semuanya ada di dalam al-Quran. Tidakkah ini merupakan tiang seri perjuangan PAS sejak sekian lama? Jika mufti Perak beranggapan politik dan Islam perlu selari, selangkah kaki beliau sepatutnya sudah berada di dalam PAS!

Jika beliau tidak berpandangan Islam dan politik perlu selari, tetapi terus terlibat dengan politik dengan jubah seorang mufti, maka dengan sendirinya beliau telah menjadi ejen. Dalam kes ini, beliau telah menjadi ejen UMNO. Hilang luruh kemuliaan seorang mufti kalau merelakan diri menjadi ejen. Apatah lagi menjadi ejen sebuah parti politik sekular.

Saya kira, jika seorang mufti yang menjadi ejen parti politik sekular, itu bukanlah lagi al-mufti (yang memberikan fatwa) tetapi al-mufta (yang diberikan fatwa). Cukuplah sekadar itu respon balas saya terhadap kenyataan beliau.


NIK ABDUL AZIZ BIN NIK MAT

Pejabat Menteri Besar Kelantan.

21 Rabiul Awal 1431 / 7 Mac 2010

Hidup ini penuh dengan ranjau berduri