Monday, May 31, 2010

NASIB SUKARELAWAN MALAYSIA MASIH KABUR

Nasib wartawan Awani masih kabur. Difahamkan seorang wartawan dan jurukamera bersama yang lain aktivis kini berada di Haifa setelah kapal LL4Gaza ditunda ke pelabuhan tentera lewat petang kelmarin.

Difahamkan Israel akan menahan semua para aktivis Freedom Flotilla.

Aktivis yang cedera kini dirawat di Haifa, termasuk yang meninggal dunia, ada aktivis yang mati ditembak di kepala. Buat masa ini Israel tidak mahu mengeluarkan apa-apa keterangan berkaitan insiden tersebut.

Selain itu sumber Awani memaklumkan bahawa 12 rakyat Malaysia yang terlibat di dalam misi LL4Gaza berada di atas kapal tersebut. Berikut adalah nama-nama rakyat Malaysia yang menyertai Misi Talian Hayat Untuk Gaza (LL4G) yang berada di atas kapal penumpang “Mavi Marmara” milik IHH, Turki ketika diserang oleh komando laut Israel di perairan antarabangsa kelmarin.

Tn Hj Noorazman bin Mohd Samsuddin, HALUANPalestin
Dr Mohd Arbai’e bin Syawal, HALUANPalestin
Dr Syed Muhammad Haleem bin Syed Hasan al-Haddad, HALUANPalestin
Ust Al-Hami Husain bin Suhaimi, HALUANPalestin
Mohd Nizam bin Mohd Awang, HALUANPalestin
Ust Hasanuddin bin Mohd Yunus, Aqsa Syarif
Tn Hj Jamuliddin bin Elias, Yayasan Amal
Dr Selamat bin Aliman, Jemaah Islah Malaysia (JIM)
Abdul Halim bin Mohd Redzuan, Muslim Care
Mustafa bin Mansur, MAPIM
Ashwat bin Ismail, Wartawan ASTRO
Shamsul Kamal Latif, Juru kamera ASTRO
Mustafa Mansur yang mewakili MAPIM menaiki kapal Mavi Marmara pada 29hb Mei setelah kapal Challenger II yang dinaiki beliau mengalami kerosakan di tengah perjalanan

israel laknatullah

ISRAEL MEMANG DILAKNAT OLEH ALLAH SWT ATAS KEZALIMAN MEREKA
Tindakan kejam dan biadab tentera marin Israel yang menyerang kapal Mavi Marmala kira-kira jam 7.30 pagi tadi (waktu Malaysia) ketika kapal tersebut dalam perjalanan menghantar bantuan kemanusiaan di Gaza setakat ini telah mengorbankan 15 sukarelawan dan 30 lain cedera.

Belum dapat dipastikan nasib 11 rakyat Malaysia yang turut serta dalam konvoi laut berkenaan.

Difahamkan tentera rejim Yahudi telah menguasai bilik media menyebabkan hubungan dengan kapal-kapal terbabit putus.

Pengarah Palestine Center of Excellence (PACE), Prof Madya Dr Hafidzi Mohd Noor yang mengesahkan insiden tersebut kepada mStar Online berkata, bagaimanapun sehingga kini tiada maklumat sama ada sukarelawan Malaysia antara yang menjadi mangsa atau tidak.

“Seramai 12 sukarelawan Malaysia terlibat dalam misi ini, termasuk dua wartawan Astro Awani. Tapi kita masih belum mendapat maklumat sama ada mereka yang terkorban atau cedera itu melibatkan sukarelawan kita atau tidak,” katanya di sini hari ini.

Dua warganegara Malaysia – wartawan, Ashwad Ismail dan jurukamera, Shamsul Kamal Latip dari Astro Awani – menaiki kapal Turki bernama Mavi Marmara yang diserbu komando Israel.

Pagi tadi, Mavi Marmala telah diserang oleh tentera Israel menggunakan peluru hidup dan semburan gas sebelum sempat rombongan tersebut memasuki perairan Gaza.

Konvoi Freedom Tortilla adalah konvoi kemanusiaan terbesar yang disertai oleh 50 buah negara termasuk Malaysia.

Rombongan kemanusiaan ini melibatkan lebih daripada 700 peserta dan kapal Mavi Marmala membawa seramai 540 orang penumpang.mstar

Sunday, May 30, 2010

DISALIN DARIPADA BLOG BAKISTANI

BACALAH
Dicatat oleh Al-Bakistani di 09:59 5 ulasan
PEMIMPIN MESTI ADA ‘PETA PERANCANGAN’


[1]

Pemimpin yang hebat mempunyai wawasannya tersendiri. Apabila dia memegang sesuatu tampuk pemerintahan, hendaklah sudah wujud plan dan perancangan untuk mencapai sesuatu wawasan tersebut.

Pemimpin yang tidak mempunyai ‘plan’ dalam otak mereka, tidak akan dilihat hebat. Malah, tidak mustahil kepimpinannya penuh dengan kelembapan dan seterusnya akan ditolak oleh rakyat, ekoran tidak berjaya hendak mengatasi perlumbaan dalam merebut pengaruh.

Apabila seseorang pemimpin itu sudah mempunyai ‘plan’ dalam otak mereka, strategi perlaksanaan terserah kepada orang keliling mereka. jika bijak orang kelilingnya, maka berjayalah dia mengotakan ‘plan’nya. Sekiranya orang kelilingnya tidak bijak, tidak mustahil pemimpin itu akan menjadi beban kepada sesuatu pertubuhan, mahupun kerajaan yang dipimpinnya.

Disamping seseorang pemimpin itu mempunyai perancangan masa depan, diperlukan juga kepadanya mempunyai penasihat-penasihat yang boleh berkongsi pandangan dan memberi pendapat-pendapat yang bernas dalam mengelolakan sesuatu organisasi agar dilihat relevan setiap masa.

Mustahil seseorang pemimpin itu mampu berfikir sendirian, tanpa mereka mempunyai penasihat dan ‘orang yang boleh bertukar pandangan’ yang dapat melahirkan idea-idea yang bernas.

Justeru, penasihat yang bijak amat diperlukan oleh seseorang pemimpin bagi melahirkan kejayaan dan ke’relevan’an terhadap pimpinannya.

[2]

Jika diperhatikan, dunia mengetahui bahawa antara pemerintahan yang hebat adalah di zaman pemerintahan Umar bin Al-Khattab. Kehebatan Umar, disebabkan beliau mempunyai ‘plan’ dalam mengemukakan agenda kerajaan perintahannya, disamping dia mempunyai penasihat [orang kelilingnya] yang bijak.

Dalam kitab al-Mughni karangan Ibnu Quddamah, didatangkan satu kisah Umar bersama dengan seorang penasihatnya yang bernama Kaab bin Suwar. Suatu hari, ketika mereka berdua sedang berbual-bual, seorang perempuan muda telah datang.

“wahai Amir Al-Mukminin, Aku tidak pernah mendapati seorang lelaki yang cukup baik melainkan suamiku. Demi Allah, sepanjang malam dia menunaikan solat, dan bersentiasa berpuasa pada siang hari” Perempuan muda itu berkata kepada Umar.

Mendengar apa yang diucapkan perempuan itu, menyebabkan Umar memuji suami perempuan terbabit. Pujian yang diberikan umar itu, menyebabkan perempuan itu merasa malu dan terus berlalu pergi.

Keadaan itu diperasankan oleh penasihat Khalifah, Kaab bin Suwar.

”Wahai Amir Al-Mukminin, sebenarnya kedatangan perempuan itu adalah untuk melaporkan sesuatu perkara kepada kamu” ujar Kaab.

Umar terkejut, kerana tidak perasan tentang maksud kedatangan perempuan muda itu. Umar bertanya Kaab, ”apa sebenarnya yang mahu dilaporkan oleh perempuan itu wahai kaab?”

”itu adalah perempuan muda, sudah pasti dia menyatakan bahawa suaminya sentiasa tidak bersamanya, ekoran sepanjang malam menunaikan solat, dan berpuasa disepanjang siang hari”

Mendengar penjelasan Kaab itu, baru Umar perasan, lalu meminta agar perempuan itu dipanggil untuk berjumpa dengan Umar.

Apabila perempuan itu sudah berada di hadapan Umar, beliau bertanya, ”Wahai perempuan, apakah kamu datang tadi ingin melaporkan tentang suami kamu yang meninggalkan tempat tidurnya bersama kamu?”

”benar wahai Amir Al-Mukminin. Sesungguhnya aku adalah seorang perempuan muda. Aku memerlukan, sepertimana perlunya perempuan-perempuan yang lain”

Mendengar itu, Umar terus mengarahkan agar suami perempuan itu datang mengadap. Apabila suaminya berada di hadapan Umar, beliau telah menyuruh Kaab supaya menjatuhkan hukuman.

Diperingkat awal, Kaab menolak untuk menjatuhkan hukum, namun setelah Umar berkata, “aku minta kamu berhukum terhadap suami perempuan ini, kerana kamu memahami tentang apa yang aku tidak memahaminya”

Keizinan Umar itu, menyebabkan Kaab membenarkan kepada suami perempuan itu berpuasa dan solat malam selama tiga hari, dan melarang kedua-dua ibadat itu pada malam yang keempatnya.

Umar bertanya, bagaimana Kaab menjatuhkan hukuman sebegitu. mendengar soalan Umar itu, Kaab terus berkata bahawa beliau berhujjah dengan merujuk kepada firman Allah SWT yang berbunyi;

فَانْكِحُوا مَا طَابَ لَكُمْ مِنَ النِّسَاءِ مَثْنَى وَثُلَاثَ وَرُبَاعَ


Maksudnya;
“Kahwinilah apa yang baik bagi kamu dari perempuan itu dua, tiga dan empat”

(Surah An-Nisa’ : 3)

Seakan-akan suami perempuan itu beristeri empat, dan ketiga-tiga malam dia beribadat itu seperti malam bersama tiga isteri, dan malam keempat itu sebagai malam giliran untuk isterinya.

Mendengar penjelasan Kaab yang merupakan penasihat Umar, menyebabkan Umar berkata, “hukuman kamu ini, lebih aku kagum berbanding firasat kamu terhadap perempuan tadi[1]”

[3]

Sepertimana yang kita tahu, Umar adalah seorang tokoh pemimpin politik yang cukup hebat. Disamping kezuhudan, di zaman beliaulah, banyak ijtihad-ijtihad baru yang dikemukakan oleh beliau.

Dengan kebijaksanaan berpolitik itu, menyebabkan pemerintahan Islam tersebar luas; bukan sekadar di sekitar arab, tetapi sudah menjangkaui diluar dari batasan arab.

Apa yang kita dapati, Umar bukan sekadar seorang yang bijak, malah beliau seorang pemimpin yang mempunyai penasihat-penasihat yang hebat. Ini menyebabkan, beliau sentiasa dilihat sebagai seorang pemimpin yang relevan di zaman beliau, malahan di zaman kini.

Sekian

Wallahu ‘Alam


- Sri Indah (b) Sg Buloh
30 Mei 2010 * 12:06 Pagi

ERTI SEBUAH PERJUANGAN

DISALIN DARIPADA BLOG DSAI
30
MayUcapan Dasar Presiden PKR
By Anwar Ibrahim 12 Comments
Categories: Agenda Baru, Aktiviti, Analisis, Antarabangsa, Anwar, Asia Tenggara, Demokrasi, Ekonomi, Hebahan, Islam, Isu Semasa, KeADILan, Kewangan, Mahasiswa, Mahkamah, Malaysia, Media, Pakatan Rakyat, Parlimen, Persidangan, Perutusan, Pilihanraya, Politik, Program, Propaganda, Selangor and Umno
PENDAHULUAN

Bismillah alrrahman alrrahim, Assalamu’alaikum Warahmatullihi wa barakatuhu dan salam sejahtera.

Syukur ke hadrat Allah swt kita di panjangkan usia dan dianugerahkan kesihatan yang baik hingga dapat bersama-sama di dewan Kelantan Trade Centre ini bagi mengadakan Kongres Parti Keadilan Rakyat.

Pada tahun ini, kita bertuah kerana dapat bertandang ke Kota Bharu, Kelantan, bumi Cik Siti Wan Kembang, negeri yang diperintah oleh kerajaan pimpinan rakan kita, dari Parti Islam se-Malaysia sejak dua dekad yang lalu.

Walaupun dengan kelebihan satu kerusi pada 2004, PAS dengan kepimpinan ulamak; tawadduq dan istiqamah telah Berjaya mempertahankan kerajaan negeri terus memperkukuhkannya hingga ke hari ini.

Justeru, kunjungan kita ke Kota Bharu ini, bukan satu kebetulan. Kunjungan ini disertai dengan misi penting; yakni, mengajak kita semua kembali menghayati fitrah sebuah perjuangan yang kita pegang.

Orang hulu balik ke hulu,
Bila sampai bulan terang,
Asal niat jernihkan dahulu,
Agar segak langkah pejuang.

ERTI SEBUAH PERJUANGAN

Saudara-saudari yang dikasihi,

Kita telah lalui tiga era kepimpinan lawan. Kepimpinan UMNO kini kian berkecamuk dan terdesak, umpama binatang buas yang luka, tindakbalasnya nekad dan lebih zalim.

Sesungguhnya hanya pejuang sejati yang mampu berhadapan dengan musuh yang terdesak serta nekad seperti hari ini. Hanya pejuang sejati yang mampu berhadapan dengan tekanan di luar batas kemanusiaan serta ujian sogokan dan imbuhan, ibarat tiada sempadan.

Justeru, bagaimana pula tindakan kita? Kita harus kembali ke titik mula perjuangan kita; janji dan sumpah kita, harapan dan doa restu rakyat. Kita juga harus muhasabah, secara jujur dan ikhlas, adakah kita pejuang sejati.

Saudara-saudari perwakilan yang dikasihi,

Kita singkap semula! KEADILAN lahir di tengah-tengah rintihan rakyat. Rakyat mendambakan satu wadah yang diharapkan dapat menyelamatkan negara ini dari terus dimusnahkan.

Pabila Raja kerenah,
Pabila gundek menabur fitnah,
Pabila pembesar kurang amanah,
Pabila kepercayaan rakyat kian punah,
Itulah tandanya Negara akan musnah.

Di bahu kita harapan disandarkan. Ibarat batang pokok, yang menunjangi perjuangan kita. Kita yakin kemahuan rakyat yang mahukan keadilan dan perubahan.
Hari ini, akan saya ungkapkan sekali lagi Deklarasi Permatang Pauh, 12 September 1998. Bahawa yang kita perjuangkan adalah:

Gerakan reformasi yang terpancar perjuangan hati nurani, dari kesedaran bahawa sesungguhnya diri manusia itu mulia dan merdeka, mempunyai hak dan tanggungjawab, diri manusia haram dizalimi dan diaibkan, haram di belenggu dan disekat tanpa mengikut proses dan undang-undang yang adil

Gerakan reformasi untuk menegakkan keadilan untuk semua, yang kuat dan yang lemah, yang kaya dan yang miskin; membersihkan institusi dan proses undang-undang dari dicemari oleh penyalahgunaan kuasa dan rasuah;

Gerakan reformasi untuk mendaulatkan kuasa rakyat melalui proses demokrasi. Demokrasi itu satu kemestian, kerana semangat keadilan yang ada dalam diri manusia membolehkan demokrasi dilaksana, tetapi kecenderungan manusia untuk berlaku zalim menjadikan demokrasi satu kewajipan;

Gerakan reformasi untuk memperjuangkan keadilan ekonomi, menjana pertumbuhan dan pengagihan yang saksama, jangan yang kaya bertambah kaya yang miskin papa kedana. Dunia ini mencukupi untuk keperluan semua, tetapi tidak mencukupi untuk memenuhi kerakusan individu;

Gerakan reformasi untuk membanteras rasuah dan penyalahgunaan kuasa, mengikis manipulasi pasaran oleh segelintir golongan rakus dan mahakaya;

Gerakan reformasi untuk memperkukuhkan jayadiri budaya yang dinamis, setia kepada warisan bangsa yang murni dan terbuka kepada segala yang baik dari semua budaya;

Saudara-saudari dalam perjuangan yang dikasihi,

Pilihanraya umum ke-12 memberi kemenangan dan kedudukan moral kepada kita untuk mendepani usaha menyelamatkan Negara.

Walaupun kita telah membuat anjakan besar, hakikatnya negara masih lagi bergelut dengan kebejatan dan salah guna kuasa yang sama, diarahkan oleh dalang politik yang sama. Malah jauh lebih ganas kerana luka 2008 tidak mampu mereka terima.

Justeru, tidak hairanlah sandiwara Fitnah 2 dirancang dan kali ini menonjolkan watak yang lebih mantap. Fitnah 2 ini adalah peringatan besar kepada kita bahawa barah yang mencetuskan perjuangan rakyat pada tahun 1998; masih bersarang, makin bernanah hingga ke hari ini.

Ringkasnya tuan-tuan dan puan-puan,

Sewajarnya kita mengingat kembali pengajaran perjuangan Rasulullah SAW ketika berlakunya ujian-ujian getir dalam peristiwa Tahun Kesedihan – orang-orang Islam telah dipulaukan, isteri kesayangan Rasullah SAW iaitu Saidatina Khadijah dan Abu Talib, bapa saudara Rasullah SAW meninggal dunia pada tahun itu, sehinggakan Rasulullah ditempelak oleh musuhnya bahawa “Tuhannya sendiri telah meninggalkannya”. Tetapi berkat iman dan istiqamah mereka, Allah SWT membalasnya dengan kemenangan.

Memang lazim kebatilan disokong kerana ia ada kekuatan, kezaliman dijunjung kerana ia ada kuasa, manakala pembohongan diakui, kerana ia kaya dan menguasai media. Namun percayalah, sebuah kerajaan yang zalim, kekuatan zahiriah yang mereka ada selalu menyembunyikan betapa rapuhnya tampuk kuasa yang mereka pegang; ingat firman Allah SWT dalam Surah al-Hasyr ayat 14, mafhumnya:

Di dalam al-Quran, Allah SWT memberikan contoh-contoh yang nyata mengenai peringatan ini -dari Firaun ke Parsi hingga ke Rom; kerajaan zalim yang nampak begitu gagah runtuh satu persatu. Kita arif dengan kupasan Ibn Khaldun dalam mukaddimah. Mutakhir ini kita menyaksikan kebangkitan rakyat menewaskan kezaliman apartheid di Afrika Selatan, Marcos di Filipina dan Shah di Iran. Continue reading ‘Ucapan Dasar Presiden PKR’

29
May15th Middle East eGovernment and eServices Excellence Awards Awarded
By Anwar Ibrahim 2 Comments
Categories: Agenda Baru, Aktiviti, Analisis, Antarabangsa, Anwar, Asia Tenggara, Demokrasi, Ekonomi, Hebahan, Islam, Isu Semasa, KeADILan, Kewangan, Malaysia, Pakatan Rakyat, Parlimen, Persidangan and Program
Organized by the Middle East Excellence Awards Institute, the 15th Middle East eGovernment and eServices Excellence Awards was hosted at the Burj Al Arab Hotel , Dubai, UAE, to honor individuals and organizations within the Information and Communication Technology (ICT) sphere.

Held annually, the 15th Middle East eGovernment and eServices Excellence Awards honors noteworthy achievements and outstanding contributions in improving organizational performance through technology by focusing on the innovative use of eServices and eGovernment applications by regional organizations to exceed customers expectations while providing cutting-edge service to the public.

The awards were presented to the winners by Cheif Guest H.E Dr. Rashed Ahmed Bin Fahd UAE Minister of Environment & Water and Hon. Dato Seri Anwar Ibrahim, Former Deputy Prime Minister, Malaysia

DISALIN DARIPADA BLOG ANWAR IBRAHIM

BACALAH DENGAN TELITI
30
MayBencana Terlalu Berani Bersumpah
By Anwar Ibrahim 0 Comments
Categories: Analisis, Anwar, Demokrasi, Hebahan, Islam, Isu Semasa, KeADILan, Mahkamah, Malaysia, Pakatan Rakyat and Umno
Dari Muqabalah.blogspot.com

Rasulullah Sallahu ‘alaihi wasallam bersabda:

Sesiapa yang memutuskan[menidakkan] hak seseorang muslim dengan sumpahnya, maka sesungguhnya diwajibkan Allah baginya Api Neraka, dan Allah haramkan baginya syurga”. Para sahabat bertanya:”meskipun dalam perkara yang remeh?” Rasulullah bersabda:”[memang benar] walaupun tentang sepotong ranting daripada kayu arak [iaitu kayu untuk sugian gigi]

Hadith ini memperingatkan kita tentang bahaya berani bersumpah, terutama seperti yang ditekankan di dalam hadith ini bersumpah yang menyebabkan orang Islam lain akan kehilangan hak mereka; hak yang dimaksudkan di dalam hadith ini mengikut Syaikh Muhammad Ibn ‘Illan di dalam Dalilu al-Falihin merangkumi bukan setakat harta-benda yang diiktiraf syara, bahkan merangkumi perkara-perkara selainnya yang memberi faedah umpama kulit bangkai haiwan dan tahi binatang yang dikira najis. Ianya juga termasuk bersumpah dalam soal berkaitan had qazaf [perlaksanaan hukum berkaittan tuduhan zina atau liwat] atau pembahagian hak untuk isteri atau seumpamanya.

Disebutkan ‘hak seorang muslim’ tidak bermakna ianya tidak haram ke atas hak orang kafir zimmi., bahkan sebutan itu merujuk kepada amaran “sesungguhnya telah diwajibkan Allah ke atasnya neraka dan diharamkan baginya syurga” . Hak orang kafir zimmi itu haram dicerobohi tetapi amaran keras Rasulullah ini khusus bagi hak muslim, kerana hak orang muslim itu lebih berat haramnya.

Sebahagian ulama berpendapat amaran keras Rasulullah ini terjadi sekiranya pelaku maksiat ini mati tanpa taubat dan ruju’ [termasuk menyesal serta minta dihalalkan daripada individu yang dicabut haknya kerana sumpah tersebut] secara sebenar-benarnya, ataupun dia akan diseksa terlebih dahulu di neraka sehingga dia mendapat pembalasan siksa yang setimpal.

Di dalam hadith ini, Rasulullah menyebut walaupun bersumpah dalam soal sepotong ranting kayu sugian bagi menunjukkan beratnya dosa perlakuan berani bersumpah tanpa penelitian yang secukupnya mengikut neraca syari’ah walaupun dalam soal yang dianggap remeh. Bagaimana pula dengan keberanian bersumpah yang menyentuh soal-soal maruah dan tuduhan jenayah yang berat terhadap seoranmg muslim yang lain?

Al-Quran menyebut di dalam dua surah tentang yang orang yang berani bersumpah ini biasanya akan mengatakan mereka tidak sekali-kali mempunyai tujuan yang selain kebaikan. Antara lain Allah menyebut:

Bagaimanakah sikap mereka [munafiqun] apabila mereka ditimpa sesuatu musibah disebabkan usaha-usaha tangan mereka, kemudian mereka mendatangi engkau (Ya Rasulullah) dan mereka bersumpah dengan nama Allah “sesungguhya kami tiada kehendaki kecuali kebaikan dan taufiq”. Mereka adalah golongan yang Allah mengetahui isi hati mereka. Maka hindarilah mereka dan beri peringatanlah kepada mereka dan nyatakan kepada mereka tentang perihal diri mereka secara jelas [an-nisa 62-63]

Dan orang-orang [munafiq] yang membina masjid untuk memberi kemudaratan dan mencetuskan kekufuran dan mendatangkan perpecahan di kalangan mu’minin dan melakukan pengintipan bagi pihak golongan yang memerangi Allah dan Rasul-Nya semenjak sebelum ini . Mereka bersumpah: ” bukanlah kami kehendaki [dari usaha kami ini] kecuali kebaikan”. Allah menyaksikan yang sesungguhnya mereka adalah golongan pembohong” [at-Taubah:107]

Sebahagian ahli masyarakat kita memandang apabila seseorang itu berani bersumpah mengguna nama Allah. maka dia tentunya seorang berani serta tentu benar. Berani untuk bersumpah demi kebenaran, masakan dia berani untuk bersumpah sekiranya dia berbohong?. Logik itulah yang telah disanggah oleh Allah dalam kedua ayat di atas. Orang yang berani melanggar perentah Allah, rupanya akan berani juga bersumpah menggunakan nama Allah. Mereka juga akan mendakwa beriya-iya benar yang mereka berani bersumpah demi menegakkan kebenaran dan cintakan kebajikan dan keadilan. Itulah perangai oarang yang berani bersumpah dari zaman Rasulullah sehingga zaman sekarang sehingga menjelang Hari Qiyamat. Allah menyebut tentang keberanian bersumpah ini:

Pada Hari yang Allah bangkitkan mereka sekeliannya, lalu mereka bersumpah kepada-Nya [Allah] sebagaimana mereka bersumpah kepada kamu [dalam kehidupan dunia dulunya], dan mereka mengira yang mereka di atas suatu (kebenaran). ingatlah sesungguhnya mereka adalah golongan pendusta. Mereka telah dikuasai oleh syaitan, lalu syaitan melupakan mereka dari memperingati Allah. Mereka adalah dari puak syaitan.Ingatlah puak syaitan adalah golongan yang rugi” [al-Mujadalah:17-18]

Allah mengajar kita dengan peringatan yang terlalu tinggi nilainya:

Maka jangan engkau turuti orang-orang yang membohongi agama, mereka ini mahu agar kamu bersikap lunak terhadap mereka, niscaya mereka akan bersikap lunak terhadap kamu.Jangalah kamu turuti orang yang banyak bersumpah lagi hina, yang mencaci orang lain dan menyebarkan adu-domba [agar timbul perbalahan], yang menghalangi kebajikan serta menganiayai orang lain lagi bergelumang dengan perbuatan dosa, yang kasar hati dan berketurunan hina” [al-Qalam:10-13]

nota tambahan: Syaikh Sabuni menyebut dalam Durratu at-Tafasir ketika mengulas ayat ke 13 Surah al-Qalam tentang berturunan hina , ini merujuk kepada Alwalid bin Mughirah yang mengaku dia adalah dari qabilah tertentu, sedangkan dia bukan dari mereka kerana dia adalah anak zina. Mengikut Saiyyidina Ibn Abbas “tiada diketahui seorang lain yang disifatkan oleh Allah Ta’ala dengan ‘aib sebegini kecuali yang ini”

MAAF LAMA TAK UPDATED

LAMA TAK UPDATED KERANA MENYELESAIKAN BEBERAPA PERKARA.

Sunday, May 16, 2010

IMBUHAN UNTUK GURU

DISALIN DARIPADA MALAYSIAKINI

RM900 hingga RM7,500 bagi guru cemerlang
Mei 16, 10 2:41pm

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini mengumumkan ganjaran kewangan bersempena sambutan Hari Guru hari ini kepada pengetua, guru besar dan guru yang berjaya melonjakkan prestasi sekolah masing-masing.

Muhyiddin berkata mereka yang mencapai sasaran Indeks Petunjuk Prestasi (KPI) Kementerian Pelajaran yang ditetapkan bakal mendapat imbuhan wang tunai antara RM900 hingga RM7,500 mulai tahun ini.

"Selaras dengan konsep mengutamakan pencapaian dan keberhasilan, tawaran baru ini, ganjaran kewangan akan diberikan kepada pengetua, guru besar dan guru-guru yang berjaya melonjakkan prestasi sekolah masing-masing melepasi Skor Komposit 92 peratus bagi sekolah menengah dan 84 peratus bagi sekolah rendah.

"Pengetua dan guru besar yang mencapai sasaran KPI ini akan menerima ganjaran kewangan sebanyak RM7,500, lima peratus guru-guru (terbaik) sekolah berkenaan pula, iaitu berdasarkan tahap penilaian prestasi tahunan mereka, akan menerima RM1,800 dan guru-guru selebihnya lagi akan menerima RM900," katanya kepada pemberita selepas merasmikan sambutan Hari Guru Peringkat kebangsaan di Universiti Malaysia Pahang, di Kuantan hari ini.

Beliau yang juga Menteri Pelajaran berkata ganjaran kewangan itu merupakan satu suntikan baru kepada guru-guru untuk bekerja dengan gigih lagi bagi meningkatkan prestasi sekolah dan keberhasilan pelajar.

Muhyiddin berkata ganjaran kewangan itu tidak terbatas hanya sekali sahaja untuk setiap sekolah: "Kalau sekolah itu meneruskan usahanya untuk tahun berikutnya, ia akan dapat lagi ganjaran itu,".

Beliau berkata ganjaran kewangan itu akan diteruskan setiap tahun dan bagi tahun ini, pencapaian setiap sekolah akan dinilai selepas keputusan peperiksaan, sebelum ganjaran itu diberikan kepada mereka yang layak.

Terdahulu ketika berucap pada majlis berkenaan, Muhyidin turut mengumumkan beberapa inisiatif lain kepada golongan pendidik.

Antaranya, Lembaga Kenaikan Pangkat Perkhidmatan Pendidikan (LKPPP) telah meluluskan sebanyak 25,269 kenaikan pangkat bagi pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah (PPPS) dan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Lepasan Diploma atau bukan siswazah sehingga April 2010 ini.

"Untuk mempercepatkan proses kenaikan pangkat, Jabatan Perkhidmatan Awam juga telah bersetuju supaya kenaikan pangkat berdasarkan tempoh perkhidmatan Gred DG44 dan DG48 bagi Pegawai Perkhidmatan Siswazah akan dilaksanakan Kementerian Pelajaran," kata Muhyiddin.

MS MS NHBeliau berkata Pegawai Perkhidmatan Siswazah yang memperoleh ijazah doktor falsafah juga akan menikmati kenaikan satu gred sekiranya memenuhi kriteria dan syarat yang akan ditetapkan Kementerian Pelajaran.

Selain itu, Muhyiddin berkata kerajaan juga sedang menimbangkan pelaksanaan beberapa inisiatif kenaikan pangkat berasaskan pencapaian yang lebih baik kepada mereka yang benar-benar menunjukkan kebolehan.

Ditanya mengenai syor yang dibuat oleh Jawatankuasa Khas Mengkaji Beban Tugas Guru, Muhyiddin berkata beberapa syor jawatankuasa berkenaan yang dipengerusikan Ketua Pengarah Pelajaran Tan Sri Alimuddin Mohd Dom, akan dilaksanakan secepat mungkin.

"Beberapa perkara yang saya sebutkan (dalam ucapan) akan dilaksanakan seberapa segera, itu antara sebahagian daripada perkara yang dikenalpasti jawatankuasa berkenaan," kata Muhyiddin.

Antara syor yang dikemukakan jwatankuasa berkenaan yang akan dilaksanakan segera antaranya, mengurangkan bilangan jawatankuasa di peringkat sekolah kepada jumlah yang lebih wajar.

"Pada masa ini terdapat sekolah yang mempunyai hampir 40 jawatankuasa dalam bidang pengurusan dan pentadbiran, kurikulum, hal ehwal murid dan kebersihan, keceriaan, keselamatan dan sebagainya.

"Pengecilan jumlah jawatankuasa akan dapat mengurangkan bebanan guru dan dapat memberi peluang kepada mereka untuk menumpukan perhatian kepada tugas hakiki," katan Muhyiddin.

Syor lain ialah mengkaji bilangan peperiksaan di sekolah dan ujian di peringkat sekolah yang dilihat terlalu banyak, menyusun semula tugas-tugas perkeranian di sekolah dan penyediaan kurusus-kursus yang bersesuaian untuk golongan pendidik.

Turut hadir Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob, Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Ir Wee Ka Siong dan Dr Mohd Puad Zarkashi.

- Bernama

Wednesday, May 12, 2010

KESEDARAN MESTILAH ISTIQAMAH BUKAN MENGIKU MASA TERTENTU SAHAJA........!!!!!

KITA SEBAGAI RAKYAT DAN WARGANEGARA MALAYSIA YANG SAH DI SISI PELEMBGAAN NEGARA MESTILAH KOMITED DAN ISTIQAMAH DALAM MENENTANG USAHA UNTUK MEMBAWA NEGARA KITA MEMASUKI BLOG YANG PRO ISRAEL ATAU YAHUDI.
ISU YANG BERKAITAN DENGAN ANASIR YAHUDI MESTILAH DIHALANGAN SECARA TEGAS. KITA MESTILAH ISTIQAMAH. JANGAN BIARKAN ISU PENYAMARAN ZIONIS DALAM NEGARA KITA.

ISU SEPERTI APCO PERLU DITANGAN DENGAN SECARA TEGAS.

KENAPAKAH MANUSIA ALPA.

ALLAH SWT BERFIRMAN DALAM SURAH AR-RUM AYAT 20 MARHFUMNYA : DA DI ATARA TANDA-TANDA KEKUASAAN ALLAH IALAH MENCIPTAKAN KAMU DARIPADA TANAH KEMUDIAN TIBA-TIBA KAMU MENJADI MANUSIA YANG BERKEMBANG BIAK.

APAKAH TUJUAN HIDUP MANUSIA DI DUNIA INI? KELAHIRAN MANUSIA ADALAH KETENTUAN ALLAH YANG KITA TIDAK BOLEH MENIDAK ATAU MENAFIKANNYA. TUJUAN HIDUP BUKANLAH UNTUK MAKAN MINUM SEMATA-MATA. TETAPI MAKA DAN MINUM ADALAH UNTUK HIDUP JIKA KITA HIDUP HANYA UNTUK MENGIKUT HAWA NAFSU MAKAN. MINUM DAN SEKSUAL INI TAK AUBAH SEPERTI BINATANG TERNAKAN.

KEHIDUPAN SEORANG MUKMIN TIDAK BOLEH DISAMAKAN DENGAN KEHIDUPAN ORANG KAFIR. INI KERANA KEHIDUPAN ORANG MUKMIN MEMPUNYAI PERATURAN DAN CARA HIDUP YANG TELAH DIGARISKAN OLEH ALLAH SWT MELALAUI AL QURAN DAN ASSUNNAH

ALLAH SWT MENJELASKAN DALAM SURAH MUHAMMAD AYAT 12 YANG BERMAKSUD : SESUNGGUHNYA ALLAH MEMASUKKAN ORANG-ORANG YANG BERIMAN DAN MENGERJAKAN AMAL SOLEH KE DALAM SYURGA YANG MENGALIR DI BAWAHNYA SUNGAI-SUNGAI. DAN ORANG-ORANG KAFIR ITU MENIKMATI KESENANGAN ( DIDUNIA) DAN MEREKA MAKAN DAN MINUM SEPERTI BINATANG-BINATANG MAKAN DAN NERAKA ADALAH TEMPAT TINGGAL MEREKA.

INILAH JANJI ALLAH SWT. ORANG YANG BERIMAN AKAN DIJANJIKAN SYURGA. BERSABARLAH WAHAI TEMAN-TEMAN KU SEPERJUANGAN DALAM MENGHADAPI UJIAN HIDUP. WALAU PERJUANGAN SENTIASA TERKANDAS PADA PANDANGAN MANUSIA TETAPI PADA PANDANGAN ALLAH SWT INSYAALLAH ADALAHSATU KEJAYAAN. INI KERANA KEJAYAAN DI AKHIR IALAH KEJAYAAN YANG SEBENARNYA

INGAT WAHAI DIRIKU, KELUARGAKU DAN TEMAN-TEMANKU BAHAWA AZAB ALLAH ITU AMATLAH PEDIH. SESUNGGUH JIKA API LILIN ITU ADALAH PANAS BAGAIMANAKAH KITA HENDAK MENGHADAPI API NERAKA YANG BERGANDA KALI PANASNYA.

JANGANLAH KITA MEMBIARKAN DIRI KITA MENEMPAH NERAKA ALLAH. MARILAH KITA MEMOHON KEAMPUNAN DARIPADA ALLAH SWT AGAR SEGOLA DOSA YANG KITA LAKUKAN SETIAP HARI DIAMPUNKAN ALLLAH.


YA ALLAH YANG TUHANKU, SESUNGGUHNYA AKU HAMBAMU YANG AMAT HINA, AKU IALAH HAMBAMU SENTIASA MENZALIMI DIRIKU SENDIRI, YA ALLAH AKU HAMBAMU YANG SENTIASA MELAKUKAN KEJAHATAN KEPADA MU YA ALLAH. YAM ALLAH JIKA TIDAK MENGAMPUNKAN DOSAKU NESCAYA AKU MENJADI HAMBAMU YANG AMAT-AMAT RUGI. OLEH ITU YA ALLAH KAU AMPUNKANLAH DOSAKU YA ALLAH.

YA ALLAH KAU AMPUNKANLAH DOSA KEDUA IBU BAPA KU DAN KEDUA IBU BAPA MERTUAKU. YA ALLAH KAU KASIHANILAH MENERKA SEPERTI MANA MEREKA MENGASIHI KAMI DARI KECIL HINGGA KAMI DEWASA. KAU RAHMATILAH MEREKA YA ALLAH.

YA ALLAH KAU AMPUNKAN DOSA-GURU-GURU KAMI YANG BANYAK BERKORBAN UNTUK KAMI. GURU MEMBERIKAN CAHAYA KEBENRAN KEPADA KAMI, GURU YANG MEMBERIKAN PETUNJUK JALAN KEBENARAN KEHIDUPAN HAKIKI KEPADA KAMI. RAHMATILAH GURU-GURU KAMI YANG ISLAM YA ALLAH.

YA ALLAH KAU AMPUNKAN DOSA PARA MUJAHID YANG MEMPERTAHANKAN AGAMA ISLAM YANG SUCI DI MEDAN SALJU YAN ALLLAH. BERIKAN KEAMPUNAN KEPADA MEREKA, REHDA DAN TERIMALHA SEGALA AMALAN DAN PERGORBANAN MEREKA YA ALLAH.


YA ALLAH KAU AMPUNKANLAH DOSA-DOSA KAMI YA ALLAH. YA ALLAH KAU AMPUNKANLAH DOSA SAHABAT-SAHABAT KAMI YANG ISLAM YA ALLAH. BERIKAN KETENANGAN DAN RAHMATILAH KEHIDUPAN MEREKA YA ALLAH AMIN AMIN AMIN YA RABBAL ALAMIN

tafsiran undang-undang

Tuesday, May 11, 2010

SOKONG PENDAPAT DR ASRI

DISALIN DARIPADA MALAYSIAKINI.....

'M'sia bukan masyarakat judi'
Dr Mohd Asri Zainul Abidin
Mei 9, 10
5:52pm

Kenyataan Timbalan Menteri Kewangan Datuk Awang Adek Hussein bahawa kerajaan pusat mempertimbangkan untuk mengeluarkan lesen judi sempena Piala Dunia 2010 demi mengelakkan berleluasa kegiatan judi haram adalah satu kenyataan yang memalukan dan amat menyalahi cara fikir yang lurus.

Saya ingin tegaskan hal ini berasaskan perkara berikut:

1. Dari segi Islam adalah menjadi asas bahawa 'tindakan pemerintah terikat dengan maslahah'. Maslahah dalam konteks ini adalah kepentingan atau kebaikan rakyat dan negara itu sendiri.

Ini seperti juga yang disebut oleh al-Imam al-Syafi'i r.h: “Kedudukan pemerintah di sisi rakyat bagaikan kedudukan penjaga anak yatim” (lihat: Al-Sayuti, al-Asybah wa al-Nazair).

Apakah memberikan lesen judi itu memberikan kebaikan atau mempunyai kepentingan umum rakyat? Atau ia hanya kepentingan segelintir taukeh dan kaki judi semata?

Jika ia tidak memulangkan kepentingan umum atau kebaikan kepada rakyat maka itu bukan tindakan pemerintah yang bertanggungjawab.

2. Tidak dinafikan judi dan arak memang mempunyai keuntungan dan beberapa manfaat untuk pihak-pihak tertentu.

Namun, ancaman dan bahayanya jauh lebih besar dibandingkan manfaat yang bakal diterima.

Al-Quran menyebut: (maksud) “Mereka bertanya engkau (wahai Muhammad) tentang arak dan judi. Katakanlah: “Pada keduanya ada dosa (keburukan) yang besar dan manfaat kepada manusia.

Namun dosa (keburukan) keduanya lebih besar dari manfaatnya” (Surah al-Baqarah ayat 219).

Maka dengan itu, sekadar untuk digunakan cukai judi berkenaan untuk kegiatan sukan bukan satu alasan. Kerosakan judi lebih besar dari manfaat yang akan diterima.

Membiayaan untuk membaikinya nanti jauh lebih tinggi.

3. Judi sama ada 'dilesenkan' atau tidak dilesen keburukannya sentiasa dominan.

Ia menyebabkan pembaziran tanpa sebab, sikap bergantung nasib tanpa kewarasan, merosakkan keluarga, menimbulkan tabiat suka berhutang, membawa kepada kejatuhan ekonomi individu secara mengejut, ketagihan tabiat buruk tersebut yang luar biasa dan berbagai lagi keburukan yang lain.

Akal waras manusia dari semua aliran agama dan masyarakat, bahkan yang tidak beragama pun tetap menyatakan judi selalu merosakkan masyarakat.

4. Jika pun judi itu untuk masyarakat bukan Islam, saya tetap katakan masyarakat Malaysia bukan masyarakat judi.

Tiada ajaran mana-mana agama yang menggalakkan judi. Tiada siapa pun dalam mana-mana bangsa atau agama dalam negara ini sanggup untuk mendakwa 'judi adalah budaya kami', atau 'kebanggaan hidup kami'.

Jika ada, itu terkeluar dari norma kewarasan. Tiada isteri yang normal sukakan suaminya kaki judi.

Maka, jangan kaitkan atau hidupkan budaya ini secara terbuka dalam masyarakat kita. Kaki judi sentiasa dipandang negatif dalam semua masyarakat yang rasional.

5. Judi akan menggalakkan tabiat berhutang dan pergaduhan. Sama ada diberi lesen atau tidak, tetap sama.

Hutang along atau hutang bank, tetap bebanan hutang.

Jika diberi lesen terbuka, yang tertutup tetap berjalan seperti biasa. Itu bukan alasan yang munasabah.

6. Peranan pemerintah adalah mencegah keburukan, bukan menaja atau bersaing dengan penjenayah. Cadangan tersebut hanya mengubah 'tauke' sahaja dari yang berlesen kepada yang tidak berlesen.

Apakah nanti mungkin kita akan wujudkan tempat 'hisap candu berlesen' untuk mengelakkan penagih candu menghisapnya di tempat yang tidak berlesen?

Jangan fikir lesen dan cukai keuntungan sahaja, kerajaan hendaklah berfikir kesan yang akan menimpa rakyat nanti!

Maka, saya sekali lagi membantah cadangan ini dan meminta semua rakyat Malaysia yang waras dan mempunyai nilai-nilai agama dan moral membantah cadangan ini!

PANDANGAN MENARIK DI DUNIA INI.....







APA PENDAPAT TUAN HAJI DENGAN ONE MALAYSIA SEKARANG

SALAM, APA PENDAPAT TUAN HAJI SEMUA TENTANG SEMUA MASALAH INI........ ISU SEKARANG.... KITA MESTI KERJA KUAT UNTUK PRU 13..... SELAMATKAN MALAYSIA. MALAYSIA SEJAHTERA NIKMAT UNTUK SEMUA ADALAH SESUAI UNTUK MOTTO SELURUH RAKYAT MALAYSIA.

TAKBIR: ALLAHHAUKBAR... BEKERJA UNTUK ISLAM DEMI KEMENANGAN DUNIA DAN AKHIRAT. KEMENANGAN DALAM ISLAM BUKAN MENANG PILIHRAYA SEMATA-MATA TETAPI KEMENANGAN DISISI ALLAH YANG TERANGKUM DALAM KITA SUCI AL QURAN DAN AS SUNNAH.

TERIMA KASIH.

OH SAIFUL APA NAK JADI DENGAN KAMU




DISALIN DARIPADA KELAB GREENBOC

Berikut ialah Transkrip perbicaraan Fitnah Kali Ke Dua terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim (soal balas hari pertama) semalam.

Perbicaraan tersebut didengar oleh Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Mohamad Zabidin Mohd. Diah.

(10.37 pagi - Saiful Bukhari Azlan mengangkat sumpah semula dalam Bahasa Melayu)

Karpal Singh (KS): Tadi ada bersumpah? Bersumpah untuk apa?

Saiful Bukhari (SB): Untuk berkata apa yang benar.

KS: Itu tidak benar, bukan?

SB: Tidak.

KS: Benar sahaja tidak mencukupi dalam bagi keterangan? Do you speak English? (Awak boleh berbahasa Inggeris?)

Yang Arif (HAKIM): Jawab dalam Bahasa Melayu sebab saksi angkat sumpah dalam Bahasa Melayu.

KS: Baca sekali lagi sumpah itu.

SB: (Saksi membaca semula sumpah)

KS: Yang terakhir, melainkan yang benar?

SB: Ya.

KS: Bukan senang masuk dalam kandang itu? Ada kewajipan, bukan?

SB: Ya.

KS: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, kenal?

SB: Ya, Perdana Menteri. Kenal sejak kecil lagi.

KS: Ada jumpa Perdana Menteri (PM)?

SB: Ada, pada 24 Jun 2008.

KS: Jumpa di mana?

SB: Di kediaman Perdana Menteri di Taman Duta, KL.

KS: Masa itu Timbalan Perdana Menteri (TPM)?

SB: Ya.

KS: Jumpa TPM untuk apa?

SB: Saya mengadukan pada beliau tentang masalah saya.

KS: Pada 24 Jun?

SB: Ya.

KS: Lepas itu ada jumpa dia?

SB: Tidak jumpa lagi. Langsung tidak jumpa.

KS: Dengan isteri PM?

SB: Tidak pernah.

KS: Kenal seseorang bernama Mumtaz?

SB: Rakan kepada keluarga saya, kenal sejak kecil.

KS: Pernah jumpa isteri PM?

SB: Tidak.

KS: Kejadian berlaku bila?

SB: 26 Jun 2008.

KS: Pada 27 Jun ada jumpa PM? Pada 28 Jun?

SB: Tidak jumpa.

KS: PM ada menyatakan awak ada jumpa dia.

SB: (Saksi tidak menjawab)

(Karpal mengulangi pertanyaan)

Peguam Cara Negara II, Datuk Mohd. Yusof Zainal Abiden (MY): Saya tidak fikir Karpal patut terus mendesak.

KS: Ada pernah jumpa PM?

SB: Itu tidak pasti tetapi saya jumpa dia (PM) 24 Jun, langsung tidak jumpa lepas itu.

KS: Ada jumpa Asisten Supritendan (ASP) Rodwan? Sekarang dia Asisten Komisioner?

SB: Ada jumpa.

KS: Bila jumpa?

SB: 24 Jun 2008, waktu malam, di Hotel Melia di Jalan Imbi.

KS: Pukul berapa.

SB: Pada masa itu dia yang telefon saya. Masa telefon kata nak bertemu dengan saya.

KS: Tujuan apa? Apa terjadi bila jumpa dia?

SB: Masa telefon dia tidak beritahu tujuan apa. Masa jumpa, dia nak tahu masalah apa yang saya sedang hadapi.

KS: Pernah jumpa ASP Rodwan sebelum 24 Jun?

SB: Tidak.

KS: Jumpa Rodwan selepas jumpa PM?

SB: Ya.

KS: Siapa yang arahkan Rodwan jumpa kamu?

SB: Saya tidak pasti.

KS: Ada tanya mana dia dapat nombor kamu?

SB: Saya tak tanya dia.

KS: Apa berlaku lepas jumpa dia?

SB: Saya beritahu saya diliwat oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim (DSAI) beberapa kali.

KS: Jadi, masa jumpa PM, beritahu dia apa yang berlaku sebelum 26 Jun?

SB: Ya.

KS: Itu sahaja?

SB: Ya.

KS: Ada buat kenyataan bahawa kamu diliwat tanpa kerelaan?

SB: Ya, dalam laporan polis.

KS: Baca P3 (laporan polis).

(SB membaca semula laporan polis yang dibuat olehnya. "Saya Mohd. Saiful Bukhari Azlan ingin melaporkan saya telah diliwat oleh majikan saya. Perkara ini berlaku tanpa kerelaan saya. .... berlaku ialah pada 26 Jun 2008. Laporan dibuat dengan tujuan mendapatkan keadilan dan pembelaan. Bimbang keselamatan diri dan keluarga jika perkara ini tersebar luas ke pengetahuan khalayak ramai. Majikan saya ialah Datuk Seri Anwar Ibrahim.")

KS: Kejadian 26 Jun?

SB: Ya.

KS: Selepas 26 Jun ada diperiksa oleh doktor?

SB: Ada.

KS: Sebelum 28 Jun?

SB: Ada.

KS: Oleh siapa?

SB: Oleh doktor di Hospital Pusrawi tetapi bukan sepenuhnya.

KS: Jumpa doktor di Pusrawi bila?

SB: 28 Jun.

KS: Kejadian 26 Jun? Laporan dibuat 28 Jun?

SB: Ya.

KS: Kamu orang Islam yang baik?

SB: Try my best to be (Cuba yang terbaik untuk jadi baik)

KS: Ada sembahyang 5 kali sekali?

SB: Ada, kalau dulu ada tertinggal.

KS: Dalam bulan Jun 2008?

SB: Semasa kerja dengan DSAI, saya kurang sikit sembahyang.

KS: Selepas itu?

SB: Selepas membuat laporan, saya kembali insaf.

KS: Dari 26 hingga 28 Jun ada sembahyang? Kewajipan orang Islam.

SB: Saya ada pergi sembahyang Jumaat.

KS: 26 Jun?

SB: 26 Jun tidak sembahyang.

KS: Kenapa tak sembahyang? Ini kewajipan.

SB: Saya tidak bersolat. Ini mungkin kerana saya telah diliwat.

KS: Pada 27 Jun?

SB: Ada sembahyang Jumaat.

KS: Ada mandi? Cuci badan semua sebelum sembahyang pada 27 Jun?

SB: Ada, mandi sedikit sahaja tetapi saya tidak cuci di bahagian dubur.

KS: Biasa mandi semua badan bukan sebahagian, bukan?

SB: Ya.

KS: Mandi junub, wajibkan?

SB: Ya.

KS: 26 (haribulan) tidak solat?

SB: Tidak.

KS: Tidak mandi wajib?

SB: Tidak.

KS: Jadi, pada 27 Jun, tak mandi wajib jadi sembahyang kamu tidak sah?

SB: Ya, tidak sah.

KS: Bermakna kamu adalah bukan seorang Islam yang baik?

MY: Ini pendapat peguam.

KS: Saya ada hak untuk mencadangkan kepadanya.

HAKIM: Kalau awak serang peribadi dia, nanti pihak pendakwaan juga boleh menyerang peribadi DSAI. Awak tak boleh membantah.

KS: Tidak apa, mereka boleh berbuat demikian. Ia bukan isu.

KS: Saya cadangkan, kamu tidak mengikut syarat-syarat dalam Islam.

SB: Pada tempoh tersebut, saya tidak.

KS: Jadi kamu bukan seorang Islam yang baik?

SB: Saya dalam keadaan darurat pada ketika itu kerana kalau saya mandi... (Saksi dihalang daripada meneruskan jawapannya oleh KS)

KS: Pada 28 Jun, ada mandi wajib?

SB: Tidak.

KS: Kamu tidak ikut cara Islam?

SB: Saya terpaksa.

KS: Dalam darurat?

SB: Ya.

KS: Pada 28 Jun, sebelum pergi Hospital Kuala Lumpur (HKL), ada jumpa doktor lain?

SB: Di Pusrawi.

KS: Sebelum itu ada pergi Hospital Tawakal?

SB: Ya tapi Tawakal tidak jumpa doktor.

KS: Tujuan apa?

SB: Untuk dapatkan pemeriksaan.

KS: Pada 26 Jun, ada pergi jumpa doktor?

SB: Tidak.

KS: Pada 27 Jun pun tidak?

SB: Tidak.

KS: Hanya pada 28 Jun?

SB: Ya.

KS: Apa nama doktor yang kamu jumpa di Pusrawi?

SB: Dr. Osman.

(Dr. Mohd. Osman bin Abdul Hamid dipanggil dan dicamkan oleh MSB)

KS: Ada buat apa-apa aduan sebelum diperiksa?

SB: Saya hanya kata saya sakit di bahagian dubur.

KS: Itu saja? Lain?

SB: Sakit perut.

KS: Tidak ada aduan lain?

SB: Sebelum dia periksa, saya cakap sakit perut dan dubur. Semasa diperiksa saya cakap saya telah diliwat.

(Saksi dirujuk dengan nota pemeriksaan perubatan Hospital Pusrawi)

KS: Dalam laporan ini ada ditulis "introduction of plastic into the anus (kemasukan objek plastik ke dalam dubur)."

SB: Kurang jelas tulisan ini, tidak boleh baca tulisan.

KS: (Karpal ulang baca nota pemeriksaan) Adakah ini benar perkara ini?

SB: Saya tidak pernah buat aduan ini.

KS: Doktor akan dipanggil beri keterangan, masih berpegang pada keterangan tadi?

SB: Ya, saya tidak pernah buat aduan ini.

KS: Jadi kenapa doktor tulis begini? Adakah doktor ini berbohong?

SB: Saya tidak pasti kenapa dia tulis begini. Ini bohong, tidak benar.

KS: Selepas itu ada pergi HKL?

SB: Ya.

(KS memohon untuk memasukkan nota pemeriksaan perubatan Hospital Pusrawi sebagai bukti pembelaan. Permohonan dibenarkan.)

KS: Ada kenal doktor itu sebelum ini? Sebelum 28 Jun?

SB: Sebelum ini tidak pernah.

KS: Siapa hantar kamu pada dia?

SB: Saya pergi dengan pakcik saya, Uncle Tuah.

KS: Doktor ini bohong?

SB: Mengikut laporan ini, doktor berbohong.

KS: Ada apa-apa sebab dia hendak berbohong, ada berselisih faham dengan dia?

SB: Tidak.

KS: Lepas itu HKL?

SB: Ya, itu cadangan Dr. Osman.

KS: Dalam pukul 3 petang?

SB: Ya, tiba di HKL lebih kurang pukul 3 petang.

KS: Ke Pusrawi pukul 2 petang?

SB: Ya.

KS: Dari pukul 3 hingga 9 malam ada di HKL?

SB: Tidak. Dari pukul 3 hingga 12 malam dan keesokkan harinya sebab dimasukkan ke wad.

KS: Ada Dr. Danial periksa kamu?

SB: Dr. Danial tidak periksa. Dia arahkan saya ke Pusat Khidmat Krisis Sehenti (One Stop Crisis Centre - OSCC).

KS: (Pohon Dr. Danial dipanggil untuk dicamkan).

MY: Ini adalah soal balas. Masalahnya doktor ini memerlukan sekurang-kurangnya notis lapan jam, mereka pakar bedah di HKL.

KS: Ini masalahnya apabila senarai saksi tidak dibekalkan.

HAKIM: Esok boleh datang?

MY: Kesemua doktor?

KS: Semuanya.

KS: Ada doktor ambil atau rekodkan latar belakang atau sejarah perubatan?

SB: Saya tak pasti tapi ada tanya berkali-kali tentang masalah yang saya hadapi seperti laporan saya.

KS: Buat laporan polis di HKL?

SB: Ya, di HKL.

KS: Buat di pondok polis?

SB: Tidak, di wad.

KS: Polis datang untuk buat repot? Siapa?

SB: Ya, ada 2 orang polis. Saya tidak cam.

KS: Jude Blasious ada di sana?

SB: Masa pemeriksaan, dia ada dalam bilik.

(Supritendan Jude Blasious Pereira dicamkan)

KS: Jadi, kamu diperiksa oleh tiga doktor? Lelaki?

SB: Tiga tetapi ada seorang doktor perempuan, dia tidak periksa.

KS: Pemeriksaan rapi?

SB: Ya.

KS: Adakah kamu dapat laporan doktor ini?

SB: Tidak.

(SB dirujuk dengan nota pemeriksaan perubatan HKL)

KS: Rujuk muka surat dua 'Anal examination to the external anus doesn't show any recent of injury.' (Pemeriksaan dubur di bahagian luar anus tidak menunjukkan sebarang kecederaan baru). Kamu bersetuju dengan ini?

MY: Sukar untuk saksi untuk menjawab setuju atau tidak pada soalan ini.

HAKIM: Kita dengar dulu apa jawapan saksi.

SB: Saya tak dapat lihat bahagian anus saya sendiri.

KS: Sekarang dirujuk pada kamu masalahnya. Apa pendirian kamu tentang perkara ini. Tiada masalah dengan anus kamu?

SB: Saya tak dapat tengok anus saya sendiri. Doktor yang buat keputusan itu pun kena tengok anus saya. Saya tidak dapat simpulkan laporan ini.

MY: Ini soalan patut ditanya pada Doktor.

HAKIM: Saksi dah beritahu jawapan dia.

KS: Apa jawapan dia?

HAKIM: Dia cakap dia tidak boleh tengok anus dia sendiri.

KS: Memanglah dia tidak boleh tengok anus dia sendiri. Jadi?

SB: Sebab masa saya diliwat, gunakan pelincir, jadi, saya tak pasti ...

KS: Rujuk muka surat terakhir, Rumusan/Kesimpulan. Tiga doktor menyatakan "no conclusive clinical finding of anus penetration". (Tiada penemuan klinikal yang kukuh menunjukkan kemasukan di anus). Apa komen kamu?

SB: Tiada komen.

(KS pohon nota pemeriksaan perubatan HKL dimasukkan sebagai bukti. Permohonan dibenarkan)

KS: Ada pernyataan dari kamu direkodkan oleh sesiapa, polis?

SB: Ada, banyak kali.

KS: Berapa kali kamu bagi keterangan?

SB: Tak pasti, banyak kali oleh DSP (ketika itu) Jude.

KS: Keterangan yang direkodkan ada baca balik?

SB: Ada setiap muka surat.

KS: Diliwat tanpa kerelaan?

SB: Ya, seperti dalam laporan saya.

KS: saya membuat permohonan kepada mahkamah supaya keterangan bersumpah dibacakan di mahkamah.

HAKIM: Saya perlukan pihak-pihak berhujah. Peguam minta dibekalkan dengan semua keterangan bersumpah di bawah Seksyen 112 Kanun Tatacara Jenayah.

MY: Apa asas perundangan bagi permohonan ini?

KS: Dia (SB) tidak berkata benar.

HAKIM: Ada alasan lain? Kamu menggunakan peruntukan yang mana?

KS: Kebiasaannya ia merupakan satu hak istimewa tetapi ada pengecualiannya.

HAKIM: Kalau pihak pendakwaan ingin membantu saksi untuk ingat semula tetapi ia bukan yang berlaku sekarang.

(Mahkamah berhenti seketika selama kira-kira satu jam)

KS: Kami telah berbincang mengenai perkara ini. Kami perlukan masa untuk menyediakan hujahan lengkap. Kami berharap mahkamah dapat menangguhkan kes sehingga esok.

MY: Tiada bantahan.

HAKIM: Tangguh sehingga esok?

MY: Ya.

HAKIM: Mahkamah ditangguhkan sehingga pukul 9 pagi esok (hari ini). -erapakatan

Ulasan GB

Hmm baru jelas, Saiful sendiri tak pasti dia diliwat atau tidak. Dia mengakui "mungkin" dia diliwat, lantaran itu tak solat jumaat.

Justeru tuduhannya menyatakan DSAI telah "meliwatnya tanpa kerelaaan" jelas satu pembohongan.

Percanggahan itu jelas dan nyata. DSAI perlu dibebaskan segera dari tuduhan yang jahat dan jelek itu.

APA PENDAPAT PERKASA....DAN PEKEMBAR...

APA PENDAPAT NGO "PERKASA" TENTANG BN LULUS JUDI PIALA DUNIA 2010. APA REAKSI PEKEMBAR TENTANG PEMIMPIN ISLAM PEKEMBAR BENARKAN JUDI INI DILULUSKAN......APA PENDAPAT MUFTI PERAK,,,,,,??????. APA PENDAPAT MENTERI UGAMA .... DATUK JAMIL KHIR..... APA PENDAPAT......AHLI PEKEMBAR YANG TELAH PERGI TUNAIKAN HAJI......APA PENDAPAT PEENGARAH JAKIM...... SEMUA JANGAN DUDUK DIAM..... BERILAH PENDAPAT ANDA.....??????. KAMI RAKYAT BIASA NAK DENGAR PENDAT TUAN-TUAN SEMUA.....

TERIMA KASIH.

INIKAH YANG DIKATAKAN NEGARA ISLAM!!!!!

PATUTKAN SEBUAH NEGARA YANG MENDAKWA SEBAGAI NEGARA ISLAM TELAH MELULUSKAN JUDI UNTUK PERTARUHAN.......

KENYATAAN INI DIRUJUK PADA MALAYSIAKINI

DISALIN DARIPADA MALAYSIAKINI
'BERJAYA perolehi lesen judi bolasepak'
Mei 12, 10 11:00am

Meskipun mendapat bantahan daripada pelbagai pihak, kerajaan meneruskan keputusannya untuk mengeluarkan lesen judi semasa kejohanan bola sepak Piala Dunia 2010 berlangsung awal bulandepan.

Menurut akhbar ha
rian Cina, Sin Chew, menteri kewangan semalam secara rasminya memberi lesen judi berkenaan kepada Kumpulan BERJAYA.

Sehubungan itu pertaruhan secara sah boleh dilakukan sebelum kejohanan bolasepak itu bermula pada 11 Jun ini.

BERJAYA akan menjadi syarikat tunggal pertaruhan bolasepak di negara ini yang mempunyai lesen.

Ia dijangka akan menggunakan lebih dua ratus kedai pertaruhan Toto yang dimilikinya itu untuk menerima pertaruhan.

Sebelum ini, ada pihak yang bimbang rangkaian kedai serbanika, 7-eleven yang juga dimiliki Kumpulan BERJAYA akan digunakan untuk tujuan yang sama.

Sin Chew memetik sumber yang berkata, masyarakat Islam akan dilarang daripada terbabit dengan pertaruhan bolasepak itu.

BERJAYA pada 11 Mei lalu memohon sahamnya di Bursa Kuala Lumpur digantung hari ini mulai jam 9 pagi hingga 5 petang sementara menunggu pengumuman lanjut berhubung cadangan menaikkan modalnya.

Ketika dihubungi pegawai BERJAYA berkata kenyataan media akan dikeluarkan hari ini.

Pada 6 Mei lalu, Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Awang Adek Hussein, berkata tindakan kerajaan itu bagi mengelak berleluasanya aktiviti perjudian dan pertaruhan haram di negara ini.

Katanya, jika kerajaan tidak mengeluarkan lesen kepada pihak yang memohon, aktiviti perjudian dan pertaruhan haram tetap berlaku tanpa kawalan dan pemantauan pihak berkuasa.

Monday, May 10, 2010

MENGAPAKAH JUDI DIUTAMAKAN....!!!!!!


LIHATLAH FOTO INI

GST : ADAKAH TIDAK MEMBEBANKAN RAKYAT

BENARKAN PENDAPAT TIMBALAN MENTERI KEWANGAN :MENYATAKAN PERLAKSANAAN GST TIDAK MEMBEBANKAN BETUL KE. KERANA SETIAP KALI CUKAI DIKENAKAN PASTILAH HARGA BARANGAN AKAN MENINGKAT. ITU RASIONALNYA.....

PERBICARAAN DSAI : KELUCUAN PENDAKWAAN

DISALIN DARIPADA MALAYSIAKINI

Kewibawaan Saiful dicabar, mahkamah ditangguhkan
Mei 11, 10 10:21am

Perbicaraan kes liwat ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim bersambung hari ini dengan peguambela , Karpal Singh menyoal balas pengadu, Saiful Bukhari Azlan.


Karpal berhujah oleh kerana Saiful mendakwa hubungan seks yang dilakukan itu adalah tanpa kerelaannya, manakala Anwar pula didakwa menurut Seksyen 377b atas kesalahan mengadakan hubungan di luar tabii, maka berlaku percanggahan antara dakwaan dan kenyataan Saiful.

"Memang pasti ada kesilapan berhubung dakwaan, dan perlu untuk melihat semula kenyataan yang dirakamkan.

"Di Malaysia, kita ketahui hubungan seks antara lelaki dengan lelaki walaupun dengan kerelaan adalah satu kesalahan. Bagaiamanapun, saksi telah berulangkali berkata dan menegaskan bahawa perhubungan seks itu tanpa kerelaaanya,” kata Karpal.

Katanya lagi, penyiasatan sepatutnya dijalankan mengikut seksyen 377c.

Karpal kemudiannya berkata Saiful menipu dan cuba mencabar keboleh-percayaan atau kewibawaannya sebagai saksi.

Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Mohd Zabidin Mohd Diah berkata ini kali pertama perkara seumpama itu timbul - tertuduh didakwa dengan hubungan seks (liwat) secara rela sedangkan bukti yang dikemukakan menunjukkan ia dilakukan tanpa rela.

Beliau kemudiannya menangguhkan perbicaraan sehingga esok dan akan memutuskan sama ada membenarkan pemohonan peguam bela untuk mendapatkan kenyataan beramaran Saiful.

Sebelum itu, Saiful memberitahu mahkamah bahawa pegawai penyiasat, DSP Jude Pereira adalah anggota polis tunggal yang mengambil kenyataanya. Dia tidak dapat mengingat jumlah kenyataan yang diberikan kepada polis.

"Setiap kali, kenyataan itu dirakamkan di balai polis Brickfield dan juga tempat lain.

"Kenyataan pertama dirakamkan pada 29 Jun 2008,” kata Saiful dengan menekankan bahawa dalam kenyataan itu, dia memaklumkan bahawa dia diliwat tanpa kerelaan.

Ditanya oleh peguam, Karpal Singh sama ada dia membuat kenyataan itu di luar mahkamah, saksi itu berkata dia tidak ingat.

Awal pagi tadi, keadaan di luar Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur kecoh apabila beberapa pemyokong Anwar cuba meloloskan diri untuk memasuki dewan perbicaraan walaupun tidak mempunyai pas masuk

Turut mengiringi Anwar adalah isterinya, Datin Seri Wan Azizah Wan Ibrahim, presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Ketua Pemuda PAS, Nasrudin Tantawi.

Anwar, 63, didakwa meliwat Mohd Saiful, 25, di sebuah pangsapuri di Bukit Damansara di Kuala Lumpur pada 26 Jun 2008.

Jika sabit kesalahan, Anwar boleh dihukum 20 tahun penjara - hukuman yang sekaligus akan menamatkan karier politik ketua pembangkang ini yang telah berjaya menyatukan pembangkang untuk menafikan BN penguasaan dua pertiga BN di parlimen selepas pilihan raya umum 2008.

Anwar telah disabitkan dengan kesalahan liwat pada 2000, di samping hukuman atas kesalahan salahguna kuasa sebelumnya - selepas beliau dipecat daripada jawatan timbalan perdana menteri semasa kemuncak krisis kewangan Asia pada 1998.

Sabitan bagi tuduhan liwat itu dikecam secara meluas kerana didakwa tidak adil dan ia kemudiannya dibatalkan oleh Mahkamah Persekutuan.

Berikutan itu, Anwar layak bertanding dalam pilihan raya kecil parlimen Permatang Pauh selepas pilihan raya umum 2008 yang menyaksikan prestasi terburuk BN, termasuk hilang kuasa di lima negeri - Kedah, Pulau Pinang, Perak, Selangor dan Wilayah Persekutuan. Manakala PAS mengekalkan kuasa di Kelantan dengan tambahan kerusi.