Wednesday, November 10, 2010

DUNIA POLITIK DAN KEHIDUPAN KITA

DUNIA INI UMPAMA TEMPAT PERSINGGAHAN SEMENTARA UNTUK MENERUSKAN PERJALANAN SETERUSNYA. DI PERSINGGAHAN INI MAKA WAJIBLAH KITA MENCARI BEKALAN SECUKUPNYA AGAR PERJALANAN SETERUSNYA TIDAK TERGANGGU. DALAM PERSINGGAHAN INI KITA TIDAK LARI DARI PADA KEHIDUPAN BERPOLITIK. KERANA POLITIK ITU WUJUD DALAM AGAMA. POLITIK KITA IALAH POLITIK ISLAM. POLITIK YANG MEMBAWA KESEJAHTERAAN HIDUP. ISLAM ADALAH AGAMA YANG SEMPURNA. ALLAH BERFIRMAN DALAM SURAH YANG DIBACA KHATIB DALAM KHUTBAH JUMAAT. "WAHAI ORANG-ORANG YANG BERIMAN JANGANLAH ENGKAU MATI KECUALI DI DALAM AGAMA ISLAM"

ISLAM PENYELAMAT KEHIDUPAN KITA. ISLAM THE WAY OF LIFE. MARILAHLAH KITA HAYATI POLITIK ISLAM UNTUK SEMUA. ISLAM FOR ALL.

DALAM KITA BERPOLITIK ALLAH SWT MELIHAT KEIKHLASAN KITA BEKERJA BUKAN MELIHAT APA YANG KITA HASILKAN. JIKA HASILNYA DARIPADA SIFAT RIAK YANG WUJUD DALAM HATI KITA MAKA AMALAN ITU AKAN JADI SEPERTI DEBU-DEBU YANG BERTERBANGAN DI ALAM AKHIRAT KELAK.

LAGI USAHA BANTU MANGSA BANJIR





PERISTIWA BANJIR YANG MENJADI KENANGAN










DUGAAN DARI ALLAH SWT BERSABAR MENGHADAPINYA



BERIKUT

Tuesday, November 9, 2010

MENYOKONG KENYATAAN PROF DR AZIZ BARI ISU DSAI

DISALIN DARIPADA PETIKANKAN PENDAPAT DR AZIZ BARI

Dari TVSelangor

Sebagai seorang ahli politik yang bergerak dalam satu pasukan, Datuk Zaid Ibrahim tidak boleh sewenang-wenangnya bertindak melulu hanya kerana tidak berpuas hati tentang beberapa perkara dalam parti lalu membuka ruang kepada musuh untuk menyerang PKR dan Pakatan Rakyat, ujar Prof Dr Abd

ul Aziz Bari.

“Sebagai ahli parti beliau boleh bercakap apa yang dia hendak. Tetapi saya rasa sebagai pemain dalam pasukan dia kena bertanggungjawab dan cerdik

sikitlah.

“Jadi saya tidak fikir apa yang dilakukan oleh Zaid itu sebagai tindakan yang bijaksana. Maknanya dia tidak puas hati, dia bakar kapal,” ujar Aziz.

Aziz yang juga pensyarah undang-undang berkata, Zaid perlu bertindak profesional jika ada pun ketidakpuasan hati dalam isu pemilihan parti misalnya, kerana sebagai seorang yang dikatakan komited dengan perjuangan, tindakan beliau juga hendaklah rasional dan mendokong perjuangan parti.

Menurut Aziz, semua maklum dalam soal pemilihan ada kelemahan kerana ini kali pertama dan PKR berhadapan dengan ahli-ahli yang tidak biasa dengan
proses ini selain daripada sabotaj luar dan sebagainya, dan dia(Zaid) kena bersabarlah.

“Sebagai seorang yang kononnya komited dengan perjuangan

mendemokrasikan Malaysia baru, dia tidak sepatutnya mengambil jalan ini kerana ini akan menjadi bahan kepada musuh-musuh atau mereka yang tidak mahu berubah ini.

“Jadi saya rasa Zaid telah tersilap besar dan dia dengan tidak semena-mena menyediakan peluru untuk mereka yang tidak suka demokrasi, yang tidak suka
pembaharuan Malaysia,” tambah Aziz lagi.


Selepas membuat keputusan mengejut semalam dengan meletakkan semua jawatan dalam parti dan menarik diri dari pemilihan PKR, bekas Menteri Di Jabatan Perdana Menteri itu hari ini, turut mengecam supaya Ketua Umum, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan calon Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali berundur dari parti.

Ia turut mengundang reaksi dari Aziz.

“Siapa dia untuk menyuruh orang lain keluar. Dia boleh kata begitu sebagai seorang ahli parti tetapi saya fikir satu perkara yang lucu lah apa yang dia
minta itu. Orang akan kata, siapa Zaid untuk menyuruh Datuk Seri Anwar keluar dari parti.

“Datuk Zaid kena tahu siapa dia. Jangan semberono, main hentam sahaja. Apa yang berlaku ini pun tidak begitu ceria untuk masa depan dia dalam politik,” kata
Aziz lagi.

Tambah Aziz, walaupun beliau tidak mengetahui sepenuhnya apa yang berlaku dalam parti itu, namun beliau percaya, bahawa setiap ahli parti mestilah mempunyai iltizam yang kuat untuk membawa perubahan kepada negara dan tidak goyah ketika berhadapan dengan masalah.

Dalam nada sinis, Aziz seolah-olah memberi peringatan kepada Zaid agar kembali merenung matlamat asal pemimpin itu.

“Saya rasa kita sepatutnya tidak lupa dengan gambar besar untuk membebaskan Malaysia daripada rasuah, daripada penipuan,daripada tekanan, daripada ISA dan sebagainya. Dan saya rasa, apa yang Zaid lakukan hari ini, ialah sesuatu yang berlawanan dengan apa yang disebut sewaktu meninggalkan Umno.

“Sepatutnya sebagai seorang yang komited dengan parti dan perjuangan, dia semestinya tidak buat begitu,” jelasnya kepada Tv Selangor.

Bahkan menurut Aziz, tindakan seumpana itu menjadikan Zaid tidak ada bedanya dengan mereka yang keluar dari PKR kerana tidak mempunyai semangat juang dan matlamat yang jelas dalam parti.

Malah ujarnya, tindakan kurang bijaksana Zaid itu tidak akan meninggalkan sebarang kesan kepada parti melainkan kepada diri beliau sendiri.

” Dalam jangka masa panjang saya rasa tidak ada apa-apa. Sedangkan orang seperti Datuk Onn Jaafar dan orang seperti Tengku Razaleigh Hamzah sekalipun, tidak jadi apa setelah meninggalkan parti mereka, jadi siapalah Datuk Zaid ini kan…. Saya tidak fikir apa yang dilakukan beliau mendatangkan masalah pada parti. Saya rasa yang menerima risiko negatif itu dia sendiri,” katanya.


ULASAN SAYA PENDOKONG PAKATAN RAKYAT

RAMAI AHLI POLITIK YANG RASADIRINYA SEORANG YANG BIJAK BERPOLITIK TETAPI REALITINYA SEBALIKNYA. POLITIK MEMERLUKAN TAFSIRAN TINDAKAN YANG MENDALAM BUKAN MENGIKUT PERASAAN. TINDAKAN INDIVIDU ITU MEMBERUIKAN KESAN KEPADA ORGANISASI. SAYA RASA PADA KETIKA DAN SANGAT INI IALAH USAHA MEMPERKUKUH PAKATAN RAKYAT MENUJU PUTRAJAYA.

MENGURUS SEBUAH ORGANISASI UNTUK MELIHAT SESUATU YANG PERFECT YAKNI SEMPURNA ADALAH SESUATU YANG AGAK SUKAR PADA ERA MANUSIA BERGELUMANG DENGAN PELBAGAI MAKSIAT DALAM KEHIDUPAN MEREKA.

FAHAMLAH BAHAWA GERAKAN PAKATAN RAKYAT ADALAH YANG TERBAIK UNTUK MENGGANTIKAN REGIM BN YASNG TELAH MEMRINTAH LEBIH 53 TAHUN DI MALAYSIA.

Monday, November 1, 2010

pendapat MAZA mantan Mufti Perlis tentang DSAI

di salin daripada kelab Greenboc

Asri minta Anwar bersara, Pakatan perlu jadi pembangkang kualiti

KUALA LUMPUR, 1 Nov — Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin menasihatkan ahli politik veteran termasuk Ketua Umum Datuk Seri Anwar Ibrahim agar bersara dari politik dan memberi laluan kepada pemimpin-pemimpin lain untuk memberi “nafas baru” atas alasan banyak “rentak tari politiknya makin tidak seimbang.”

Di samping itu kata beliau, Pakatan Rakyat juga perlu melakukan pembaharuan untuk menjadi pembangkang yang kuat dan berkualiti.

“Di samping menghormati sumbangan, saya rasa Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar, sudah sampai masanya untuk bersara ‘politik’,” kata bekas mufti Perlis ini yang kini dilihat sebagai “penggerak ketiga” dalam arena politik semasa.

“Sudah banyak rentak tari politiknya yang makin tidak ‘seimbang’,” kata beliau dalam satu kenyataan dikeluarkan hari ini.

Asri berkata zaman Anwar, yang juga Penasihat PKR, mungkin makin menyusur pergi.

“Saya tidak fikir generasi baru terus bertahan untuk melihat ‘story-design’ politik yang sama,” kata Asri lagi.

PKR ditubuhkan selepas Anwar dimasukkan ke penjara dan dipecat daripada jawatan kerajaan dan Umno.

Malah menurut beliau, Anwar perlu diberikan peluang untuk berundur dengan aman demi untuk mewujudkan pembangkang yang lebih berkualiti dan berkesan.

“Saya rasa beliau perlu menerima hakikat ini. Demikian setiap kita ada hari datang dan hari pergi.

“Biarlah kita datang disambut mesra, dan kita pergi diucapkan terima kasih dan hormat, bukan dipaksa keluar,” kata tokoh agama ini.

“Maaf atas pandangan ini,” kata Asri sambil menambah, beliau tiada apa-apa kepentingan kedudukan ataupun jawatan atas pandangan ini.

“Saya tahu sesetengah pembangkang cepat ‘melenting’ jika ada pandangan yang mereka tidak setuju.

“Namun, mereka kena ingat banyak pandangan yang saya tajam terhadap kerajaan, alhamdulillah mereka tidak melenting, sebaliknya berinteraksi dengan baik,” kata Asri dalam pandangan ini ketika parti itu sedang melangsungkan pemilihan pucuk kepimpinan.

Pertengahan tahun lalu, Asri pernah dilaporkan akan menyertai Umno tetapi beliau menafikannya dengan menegaskan akan kekal seperti sekarang.

Selain itu, PKR mewakili Pakatan Rakyat menurunkan calonnya di kerusi Parlimen Batu Sapi.

Asri juga berkata, politik negara ini juga memerlukan nafas baru tidak kira parti politik.

“Seperti mana Umno memperkatakan keperluan anjakan baru dalam politik mereka, demikian saya fikir pihak pembangkang pun perlu mula memperkatakan hal yang sama.

“Saya, seperti kebanyakan rakyat marhaen yang hanya ingin melihat kesejahteraan negara berteraskan kerajaan yang amanah dan pembangkang yang berkualiti,” katanya sambil menambah, “sudah banyak diperkatakan, dikritik dan diulas mengenai kerajaan hari ini.”

Oleh itu kata Asri, jangan lupa bahawa pembangkang juga perlu untuk diberikan penilaian tentang peranan mereka yang diberi amanah dalam Parlimen.

“Ini kerana dalam konteks politik kita kualiti kerajaan dan pembangkang menjaga kemaslahatan negara,” katanya.

Malah menurut beliau, negara perlukan politik idea iaitu politik yang berteraskan kebijaksaan dan pemikiran yang bernas dalam memajukan masyarakat dan negara.

“Kita tidak mahu politik sekadar kutuk-mengutuk, maki-memaki dan hina menghina tanpa sebarang cadangan yang membina dan memajukan pemikiran rakyat.

“Kita mahu ahli-ahli politik kita berkualiti sehingga kita rasa mereka layak mewakili kita atas kebolehan kepimpinanan mereka yang berteras ilmu dan budi,” katanya.

Justeru, katanya, politik negara memerlukan watak-watak baru yang bernas, matang dan tangkas.

“Mereka yang disifatkan oleh sarjana politik Islam sebagai mempunyai ‘al-quwwah’ (kemampuan) dan al-amanah (amanah).

“Mereka yang berteraskan politik idea dan nilai, bukan politik duit, atau politik taukeh.

“Maka, semua ahli politik yang merasakan zaman mereka sudah habis, berilah laluan kepada mereka yang baru demi untuk kebaikan rakyat,” katanya sambil menambah, sama ada di pihak pembangkang ataupun kerajaan, hal yang sama mesti dilakukan.

“Ramai pelakon veteran sudah tidak sesuai menjadi ‘hero’ dalam pentas baru politik hari ini.

“Biarlah mereka tersimpan dalam diari sejarah politik kita dengan kadar sumbangan yang telah dibuat.

“Jika Tun Abdullah (Ahmad Badawi) pun bersara, makin mereka yang ‘sewaktu’ dengannya dalam pembangkang pun perlu bersara. Kata-kata (penganalisis politik) Prof A. Aziz Bari mungkin patut dinilai semula,” katanya. -TMI


ULASAN SAYA PENDOKONG PAKATAN RAKYAT

DSAI MASIH RELEVAN SEBAGAI PEMIMPIN PR MASA KINI KERANA IDEA DAN KERJA BUAT BELIAU MASIH BERADA DILANDASAN YANG SELARI DENGAN KEPERLUAN UNTUK UNTUK MELIHAT SEBUAH KERAJAAN YANG ADIL DAN SAKSAMA KEPADA RAKYAT. KITA JANGAN TERPENGARUH DENGAN MEDIA ARUS PERDANA DAN PEMIMPIN BN YANG TERUS BERUSAHA MEMBURUKKAN IMEJ DSAI DENGAN PELBAGAI TUDUHAN YANG DIBUAT DAN DINAFIKAN HAK MEMPERTAHANKAN DIRI KERANA SEGALA PEMINTAAN BELIAU DAN PEGUAM BELIAU DINAFIKAN,

TANGGUNGJAWAB PEMIMPIN TIADA PENGAKHIRANNYA. SETIAP MANUSIA YANG BERKEWAJIPAN UNTUK MENJADI PEMIMPIN YANG ADIL. TUDUHAN LIWAT YANG IUAR-UARKAN OLEH MEDIA ADALAH AGENDA BN. PEMIMPIN BN BANYAK MEMBUAT KEROSAKKAN TERHADAP NEGARA MALAYSIA. KERAJAAN BUKAN HANYA BERTANGGUNGJAWAB UNTUK MEMBANGUNKAN NEGARA DARI ASPEK FIZIKAL SAHAJA TETAPI DARI SUUDUT ROHANI, SOSIAL DAN KEMASYARAKATAN JUGA MESTILAH BERUNSUR ISLAMIK. GANDINGAN 3 PEMIMPIN PR SEKARANG ADALAH YANG TERBAIK UNTUK MENGAMBIL ALIH PUTRAJAYA UNTUK KEHIDUPAN RAKYAT YANG LEBIH HARMONI DAN SEJAHTERA. ISU YANG DIKENAKAN KEPADA DSAI ADALAH MAINAN POLITIK KOTOR BN DAN APCO UNTUK JATUHKAN BN. DSAI MASIH RELEVAN SEBAGAI PEMIMPIN PR. JASA DAN PERGORBANAN BELIAU BUKAN SEDIKIT DAN MUDAH. BELAIU TELAH MELALUI PELBAGAI DETIK YANG MENGANCAM JIWA DAN KEHIDUPAN BELIAU. PEMIMPIN AGAMA DAN ULAMA KERAJAAN MASIH BELUM DIUJI SEPERTI DSAI YANG DIPUKUL, DIAIBKAN, DIPENJARA, DINAFIKAN HAK SEBAGAI MANUSIA YANG MERDEKA. BELIAU DITEKAN MINDA DIFIZIKAL BUKAN SEHARI, BUKAN SEMINGGU, BUKAN SEBULAN, BUKAN SETAHUN TETAPI BERTAHUN, ENAM TAHUN MERANA DALAM PENJARA. PR SEKARANG MEMPUNYAI PRESTASI BAIK DALAM PENTADBIRAN MEMERINTAH BEBERAPA NEGERI DI MALAYSIA. SABARLAH HADAPI MEHNAH DALAM POLITIK,
HDUP PAKATAN RAKYAT DEMI RAKYAT UNTUK RAKYAT YANG MENJUNJUNG ISLAM SEBAGAI AGAMA YANG SUCI DAN ABADI SELAMANYA.