Tuesday, April 27, 2010

AMINURASYID........



DISALIN DARIPADA MALAYSIAKINI
'Jangan lapor bukan-bukan', rayu ibu Aminulrasyid
Jimadie Shah Othman
Apr 27, 10
2:37pm

Ibu kepada pelajar berusia 15 tahun, Aminulrasyid Amzah, yang mati ditembak polis awal pagi semalam, meminta polis menyiasat kes kematian anaknya dengan telus bagi "mencari keadilan".


Norsiah Mohamad, 60, seorang ibu tunggal, juga mendakwa anaknya itu tidak terlibat dalam aktiviti jenayah, seperti dilaporkan media.

"Saya tau anak saya, dia bukan seperti yang disebarkan dalam akhbar. Saya tau siapa anak saya," katanya dalam sidang media di rumahnya di Shah Alam hari ini.

Dalam sidang media itu, Norsiah ditemani oleh anak perempuannya, Norazura Amzah dan menantunya, Kamarudin Hassan.


Aminulrasyid merupakan anak bungsu daripada lapan adik beradik.

Beliau berharap media tidak melaporkan "yang bukan-bukan" kerana "saya sebagai ibu tak sanggup nak baca."

Ditanya sama ada pihaknya akan menyaman polis, Norsiah berkata, perkara itu akan dibincangkan bersama anggota keluarganya yang lain.

Ibunya kelihatan sedih dan bergenang air mata ketika mengulas perkara itu.

Laporan polis

Sementara itu, kira-kira jam 2 petang tadi, Norsiah turut membuat laporan di ibupejabat polis daerah (IPD) Shah Alam di Seksyen 11, antaranya menuntut kes anaknya itu disiasat ibu pejabat polis Bukit Aman sendiri.

“Saya meminta supaya suatu siasatan yang bebas dijalan oleh polis daripada ibu pejabat persekutuan PDRM (Polis Diraja Malaysia) Bukit Aman ke atas semua pihak polis yang terlibat termasuk pegawai atasan yang membenarkan insiden ini berlaku,” dakwanya dalam laporan tersebut.

Beliau ditemani beberapa pemimpin PKR dan aktivis peguam ketika membuat laporan tersebut. Turut hadir ialah ketua penerangan PKR Latheefa Koya, exco kerajaan Selangor Yaakob Sapari, ADUN Seri Setia Nik Nazmi Nik Ahmad dan ahli parlimen Kapar S Manikavasagam.

Aktivis peguam pula yang menawarkan diri sebagai peguam keluarga terbabit N Surendran dan Puspawati Rosman, turut hadir.

Norsiah bagaimanapun enggan bercakap panjang kepada media kerana sudah mengadakan sidang akhbar di rumahnya di sebelah pagi.

“Saya mahukan pembelaan (arwah) untuk anak saya,” katanya ringkas.

Sementara itu, dalam laporan polisnya petang ini, yang salinannya ditunjukkan oleh Latheefa, Norsiah mempersoalkan kenapa kereta yang dipandu anaknya tidak ditahan atau dihalang sahaja kerana “Tiada ada apa-apa sebab munasabah kenapa pihak polis perlu menembak”.

"Saya ingin menegaskan anak saya tidak mempunyai apa-apa rekod jenayah dan tidak pernah terlibat dalam apa jua kes jenayah termasuk rompakan,” dakwanya dalam aduannya itu.

Ibu tunggal kepada lapan anak itu mendakwa, berdasarkan tembakan yang dilepaskan dari belakang, anaknya bukan satu ancaman kepada keselamatan pihak polis.

PERANCHIS MULAKAN SIASATAN RASUAH PEMBELIAN KAPAL SELAM SCOPENE

DISALIN DARIPADA MALAYSIAKINI

Peguam Perancis di KL siasat Scorpene
John Berthelsen
Apr 28, 10
12:00pm

Joseph Breham, seorang daripada anggota perundangan Perancis yang memfailkan aduan di mahkamah di Paris berhubung skandal pembelian kapal selam kepada kerajaan Malaysia dijangka mendarat di Kuala Lumpur hari ini.


Misi Breham adalah untuk mencari maklumat lanjut bagi menyediakan kes berkenaan serta berjumpa dengan pertubuhan hak asasi manusia, Suaram, yang juga adalah anak guamnya dalam kes berkenaan.

Perjanjian pembelian kapal selam yang menelan belanja berbilion dolar itu dimeterai oleh menteri pertahanan ketika itu (2002), Datuk Seri Najib Razak yang kini adalah perdana menteri Malaysia.


Perjanjian itu dikatakan memberi komisyen RM3.7 billion kepada seorang sekutu rapat Najib, Abdul Razak Baginda.

Nilai pembelian itu adalah untuk memperolehi dua kapal selam kelas diesel - yang dibina oleh Armaris, sebuah anak syarikat firma pertahanan gergasi Perancis, DCN (yang dulunya dikenali sebagai Direction des Constructions Navales) dan pemajakan kapal selam ketiga yang sudah bersara yang diusahakan oleh sebuah syarikat usahasama antara DCN dan firma, Sepanyol, Agosta.

Breham, seorang daripada tiga peguam yang memfailkan kes berkenaan dengan pihak pendakwaan Perancis bagi pihak Suaram memberitahu Asia Sentinel bahawa mahkamah Perancis telah membuka siasatan awal dan akan menasihatkan anak guamnya berhubung langkah seterus mereka.

Breham, Renaud Semerdjian dan peguam utama, William Bourdon, memfailkan permohonan bagi menyiasat rasuah dan wang umpanan ke atas DCN pertama kali pada Disember dan memfailkan dokumen tambahan pada Februari lalu.


Kes berkenaan menjadi tajuk utama media di Malaysia berikutan pembunuhan ngeri seorang penterjemah Mongolia, Altantuya Shaariibuu, pada Oktober 2006 yang juga adalah kekasih Razak Baginda yang mengiringinya ke Perancis berhubung beberapa urusniaga pembelian kapal selam berkenaan.

Altantuya yang juga seorang model dijumpai dalam keadaan berkecai diletupkan dengan bahan peledak milik pihak keselamatan di sebuah hutan di luar Kuala Lumpur.

Dua daripada polis pengawal peribadi Perdana Menteri yang diarahkan menghalang Altantuya oleh ketua staff Najib, Musa Safri telah didapati bersalah oleh makamah dan dijatuhkan hukuman mati.

Namun, Najib, mahupun Musa belum disoal-siasat oleh pihak berkuasa berhubung kes berkenaan.

Walaupun rekod menunjukkan bahawa Najib berada di Perancis pada masa yang sama ketika Altantuya dan Razak Baginda, beliau berulang-kali telah bersumpah kepada Allah bahawa dia tidak mengenali model Mongolia itu.

Sebuah laporan yang difailkan oleh seorang penyiasat persendirian yang diupah oleh Razak Baginda mendakwa Altantuya adalah kekasih pertama Najib.

Selepas Altantuya dibunuh, pihak berkuasa menjumpai sepucuk surat yang mengatakan bahawa wanita itu akan memeras ugut Razak Baginda untuk sejumlah US$500,000, walaupun tujuan wang itu tidak disebut.

Selain kos kapal selam dan juga komisyen yang tinggi, lebih menggemparkan kontrak asal menyebut kapal selam berkenaan tidak mempunyai kelengkapan senjata dan peralatan mengesan. Pihak ketenteraan Malaysia perlu membuat bayaran tambahan €130 juta (RM550 juta) untuk melengkapkan kapal selam itu.

"Adakah ini bermakna, kita membeli besi kosong?" soal seorang pegawai tentera yang tidak mahu dikenali, menerusi email kepada Asia Sentinel.

[Baca berita penuh]

Nota: Rencana ini adalah terjemahan daripada Asia Sentinel

PANDANGAN SUBKY LATIF BERKAITAN APCO

DARI SUBKY LATIF MEMALUI MUSLIMEEN UNITED
BIASANYA Dr. Mahathir tidak diam atas apa saja isu semasa di negara ini. Jika dia tidak ditanya oleh wartawan atas sesuatu isu, dia sendiri akan menyatakan pendiriannya dalam laman webnya.

Tetapi saya tidak sedar ada komennya dalam pengambilan syarikat Yahudi APCO Worldwide sebagai juru rinding Malaysia untuk diterima baik Amerika seperti yang dibongkar oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim di Parlimen awal April ini.

Perdana Menteri Najib memanglah diam saja atas apa jua dakwaan orang dalam hal-hal yang dituju kepadanya seperti isu APCO ini. Tetapi Dr. Mahathir pantang ada isu yang menyentuh negara, dia akan bangkit. Tetapi dalam isu APCO bertapak di Malaysia ini, dia membisu.

Mengapa?

Tentu dia ada peranan utama dalam menggalakkan agen Israil datang ke sini. APCO sudah mendapat kontrak menasihatkan Malaysia bagaimana hendak disukai oleh Amerika sebaik Najib berkuasa tahun 2008.

Hujung tahun 90an dan awal tahun 2000 Najib sedar tentang imej Dr. Mahathir dipandang buruk oleh Amerika berhubung penindasannya terhadap Anwar. Dunia termasuk Amerika merasakan apa yang dilakukan terhadap Anwar oleh Dr. Mahathir dan kerajaannya adalah menzaliminya.

Hatta Presiden Clinton tidak hadir dalam sidang kemuncak Apec di Kuala Lumpur sedang Presiden Amerika tidak pernah tiada dalam setiap puncak Apec. Bahkan Naib Presiden Algore yang menggantikan Presiden Clinton dalam sidang Apec itu telah melaungkan R E F O R M A S I di hujung ucapannya di sidang itu.

Macam-macam usaha Dr. Mahathir untuk menjustifikasikan tindakannya tidak dipedulikan baik oleh pentadbiran Clinton mahu pun pentadbiran Bush yang menggantikannya. Memang Mahathir bernafsu untuk menemui Bush apabila dia masuk ke Rumah Putih. Bush tidak melayan hasratnya.

Ada pandangan mengatakan Dr. Mahathir sanggup berbelanja besar bagi mendapatkan peluang menjengok Bush di Rumah Putih.

Maka dipercayai masa inilah jarum perisik Israil masuk menawarkan nasihatnya bagaimana Malaysia boleh mendapat layanan dari Amerika. PDRM ada program besar mengenai sistem mengkumputerkan perkhidmatannya. Ia diswastakan kepada Sapura tetapi Asiasoft berjaya menjadi subkontraknya tahun 2002. Syarikat kepentingan Israil itu dapat menyusup ke tengan nadi polis kita.

Mahathir masih Perdana Menteri. Pada masanya agen Israil masuk dalam nasi keselamatan negara. Dia mesti bertanggungjawab atas angkara itu.

Najib sedar tentang payahnya Mahathir untuk mendekati Amerika kerana pada penindasan terhadap Anwar tidak adil tentang hak asasi manusia. Dan Najib pula banyak masalah. Dia cuba dikaitkan dengan pembunuhan Altantuya dan membenarkan komisyen stengah bilion atas pembelian kapalselam Perancis dan pesawat pejuang Rusia. Hal-hal ini Amerika getik.

Bagaimana supaya Amerika tidak getik. Dia perlukan juru runding supaya dapat memenangi hati Amerika. APCO, kompeni kepentingan Israil berpengkalan di Amerika menawarkan khidmat rundingan bagi memenangi hati Amerika. Kontraknya 77 juta.

Isu APCO hanya terbongkar tiga minggu lalu. Ia tambahan kepada agen Yahudi Asiasoft di hujung pentadbiran Dr. Mahathir dan sepanjang pentadbiran Abdullah Badawi. Sedang Najib menyambung angkara peninggalan era Dr. Mahathir dulu.

Negara-negara di dunia tidak perlu berbelanja besar dan tidak memerlukan juru runding asing untuk mendekati Amerika. Amerika sendiri akan datang mencari semua negara dan kerajaan di dunia bagi menawarkan pengaruhnya.

Yang tidak berbaik dengan Amerika Cuba, Libya, Korea Utara, Venezula, Iraq di bawah Saddam dulu, Iran dan lain-lain bukanlah kerana Amerika tidak cuba mendapatkan hubungan baik dengannya tetapi negara-negara itu tidak suka kepada dasar kolonialisma Amerika.

Macam-macam pentadbiran Truman, pentadbiran Eisenhower dan Kennedy buat untuk memenangi hati Sukarno tetapi Sukarno tidak mahu menjadi pak turut kepada Amerika. Sukarno tidak mengupah sesiapa untuk mendekati Amerika tetapi Amerika pula yang menggunakan siapa saja untuk memikat Sukarno.

Sukarno sekadar berbaik dengan Soviet Union dan rajin ke Beijing menemui Mao Zedung, maka Amerika datang menawarkan bermacam-macam supaya Sukarno lebih rapat dengannya.

Tidaklah sukar Dr. Mahathir dn Najib untuk bertemu Presiden Amerika. Mahathir sukar berjumpa Bush. Bukankah Mahathir pernah menempelak Yahudi. Tiba-tiba Bush yang sukar ditemuinya dulu datang bercakap dengan Dr. Mahathir dalam sidang ketua-ketua kerajaan di Bangkok.

Tidak perlu Najib bayar 77 juta kepada APCO untuk jumpa Presiden Barrak Obama. Berbaik dengan Sudan, Hamas dan Iran, maka Obama pun berusaha mendekati Najib.

Bukan kerana lobi APCO Najib dijemput oleh Obama ke Washington. Presiden Arroya Macapagal tidak menggunakan APCO dan tidak berbelanja besar dijemput juga ke Washington oleh Obama. Amerika mahu supaya jangan berbaik dengan Iran dan Hamas. Najib dijemput ke Washington dalam sidang puncak mengenai neuklear ialah supaya Najib setuju mengepong Iran yang hendak dikenakan tindakan oleh Amerika.

Kita rasa Mahathir pintar dan Najib juga pintar. Mahathir kecam Yahudi di PBB dan Mahathir anjurkan tribunal Kuala Lumpur untuk menghukum kekejaman Israil di Palestin. Tetapi ternyata Yahudi lebih pintar. Ditawarkan khidmat rundingan Asiasof dan APCO kononnya membantu Malaysia supaya disukai Amerika.

Dia bukan sekadar dapat masuk ke tengah pentadbiran dan kuasa di Kuala Lumpur dan ia dibayar pula 77 juta pada hal yang memerlukan sokongan dunia supaya mengikut saja kemahuannya ialah Amerika sendiri. Tentunya APCO dapat habuan juga dari Amerika.

Tugas APCO sekarang bukan lagi melobi Amerika supaya menerima Malaysia dan Najib, kerana lobi untuk itu tidak diperlukan, tetapi ialah menasihatkan Najib bagaimana menghalang Anwar dan Pakatan Rakyat dari menumbangkan Najib. Sebahagian kecil dari 77 juta itu boleh digunakan bagi membeli penyokong Anwar.

Itulah sebabnya Mahathir dan UMNO diam tentang kehadiran APCO zionis itu.

KEADILAN MESTILAH DITEGAKKAN

PERISTIWA PELAJAR YANG BERNA AMINULRASHIDDITEMBAK OLEH POLIS DALAM SUATU KEJADIAN DI SELANGOR PERLU DISIASAT DENGAN TELITI. MEREKA YANG BERTINDAK KETERLALUAN MESTILAH DIADILI SEADILK-ADILNYA.JANGANLAH KERANA PIHAK NTERTENTU MAKA YANG DIANIYA TERPINGGIR. KEMUDIAN MANGSA DITHOMAHKAN DENGAN PELGAI GELARAN YANG TIDAK BAIK.

AMINULRASYID -ADAKAH SUATU PENGANIAYAAN???


DARIPADA MUSLIMEEN UNITED

SHAH ALAM, 27 April: Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad meminta polis supaya melindungi dua saksi utama kes bunuh juvana, Aminul Rashid Hamzah, 15, (gambar) yang membabitkan empat pegawai polis, pagi semalam.
"Salah seorang saksi utama adalah anak polis sendiri, saya harap pihak polis beri jaminan dia ini dilindungi," jelas beliau di Pusat Khidmat Masyarakat di Parlimen Shah Alam, di sini pagi tadi.


Beliau turut meminta polis supaya tidak melakukan sebarang inisiatif untuk mengubah laporan kedua-dua saksi terbabit supaya selari dengan dakwaan polis sebelum ini iaitu mangsa ditembak kerana suspek kumpulan samun bersenjata.

"Jangan ada usaha-usaha nak mempengaruhi saksi ini supaya ubah atau mereka-reka cerita (supaya) sealiran dengan polis," jelas beliau sambil memberitahu media bahawa beliau sendiri bertanggungjawab membawa saksi utama terbabit pergi membuat laporan polis.

"Dengan laporan yang dibuat (oleh saksi utama) semalam, memadai dan jauh lebih benar berbanding kenyataan pihak polis di beberapa media."

(Gambar: Khalid menunjukkan laporan polis yang dibuat saksi utama dalam kes bunuh Aminul Rashid)

Dalam pada itu, beliau mempertikai tindakan polis menembak Aminul Rashid di kepala dari belakang sedangkan kereta yang mereka naiki tersebut tidak dapat dipandu dengan laju akibat tayar bocor.

Disebabkan itu, beliau mempersoal tindakan polis memukul salah seorang juvana terbabit, sebelum juvana tersebut melepaskan diri.

Beliau turut mempersoal pertimbangan polis menembak juvana yang terbabit sedangkan mereka masing-masing tidak bersenjata.

"Polis hanya boleh menembak apabila nyawa mereka sendiri terancam atau apabila nyawa orang awam terancam (sedangkan) di dalam kereta tidak ada walau sebilah senjata seperti yang didakwa polis sebelum ini," ujarnya.

Bercakap pada sidang media yang sama, Yaakub Sapari, Exco Kerajaan Selangor yang juga Adun Kota Anggerik turut menyuarakan rasa kecewa dengan insiden yang membabitkan rakyat di Dun beliau.

Dengan berlakunya peristiwa tersebut, seakan mengulangi insiden tembak rambang yang membabitkan seorang ibu tunggal, Norizan Salleh, Oktober tahun lalu.

Manakala, Monaliza Mokhtar (gambar sebelah), Biro Hal Ehwal Murid PIBG Sekolah Menengah Seksyen 7 pula menganggap beberapa media yang menganggap juvana terbabit sebagai suspek kumpulan samun sebagai suatu fitnah.

Beliau turut menjelaskan bahawa keluarga mangsa serta dua saksi utama sedang membuat pertimbangan akhir untuk mengambil tindakan kepada pihak berwajib yang terbabit memutar belit bukti sebenar berhubung juvana terbabit.

Beberapa media arus perdana sejak semalam melaporkan bahawa juvana terbabit sebagai suspek ahli kumpulan samun.

Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar dalam satu kenyataan, dilaporkan tidak menolak kemungkinan bahawa mereka yang terbabit terlibat dalam kegiatan menyamun.

Tuntas dari tembakan di kepala yang membabitkan juvana dari Sekolah Menengah Seksyen 7, di sini tersebut, implisitnya mencalar kredibiliti Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam memelihara keselamatan rakyat dan negara.-Hrkh

Monday, April 26, 2010

ALHAMDULILAH SYUKUR KEHADRAT ALLAH SWT

PRK P094 DAN SELELSAI. WALAUPUN KALAH TAPI BERSYUKUR KE HADRAT ALLAH SWT. MENANG KALAH ADALAH KENTENTUAN ILAHI YANG PENTING KITA BERUSAHA. ANALISIS DARIPADA KEPUTUSAN MENDAPATI KITA TAK KALAH KERANA UNDI MENINGKAT. IKUT CARA KEMPEN I MALAYSIA PASTI KITA KITA KALAH 5 ATAU 6 RIBU UNDI TAPI TIDAK INI BERMAKNA BAHAWA ALLAH SWT MEMBERIKAN PETANDA KEPADA KITA (PR) SUPAYA TERUS BERUSAHA MENGGANDAKAN USAHA SUPAYA CITA-CITA KITA MEMBAWA PAKATAN KE PUTRAJAYA AKAN BERJAYA INSYAALLAH.

TERUSKAN USAHA KITA

Friday, April 23, 2010

ALLAH SWT MAHA MENGETAHUI

KEJAYAAN KITA ATAU KEGAGALAN KITA DI P094 BUKAN PERKARA POKOK UTAMA YANG PALING PENTING TETAPI YANG PALING PENTING SETAKAT MANAKAN USAHA KITA UNTUK MENDAULATKAN ISLAM DAN MEMENANGKAN MEREKA YANG MENJADIKANK EADILAN AGENDA UTAMA. IKHLASKAH KITA BERJUANG. ATAU KITA BERJUANG UNTUK MENGHARAPKAN MANUSIA MENGAGUNGKAN KITA????.

MARILAH KITA BERDOA KEPADA ALLAH YANG MENGUASAI SEKALIAN ALAM AGAR APA-APA YANG BERLAKU DI HS PADA 25 APRIL MEMEBERIKAN KETENANGAN KEPADA KITA.

YA ALLAH KAMI HAMBAMU YANG HINA, HAMBAMU YANG BANYAK MELAKUKAN DOSA, HAMBAMU YANG ZALIM, KAMI MENZALIMI DIRI KAMI SENDIRI. YA ALLAH DENGAN PENUH KELEMAHAN KAMI MEMOHON KEPADAMU YA ALLAH BERILAH KEMENANGAN KEPADA CALON PR DALAM PRK DI HS.
AMIN, AMIN, AMIN YA RABBAL ALAMIN.

DOA DARI TUAN GURU KU DATO NIK ABD AZIZ

SEMOGA P094 MEMBERIKAN CAHAYA KEMENANGANKEPADA YANG HAK.

Posted by Topeng Perak® Unmasked at 2:12:00 PM 9 comments ShareThis
Perutusan Mursyidul Am PAS Untuk Pengundi Hulu Selangor


Assalamu'alaikum warahmatullahi wa barakatuh, dan Salam Sejahtera.

Firman Allah SWT (al-An'am 6:162),

Maksudnya, "Katakanlah: Sesungguhnya sembahyangku dan ibadatku, hidupku dan matiku, hanyalah untuk Allah Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam."

Sesungguhnya, segala puji-pujian yang tidak terhingga kepada Allah Tuhan yang mencipta dan mentadbir sekalian alam. Puji-pujian juga yang teramat tinggi kepada Nabi Muhammad Pesuruh Allah, Nabi pengakhir zaman.
Didoakan kepada semua pengundi bagi pilihan raya kecil P.094 Hulu Selangor berada di dalam keselamatan dan kesejahteraan hendak-Nya.

Tuan-puan, dan saudara-saudari yang dihormati sekalian.
Bersempena dengan musim kempen pilihan raya ini, sukacita saya mengingatkan diri saya dan menyampaikan ingatan sama kepada sidang pengundi sekalian yang bakal mengundi pada hari Ahad, 25 April 2010 nanti.

Jadilah ingatan ini sebagai panduan utama untuk sidang pengundi sekalian menjadi seorang yang berhak mengundi, menunaikan tanggungjawab mengundi dan memangkah kertas undi dengan pasangkan niat , "sesungguhnya aku mengundi untuk menegakkan kebenaran dan keadilan serta kesejahteraan hidup di dunia dan di akhirat."

Tuan-puan, dan saudara-saudari sidang pengundi sekalian.

Perkara pertama kita kena tahu, betapa Umno telah menghancurkan simbol Bulan Bintang yang dipakai oleh PAS pada tahun 1971. Sedangkan pada PAS, Bulan Bintang itu mempunyai makna yang besar dari segi mendidik rakyat kepada cara hidup beragama. Pertama, Bulan Bintang itu dipakai di atas menara masjid-masjid –– rumah Allah Tuhan yang Maha Kuasa. Kedua, Bulan Bintang adalah simbol bagi PAS untuk menghidup dan menghayati serta melaksanakan falsafah hidup beragama (muslim sejati) berteraskan doa iftitah yang selalu dibaca ketika permulaan sembahyang. Doa yang dimaksudkan ialah "sesungguhnya sembahyang ku, ibadat ku, hidup ku dan mati ku adalah kerana Alllah Tuhan yang memelihara dan mentadbir sekalian alam (Lillahi Rabbi 'alami)." Oleh sebab itu, melalui simbol Bulan Bintang apabila dilihatnya, maknanya seseorang diajak untuk mengingati tanggungjawab beragama –– sembahyang dan beribadat, serta memikirkan soal hidup dan mati. Dengan cara itu, harapan PAS supaya rakyat sentiasa berada di dalam kehidupan beragama, berkeamanan dan berharmoni.

Akibat daripada larangan penggunaan simbol Bulan Bintang itulah dapat dilihat hari ini, bila mana rakyat hari ini begitu bercelaru amalan hidupnya –– terbabit dengan segala amalan maksiat dan kerosakan akhlak serta berlaku amalan hidup yang berlawanan dengan apa yang ucapkan di dalam solat. Di samping berlaku tingkah laku yang di luar daripada sifat kemanusiaan seperti membuang bayi dan pembunuhan sesama insan.

Perkara kedua yang perlu diingati ialah tindakan pemimpin Umno yang telah menghapuskan penggunaan tulisan jawi. Tulisan jawi juga dihapuskan dalam pendidikan di sekolah. Ia berlaku zaman Almarhum Khir Johari, menghapuskan pengajaran dan penggunaan tulisan jawi itu.

Kesannya ramai orang Melayu, khususnya generasi sekarang tidak pandai membaca dan menulis jawi. Sedangkan jawi adalah tulisan dan bahasa al-Quran, dan ia adalah warisan ilmu orang Melayu zaman berzaman. Maka, ia bukan sekadar menghapuskan budaya ilmu yang menjadi medium pendidikan utama orang Melayu, malah orang Melayu kini amat dangkal dengan pengetahuan al-Quran kerana mereka sudah tidak pandai membaca al-Quran. Inilah bahananya dasar Umno.

Rakyat kena persoalkan, kemana Umno nak bawa rakyat. Nak kata Umno nak bawa ke jalan agama, jelas Umno sudah buat banyak perkara yang bercanggah dengan kehendak Islam seperti melarang guna Bulan Bintang dan tulisan jawi.
Tuan-puan, dan saudara-saudari sidang pengundi sekalian.

Pekara ketiga, layak juga dipersoalkan kepada pemimpin Umno, apakah tujuan sebenar Umno lawan sangat PAS ini? Sedangkan PAS sudah diakui sebagai parti yang berjuang untuk Islam, demi untuk melaksanakan pentadbiran dan mengamalkan sistem masyarakat Islam di Negara ini. Boleh jadi, Umno lawan PAS atas dasar demokrasi.

Jika begitu, kaedah demokrasi sebenarnya mengajar kita supaya berlaku adil kepada semua pihak. Apabila bertanding dalam pilihan raya, hendaklah mengamalkan pilihan raya yang adil dan bersih, tiada ugut-mengugut dan sogok-menyogok. Jika PAS menang, kena terima itu mandat rakyat dan perlu dihormati. Persoalannya, apa pasal pula Umno begitu gah kononnya berjuang ikut demokrasi, tetapi prinsip demokrasi tidak sedikit pun dipatuhi?

Tengok saja atas isu wang royalti petroleum. Sekian lama negeri Terengganu di bawah kuasa BN, royalti minyak dibayar kepada kerajaan negeri . Tetapi bila saja PAS menang di Terengganu tahun 1999, setahun selepas itu royalti sudah ditarik dan ditukar pula kepada wang ihsan. Itupun sudah tidak diberi kepada kerajaan negeri. Ia disalur terus kepada Umno bahagian. Semuanya adalah bukti Umno sendiri tidak hormat, malah melakukan perkara yang bercanggah dengan prinsip demokrasi.

Benarlah Umno yang mendakwa berpegang dengan prinsip demokrasi, hakikatnya Umno tidak mematuhi prinsip demokrasi.

Cuba kita renungkan sedikit, bagaimana Islam pula mengajar umatnya berjuang. Sesungguhnya Islam adalah lebih bertamadun berbanding demokrasi, kerana demokrasi tidak mengajar soal dunia dan akhirat. Namun, Islam dikatakan lebih bertamadun kerana mengajar kita dengan prinsip bahawa 'apa saja yang kita perjuangkan, semuanya akan disoal oleh Allah SWT di akhirat.' Prinsip seumpama ini adalah selari dengan prinsip 'sembahyang ku, ibadat ku, hidup ku dan mati ku, semuanya kerana Allah Tuhan yang memelihara dan mentadbir sekalian alam.' Barang ini (prinsip ini) tidak ada dalam perjuangan Umno.

Sebab itulah kita berani katakan bahawa perjuangan Umno adalah perjuangan sekular. Lebih-lebih lagi, Umno dilihat lebih mengutamakan pembangunan berteraskan kebendaan semata-mata. Maka, tidak ada bezanya perjuangan Umno itu dengan perjuangan parti politik di Barat yang mementingkan pembangunan dan kemajuan semata-mata. Sebab itulah, perjuangan Umno mengasingkan prinsip agama dengan politik. Maka jadilah Umno sebagai parti sekular, iaitu sebuah parti yang mengamalkan politik suku, agama suku. Ia memberi makna, semacam kerja politik tiada kaitan dengan dosa dan pahala lagi. Sebab itulah ada pemimpin Umno berani melakukan segala amalan politik yang bercanggah dengan ajaran agama. Mereka mengamalkan politik wang, politik ugut dan politik paksa. Sedangkan kesemuanya itu bercanggah dengan ajaran Islam dan dilarang keras oleh Nabi Muhammad SAW.

Tuan-puan, dan saudara-saudari sidang pengundi yang dikasihi sekalian.

(Akhirnya), perkara keempat mengenai perjuangan Umno ialah amalan salah Umno yang sentiasa mengasing-asingkan rakyat dengan membeza-bezakan rakyat mengikut kaum-kaum. Akibat amalan salah Umno itu, akhirnya orang Melayu dibeza-bezakan dengan bukan Melayu. Dan paling salah membeza-bezakan antara Melayu yang sokong Umno sebagai Melayu-Umno dan yang sokong PAS sebagai Melayu-PAS.

Kemudian berlaku pula pengasingan antara hak Melayu dengan hak bukan-Melayu, diikuti pula hak Melayu-Umno dengan hak Melayu-PAS. Paling teruk juga, orang Melayu-PAS telah dibeza-bezakan dari segi jawatan dan kenaikan pangkat, subsidi dan bantuan, dan hak-hak antara negeri diperintah Umno-BN dengan negeri diperintah PAS-Pakatan Rakyat. Seperti juga berlaku pada akhir-akhir ini, bila mana persoalan wang royalti petroleum untuk Kelantan sendiri tidak diberikan kepada kerajaan negeri, sedangkan kepada kerajan negeri Sabah dan Sarawak terus diberi. Apa yang berlaku, 'royalti' ditukar kepada 'ihsan' dan pemberian ihsan pula adalah kepada Umno bahagian.
Demikianlah, buruknya amalan membeza-bezakan itu. Ia telah mendera rakyat Kelantan, kerana kerajaan negeri Kelantan hari ini adalah dipilih atas hak dan kehendak rakyat. Amalan Umno sebegitu telah menepikan langsung nilai keadilan yang diajar oleh Islam. Sekaligus bertentangan dengan ajaran Tauhid Islam. Mengikut ajaran Tauhid, bukan hanya Tuhan itu Satu, tetapi satu segala-galanya. Hatta manusia yang berbagai-bagai bangsa itupun adalah disatukan di bawah satu keturunan iaitu keturunan Nabi Adam AS.

Oleh itu, kembalilah kita kepada ajaran Islam dan mengamalkan cara hidup beragama. Sesungguhnya sistem Islam adalah benar dan adil untuk semua kaum. Ingatlah, firman Allah (surah Ali-Imran 3:102-103),

Bermaksud, "wahai orang-orang yang beriman! Bertakwalah kamu kepada Allah dengan sebenar-benar takwa dan jangan sekali-kali kamu mati melainkan dalam keadaan Islam. Dan berpegang teguhlah kamu sekalian kepada tali Allah (agama Islam) dan janganlah kamu bercerai-berai ."

Sebenarnya Allah SWT tidak menerima segala amalan kita, melainkan kita beramal dengan ajaran Islam yang syumul. Menolak perjuangan Umno sudah pasti membebaskan diri kita daripada segala-gala amalan salah.

Sehubungan itu, saya menyeru dan merayu kepada sekalian pengundi Hulu Selangor yang budiman lagi bijaksana, undilah calon Pakatan Rakyat Datuk Zaid Ibrahim dari parti KeADILan. Saya penuh yakin dan percaya di atas pengalamannya selaku bekas ahli parlimen dan menteri kabinet, sesungguhnya beliau mampu melaksanakan tugas dan tanggungjawab untuk membela dan menunaikan harapan rakyat di parlimen Hulu Selangor. Keluarlah mengundi beramai-ramai, jangan hiraukan ugutan Umno-BN dan selamat mengundi.

Semuga tuan-puan, dan saudara-saudari sekalian dirahmati Allah Tuhan yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang.


"Harapan Baru Malaysia"




*** PAS UNTUK SEMUA ***


Sekian.

Tuan Guru Nik Abdul Aziz Bin Nik Mat,
Mursyidul Am PAS

DARI BLOG TOK GURU

Tuesday, April 20, 2010

TERKENANG MEREKA YANG TELAH PERGI BERTEMU ALLAH SWT


SANG PAHLAWAN YANG MENGORBANKAN SEGALA HARTA, KUDRAT DAN NYAWA DEMI KEDAMAIAN DAN KEADILAN ISLAM DI BUMI JAUH....AL FATIHAH

Kehidupan Manusia

Di manakah Penghujung kita????????????. Husnulkhatimah kah atau suu'ulkhatimah??????. wahai makhluk yang BERNAMA MANUSIA INGATLAH BAHAWA KEHIDUPAN MU PASTI AKAN MENUJU KEHANCURAN. PADA KETIKA ITU, PASTI KAMU AKAN MENYESAL.!!!!.

MAHU ATAU TDAK MAHU KITA PASTI AKUR DAN MENERIMA KETENTUAN ALLLAH SWT. KITA TIDAK DAPAT LARI DARIPADA PENGHITUNGAN DAN PERKIRAAN DI HADAPAN ALLAH YANG MENGUASAI SELURUH ALAM.

PADA KETIKA ITU TIADA LAGI PEMBOHONGAN DAN PUTAR BELIT YANG PASTI KEBENARAN AKAN TERPANCAR DAN KEADILAN HAKIKI AKAN MUNCUL

ALLAH SWT TAALA BERFIRMAN DALAM SURAH AN-NAML AYAT 90 " DAN BARANGSIAPA YANG MEMBAWA KEJAHATAN, MAKA DISUNGKURKANLAH MUKA MEREKA KE DALAM NERAKA. TIADALAH KAMU DIBALASI, MELAINKAN(SETIMPAL) DENGAN APA YANG KAMU DAHULU KERJAKAN"

DARIPADA PENJELASAN SURAH INI JELASLAH BAHAWA PASTI MANUSIA AKAN BERHADAPAN SEGALA DENGAN SEGALA KERJA YANG MEREKA LAKUKAN KETIKA HIDUP DI DUNIA. HATTA PERKARA YANG SEBESAR ZARRAH PUN AKAN DINILAI DAN DIHISAB DI HADAPAN ALLAH SWT, HAKIM YANG MAHA ADIL.

OLEH ITU, SEMUA MANUSIA INSAFLAH. KERANA KEHIDUPAN ADALAH KEHIDUPAN YANG BEGITU SINGKAT. SEBENARNYA PERJALANAN DI DUNIA IALAH SATU TEMPAT UNTUK MENCARI BEKALAN BAGI PERJALANAN YANG TERLALU JAUH DI YAUMUL MAHSYAR.....

JUMPA LAGI .........

harapan zaid di PRK HS

Posted by Topeng Perak® Unmasked at 11:08:00 AM 14 COMMENTS ShareThis
Dato' Zaid Ibrahim & Hulu Selangor...






Pada hari penamaan calon, saya memberitahu para wartawan bahawa saya jatuh cinta pada Hulu Selangor. Saya telah bertemu, mendengar dan belajar daripada ramai orang. Saya telah berjalan melawati banyak tempat dan melihat banyak perkara yang menyentuh hati saya. Untuk saya, Hulu Selangor merupakan suatu kawasan yang cukup istimewa.

Saya telah bercakap dengan Menteri Besar Tan Sri Khalid dan saya beriltizam untuk bersama-sama mengangkat gagasan Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor bagi mengubah Hulu Selangor menjadi contoh tauladan yang dikagumi seluruh rakyat Malaysia. Selangor dianggap sebagai negeri maju dan taraf hidup masyarakatnya hampir menyamai Eropah Barat. Namun kenapa – sejak 50 tahun lalu – ribuan orang masih hidup tanpa bekalan paip air? Tanpa tanah? Tanpa harapan masa hadapan buat anak-anak mereka? Masa untuk kecewa telah tamat. Kini waktunya hak-hak yang dirampas dipulangkan kepada rakyat Hulu Selangor.

Anda memerlukan prasarana yang mudah, lebih ramai pasukan polis, lebih banyak klinik untuk memelihara kesihatan anda dan anak-anak anda. Prasarana, keselamatan dan kesihatan adalah hak asas untuk kesemua rakyat Malaysia. Hulu Selangor memerlukan pemimpin untuk menjuarai keperluan anda. Jika rakyat Hulu Selangor memberikan saya peluang, InsyaAllah saya percaya saya boleh menjadi pemimpin yang diharapkan itu.

Anak Muda


Golongan belia adalah masa depan Hulu Selangor dan negara. Tetapi anak-anak muda ini meninggalkan Hulu Selangor kerana kekurangan pekerjaan, kurangnya kegiatan serta kekurangan peluang untuk mereka melakukan perubahan. Hal ini mesti berubah. Hulu Selangor memerlukan orang-orang mudanya untuk menetap di sini. Kita mesti menukar Bukit Beruntung dan Lembah Beringin – yang sekarang seperti bandar terbiar – menjadi pusat pendidikan, perniagaan dan pembudayaan di Selangor. Kita mesti bekerja untuk menjadikan Hulu Selangor sebuah tempat untuk semua.

Tanah


Hulu Selangor hampir menyamai keluasan negeri Melaka dan dikurniakan kekayaan anugerah tanah dan alam semulajadi. Namun ribuan penduduk di sini tinggal dalam ketidak tentuan nasibnya sejak 50 tahun yang lalu, sehinggalah Ketua Menteri Tan Sri Khalid memberikan mereka geran-geran tanah. Namun banyak lagi tanah yang tidak bergeran, khususnya anak-anak para peneroka FELDA – meskipun ibu bapa mereka mengusahakan tanah tersebut lebih 30 tahun. Dalam masa yang sama FELDA mendapat habuan keuntungan berbilion ringgit.

Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor telah menyelesaikan beberapa isu ini dan kita bersedia untuk maju ke hadapan. InsyaAllah jika saya terpilih, bersama-sama dengan rakyat, khususnya golongan muda, kita akan menukar Hulu Selangor menjadi pusat utama Pelancongan Hijau (Eco) dan Warisan Semulajadi dalam negeri.

Air


Air merupakan sumber kehidupan. Di Selangor, kebanyakan air yang kita minum datangnya dari sini, justeru ia merupakan sumber alam yang tidak ternilai harganya. Oleh yang demikian semua orang berhak mendapatkan bekalan air bersih dan Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor memberikan 20 gelen air percuma kepada setiap isi rumah. Tidak ada sesiapapun di dalam negeri kita yang indah ini perlu kehausan, namun kita perlu mengasuh keinginan diri kita untuk mahukan suatu perubahan yang positif.

Saya berasal dari keluarga miskin. Saya faham kehendak, maruah dan impian rakyat Hulu Selangor, umpama ianya hasrat dari saya sendiri. Kepada rakyat Hulu Selangor, saya berkata, percayalah pada saya dan berikanlah saya peluang untuk sama-sama bekerja menjadikan impian ini suatu kenyataan. Ke arah Malaysia yang lebih baik.

Bersama Selamatkan Malaysia!


-Zaid Ibrahim

Sunday, April 18, 2010

GEJALA SOSIAL REMAJA/BELIA/GLG MUDA

PERMASALAHAN SOSIAL DALAM KALANGAN REMEJA/BELIA DI NEGARA INI SEMAKIN MERUNCING. PENINGKATAN KES DADAH, PEMBUANGSN BSYI, SEKS BEBAS, TERLIBAT DENGAN MINUMAN KERAS, MEMBUNUH, MEMUKUL, LUMBA HARAM, GENGSTERSM NDAN PELBAGI KES SOSIAL LAGI MENUNJUKKAN BAHAWA GOLONGAN REMAJA ATAU BELIA SEKARANG BERADA DALAM KEADAAN YANG AMAT MEMBIMBANGKAN.

DI MANAKAH KESILAPAN DAN KEKURANGAN YANG MENDORONG BERLAKUNYA POERKARA SEDEMIKIAN. JIKA KITA INGIN MELIHAT MASA DEPAN BASNGSA DAN NEGARA LIHATLAH GENERASI BELIA ATAU GOLINGAN MUDA SEKARANG. MUSNAHNYA GOLONGAN MUDA BERETI NEGARA JUGA AKAN MENUJU KELEMBAH KEHANCURAN ATAU KEMUNSNAHAN ATAU MASYARAKAT HIDUP DALAM KEGELAPAN UMPAMA ZAMAN JAHILLIAH.

SIAPA YANG BERTANGGUNGJAWAB SEHINGGA TERJADINYA PERKARA INI......??????

SIAPA YANG YANG PERLU BERTANGGUNGJAWAB......!!!!!!!!


WALAU APA MASALAH YANG MELANDA UAMAT MANUSIA PADA ZAMAN SEKARANG, SEMUANYA MEMPUNYAI JALAN PENYELESAIAN. BAGI KITA UMAT ISLAM. ADANYA PENYELESAIAN
TETAPI JALAN PENYELESAIAN MESTILAH MENJAWAP PERSOALAN BERIKUT.

1. ADAKAH KITA MENJADILAH AL QURAN DAN ASSUNNAH SEBAGAI PANDUAN KEHIDUPAN SECARA KESELURUHANNYA.

2. ADAKAH KEHIDUPAN KITA MENJADIKAN ALLAH SWT SEBAGAI TUHAN SEKALIAN ALAM.

3. BAGAIMANAKAH HUBUNGAN KITA DENGAN ALLAH SWT YANG MENCIPTA SELURUH MAHKLUK DAN ALAM INI.

4. APAKAH KITA REHDA DENGAN MELAKUKAN KEROSAKAN DI ATAS MUKA BUMI ALLAH SWT.

5. APAKAH KITA TERMASUK DALAM GOLONGAN YANG TERLALU TAKUT DENGAN MANUSIA DAN MAHKLUK.

6. SIAPA IDOLA KITA? RASULLULLAH SAW KAH ATAU MEREKA YANG LAIN.

7. GERUNKAH KITA DENGAN JANJI ALLAH BAHAWA MEREKA YANG MELAUKAN DOSA AKAN DI AZAB OLEH ALLAH DI NERAKA.

8. ADAKAH KITA MELAKUKAN PEMILIHAN YANG BETUL BILA BERLAKUNYA PILIHANRAYA UNTUK MEMILIH KERAJAAN YANG MENGGUBAL DASAR.

9. ADAKAH KITA MENGHORMATI DAN MENDEKATI ULAMA/

10. APAKAH KITA BETUL-BETUL MENGAMALKAN ISLAM ATAU ISLAM HANYA DI BIBIR SAHAJA.


FIKIRKAN KAN.....


BERSAMBUNG......

7.

KEMATIAN SUATU YANG PASTI

KELMARIN KITA MENDAPAT BERITA SEORANG ARTIS TANAH AIR TELAH KEMBALI KE RAHMATULLAH. ARTIS YANG DIKENALI DENGAN ACHIK. APA PENGAJARANNYA. INGAT KITA BOLEH LAKUKAN APA SAHAJ YANG KITA TAPI INGAT BAHAWA SUATU HARI PASTI KITA AKAN BERTEMU DENGAN ALLAH SWT DALAM KEADAAN KITA PENUH PENYESALAN ATAU KEGEMBIRAAN. INGAT DALAM SURAK AL MUNAFIKUUN. AYAT 10... ..WAHAI TUHANKU ALANGKAH BAIKNYA KALAU ENGKAU(ALLAH SWT) LAMBATKAN KEDATANGAN AJAL MATIKU KE SUATU MASA YANG SEDIKIT SAHAJA LAGI SUPAYA AKU DAPAT BERSEDDEKAH DAN DAPAT PULA AKU MENJADI ORANG-ORANG YANG SOLEH.

KEMATIAN ADALAH SUATU YANG PASTI. TIAP-TIAP YANG HIDUP PASTI AKAN MERASAI KEMATIAN KEMATIAN BUKANLAH SUATU YANG MUDAH TETAPI SESUATU YANG AMAT BERAT. KESAKITAN KETIKA SAKARATUL UMPAMA SEEKOR KAMBING YANG DISIAT KULITNYA KETIKA HIDUP. SAKITNYA. MARILAH KITA SENTIASA BERTAUBAT KEPADA ALLAH SEMOGA KESALAHAN DAN DOSA KITA SETIAP HARI DIAMPUN OLEH ALLAH SWT. HANYA DENGAN KEAMPUNAN DARIPADA ALLAH SWT SAHAJALAH KITA AKAN SELAMAT DI ALAM YAUMUL MAHSYAR. ALAM YANG TIDAK ADA LAGI AMALAN DAN PENGAMPUNAN DAN HANYA MENUNGGU PERBICARAAN DI MAHKAMAH YANG MAHA ADIL DAN ALLAH SWT SEBAGAI HAKIM YANG MAHA ADIL. SESIAPA YANG DISELAMATKAN DARIPADA API NERAKA DAN DIMASUKKAN KE DALAM SYURGA YANG DI BAWAHNYA MENGALIR SUNGAI ITULAH MEREKA YANG BERUNTUNG. SEMOGA KITA DIMASUKKAN DALAM KALANGAN MEREKA YANG DIBERIKAN SURATAN DISEBELAH KANAN ATAU DALAM KALANGAN ASHABUL YAMIN.

BARU NAK ULAS PERTANDINGAN 4 PERJURU DI HULU SELANGOR.

PIHAK BERTANDING. SELAMAT BERTANDING. SEMOGA SEMUA PENGUNDI DI HULU SELANGOR. DAPAT MEMBUAT KEPUTUSAN YANG TEPAT TENTANG PEMILIHAN PEMIMPIN MEREKA DI HS KE PARLIMEN. TAPI JANGNA LUPA PILIHLAH MEREKA YANG WIBAWA, BERANI MENEGUR, BUKAN YES MEN SAHAJA, MERAKA YANG ADA INTERGRITI. MEREKA YANG ADA PENDIRIAN, MEREKA YANG BVEBAS RASUAH, MEREKA DIDOKONGI OLEH PARTI YANG BEBAS RASUAH, MEREKA DIDOKONGI PARTI YANG TAK TERLIBAT DENGAN PROKSI ISRAEL, PARTI YANG TAK TERLIBAT DENGAN KOMISEN YANG BESAR. PILIHLAH MEREKA DARIPADA PARTI YANG ADIL. JIKA DEMIKIAN SIAPAKAH MEREKA SUDAH PASTI Z.....A.......I........D BETUL DAK TUAN/PUAN...... PIKIRKAN

BALA DARAIPADA ALLAH SWT

ULAMA IRAN MENYATAKAN BAHAWA BANYAK BERLAKU BENCANA GEMPA BUMI KERANA MANUSIA MAKIN ALPA BANYAK KEJADIAN SEKS BEBAS. SEKARANG BERLAKU LETUSAN SEBUAH GUNUNG BERAPI TELAH MENUTUPI RUANG UDARA SELURUH EROPAH. BAGAIMANA KALAU BERATUS GUNUNG MELETUS......
eHSAN DARI KELAB GREENBOC BLOGSPOT
ira-kira 17,000 penerbangan di sekitar Eropah dan hampir seluruh dunia dibatalkan atau ditangguhkan buat hari kedua semalam, berikutan debu gunung berapi Iceland yang semakin tebal memenuhi ruang udara negara itu serta sebelah barat Eropah hingga Rusia.

Pada hari biasa kira-kira 29,500 pesawat berada di udara, kata agensi lalu lintas udara Eropah, Eurocontrol yang menjangka 12,000 pesawat melakukan penerbangan semalam.

Kebanyakan negara Eropah yang menutup ruang udara mereka dan operasi pesawat dijangka pulih hari ini

"Awan debu dari gunung berapi itu berterusan bergerak ke timur dan tenggara," kata jurucakap Eurocontrol, Kyla Evans.

Serpihan ais sebesar rumah jatuh dari sebuah gunung berapi di bawah glasier Eyjafjallajokull, Khamis lalu, berikutan gas panas mencairkan ais.Gunung berapi itu meletus Rabu lalu buat kali kedua dalam masa kurang sebulan.

Kira-kira 40 penduduk berhampiran gunung berapi di selatan gunung berapi di selatan Iceland dipindahkan disebabkan banjir kilat, bilangan yang kecil daripada laporan awal pihak berkuasa kecemasan.

Banjir dari air yang mencair dijangka berterusan selagi gunung berapi itu meletus, kata Rognvaldur Olafsson dari Jabatan Perlindungan Awam.

Awan debu setinggi 6,000 hingga 11,000 meter itu menimbulkan kebimbangan partikel kecil debu mungkin menjejaskan enjin pesawat, menyebabkan pihak berkuasa menutup ruang udara di seluruh British, Ireland, Perancis, Denmark, Norway, Sweden, Finland dan Belgium.

Tidak lebih dari 120 penerbangan di zon Atlantik tiba di lapangan terbang Eropah pagi semalam berbanding 300 pada hari biasa, kata Evans dari Eurocontrol.
BERATUS

Apa Khabar sahabatku

APA KHABAR ABANG AT. MAAF LAMA TIDAK MENGUTUS BERITA. BUKAN SIBUK TETAPI ADA KERJA SIKIT. MOHON MAKLUMI JIKA ADA CERAMAH TERBARU. SETAKAT PAKAI STREAMIX MACAM MANA BANG AJI. ISU NAMPAK MAKIN PANAS. APCO....CO,CO KOMAS TAKA TO...MACAM LAGU PHIL DI HISDUSTANI LAH. ISU INI jgn hilang macam tu sahaja. ok bang aji

Kuasa Allah SWT


Kanopy naik atas bumbung rumah di pahang

Apa Khabar Kapal Selam

Disalin daripada Muslimeen Blogspot.
PANAS-KES KAPAL SELAM DIBICARA DI MAHKAMAH PARIS
, at 17.4.10,
Masa depan Datuk Seri Najib Razak sebagai Perdana Menteri Malaysia keenam semakin gelap dan diibaratkan bagai telur dihujung tanduk berikutan tindakan berani tiga peguam kanan Perancis yang memfailkan permohonan di mahkamah Paris menjalankan siasatan berhubung dakwaan rasuah dan pembayaran komisyen dalam pembelian kapal selam Scorpene oleh kerajaan Malaysia.
Menurut laporan Asia Sentinel yang bertajuk "Murky Arms Deal Linked To International Pattern of Kickbacks" oleh wartawan John Berthelsen bertarikh 16 April 2010, skandal berbilion dolar ini yang didakwa didalangi oleh Najib kini tidak lagi dapat dibendung dalam Malaysia dan kini telah melimpah ke arena antarabangsa.

Asia Sentinel berkata tindakan peguam, William Bourdon, Renaud Semerdjian dan Joseph Breham dengan kerjasama pertubuhan hak asasi Malaysia, Suaram, memfailkan kes tersebut dengan pihak pendakwa Perancis telah memusnahkan perancangan kerajaan Malaysia melalui badan kehakiman dan institusi Parlimen selama lapan tahun untuk menyekat kes ini daripada diadili pada peringkat antarabangsa.

Barisan hakim di Pejabat Pendakwaraya Paris telah menjalankan penyiasatan terhadap pegawai tinggi di Perancis, Pakistan dan negara lain berkaitan urusan pembelian kapal selam yang sama yang didakwa ada kaitan dengan unsur rasuah dan pembayaran komisyen.

Elemen pembabitan Malaysia dalam penyiasatan panjang ini disahkan dalam kertas siasatan bertarikh 4 Disember 2009 dan 23 Februari 2010.

Laporan itu menambah penyiasatan teliti tersebut dilakukan sejak dua tahun lalu oleh hakim penyiasat, Francoise Besset dan Jean-Christophe Hullin yang merangkumi ahli politik kanan Perancis serta penjualan kapal selam dan peralatan ketenteraan lain kepada kerajaan di seluruh dunia.

Media Perancis dikatakan tidak sanggup melaporkan sesetengah daripada tuduhan paling serius disebabkan kebimbangan implikasi politik.

Asia Sentinel menjelaskan dakwaan yang dibuat mempunyai kaitan dengan salah satu konglomerat pertahanan Perancis iaitu DCN yang dimiliki oleh kerajaan. Syarikat tersebut bergabung dengan firma elektronik Perancis, Thales pada 2005 menjadikannya antara kuasa dominan dalam industri pertahanan Eropah.

Anak syarikat DCN, Armaris terlibat dalam pembinaan kapal selam disel daripada kelas Scorpene yang dijual kepada India, Pakistan dan juga Malaysia. Kesemua kontrak jualbeli, menurut peguam yang bertindak bagi pihak Suaram, disyaki mempunyai unsur rasuah

Tambah laporan itu lagi sejak Najib berpindah portfolio daripada menerajui Kementerian Pertahanan ketika mana urusan jualbeli itu dikendalikan pada 2002 sehingga beliau menjadi Perdana Menteri dan Presiden Umno, skandal tersebut dilihat ancaman terbesar kepada kerajaan dan juga parti.

Kekuasaan Umno dilihat sebagai penghalang kepada skandal itu mendapat apa-apa pelunag untuk diutarakan dalam mahkamah Malaysia dan ini menjadi sebab utama mengapa Suaram terpaksa mendapatkan pertolongan daripada pendakwa Perancis.

“Kertas siasatan baru sahaja dikemukakan dan setakat ini telah menggerakkan siasatan awal polis terhadap aspek kewangan urusniaga tersebut," kata satu sumber Paris yang intim dengan pihak pertahanan Perancis.

"Belum ada siasatan rasmi lagi dan siasatan akan melihat kepada dokumen yang dirampas di DCN yang dilakukan ketika satu lagi penyiasatan dijalankan terhadap rasuah yang dibayar oleh DCN di Pakistan.

Sumber juga menyatakan pihak polis kini hanya menumpukan perhatian kepada dakwaan rasuah dan belum lagi melihat kepada kes pembunuhan wanita Mongolia pada 2006 yang bekerja sebagai penterjemah bagi pihak Najib dan sahabat beliau, Abdul Razak Baginda semasa berada di Paris berhubung urusan perniagaan kapal selam.

Asia Sentinel mendedahkan terdapat banyak kes pembunuhan yang berkaitan urusan penjualan pertahanan DCN di Taiwan dan Pakistan. Pendakwaraya mensyakki kematian 11 jurutera kapal selam Perancis dalam kejadian letupan bom pada 2002 di Karachi, yang pada mula dianggap perbuatan Al-Qaeda, sebenarnya adalah pembunuhan balas dendam akibat keenganan pihak Perancis untuk memberi rasuah bernilai jutaan dolar kepada pegawai tentera Pakistan.

Pembabitan Malaysia berkisar dakwaan pembayaran komisyen berjumlah €114 juta (RM540 juta) kepada sebuah syarikat tempatan, Perimekar bagi perkhidmatan sokongan berkaitan pembelian kapal selam. Perimekar dimiliki oleh KS Ombak Laut Sdn Bhd yang dipunyai oleh sahabat baik Najib, Abdul Razak Baginda. Isteri Abdul Razak, Maslinda ialah seorang peguam dan bekas majistret serta pemegang saham syarikat tersenut menurut peguam Perancis.

“Dalam tempoh beberapa tahun kebelakang ini, hakim di Perancis telah menyiasat beberapa kes yang melibatkan DCN," kata peguam Renaud Semerdjian kepada Asia Sentinel dalam temuramah melalui talipon.

"Ini bukanlah kes seumpama yang pertama disiasat. Terdapat banyak lagi ks yang serupa di Pakistan dan juga India. Apabila dilihat secara dekat setiap kali berlaku penjualan senjata maka kemungkinan pelanggaran undang-undang adalah amat tinggi.".

Sebagai Menteri Pertahanan dari tahun 2000 hingga 2008, Najib telah bertanggungjawab terhadap perancangan menaiktaraf pertahanan angkatan tentera Malaysia secara besar-besaran. Ini termasuk pembelian dua kapal selam daripada Armaris dan pajakan sebuah lagi kapal kelas Agosta yang pernah digunakan oleh tentera laut Perancis.

Jet pejuang Sukhoi juga dibeli Rusia dalam tempoh Najib menerajui Kementerian Pertahanan termasuk juga jutaan ringgit dicurahkan kepada kapal peronda perairan. Kesemua pembelian ini telah menimbulkan kecurigaan oleh pihak pembangkang dalam Parlimen Malaysia tetapi sebarang usaha penyiasatan berjaya dikekang oleh Umno. Malah apabila soalan diaju kepada Najib, beliau menjadi marah dan enggan menjawab.

Walaupun usaha hebat dilakukan oleh Umno untuk menutup kes rasuah berhubung pembelian peralatan tentera oleh Najib, isu pembunuhan penterjemah Mongolia berusia 28 tahun, Altantuya Shaariibuu yang juga kekasih yang ditinggalkan Abdul Razak akhirnya mendedahkan segala penyelewengan yang berlaku kepada perhatian dunia. Altantuya yang berperanan dalam perbincangan jualbeli kapal selam mendedahkan dalam suratnya yang dijumpai selepas kematian beliau bahawa dia cuba mengugut Abdul Razak untuk mendapatkan US$500,000.

Bagaimanapun Altantuya ditembak mati pada Oktober 2006 dan mayatnya diletupkan oleh dua pengawal peribadi Najib dengan menggunakan bahan letupan setelah Abdul Razak mengadu kepada ketua pengawal peribadi Najib, Musa Safri supaya menghalang Altantuya daripada menganggu beliau. Tidak lama setelah dibebaskan pada November 2008 dalam keadaan keputusan hakim yang meragukan, Abdul Razak meninggalkan Malaysia dan menetap di England. Kedua pengawal peribadi Najib tersebut dihukum tetapi tidak ada motif dibuktikan mengapa mereka melakukan pembunuhan itu.

Walaupun terdapat pengakuan daripada salah seorang yang tertuduh bahawa mereka akan dibayar lumayan sekiranya melupuskan wanita itu namun pihak mahkamah tidak membenarkan penyiarannya.

Urusan pembelian kapal selam itu tidak pernah dibangkitkan sepanjang perbicaraan mahkamah selama sebulan yang memperlihatkan bagaimana pendakwa, peguambela dan juga hakim berganding bahu bagi memastikan nama Najib tidak sesekali dikaitkan dalam mahkamah. Malah seorang penyiasat persendirian yang diupah oleh Abdul Razak untuk melindungi daripada Altantuya membuat pengakuan bersumpah yang menunjukkan bahawa Najib sebenarnya kekasih wanita Mongolia itu dan kemudiannya diserahkan kepada Abdul Razak.

Penyiasat persendirian, P Balasubramaniam mendedahkan bagaimana beliau dinyahkan dari Kuala Lumpur. Akhirnya beliau keluar daripada tempat persembunyian di India untuk menceritakan bahawa seorang ahli perniagaan yang rapat dengan isteri Najib telah menawarkan RM5 juta untuk menutup mulut dan meninggalkan negara. Bala juga mengatakan beliau menemui adik Najib, Nazim yang meminta beliau menarik balik akuan bersumpah yang dibuat.

Dalam penyiasatan yang sedang dijalankan di Paris sekarang, isunya berkisar apakah syarikat Perimekar kepunyaan Abdul Razak berhak kepada komisyen sebanyak RM540 juta tersebut.

Datuk Zainal Abidin Zin, Timbalan Menteri Pertahanan ketika itu memberitahu Parlimen, Perimekar menerima amaun tersebut iaitu 11 peratus daripada harga jualan kapal selam untuk "koordinasi dan khidmat sokongan". Kertas siasatan di Paris menunjukkan tidak ada sebarang jenis perkhidmatan sedemikian diberikan.

Menurut kertas siasatan, Perimekar didaftar pada 2001, beberapa bulan sebelum kontrak jualbeli ditandatangan. Syarikat tersebut menurut kertas siasatan itu lagi," tidak mempunyai daya kewangan yang kukuh untuk melaksanakan kontrak tersebut." Semakan akaun pada 2001 dan 2002 kata kertas siasatan itu lagi,"menunjukkan dengan jelas bahawa syarikat ini tidak langsung ada sebarang kemampuan atau kemampuan perundangan atau kemampuan kewangan dan/atau kepakaran untuk menyokong kontrak sedemikian rupa."

"Tidak seorang daripada pengarah atau pemegang saham Perimekar mempunyai pengalaman walau sedikit dalam pembinaan, penyelenggaraan atau logistik kapal selam," tegas kertas siasatan itu. "Di bawah terma kontrak €114 juta (RM540 juta) adalah berhubung beberapa peringkat pembinaan kapal selam." Pertimbangan pembayaran kepada Perimekar "adalah secara bulanan dan kos tanggungan penginapan anak kapal Malaysia sepanjang tempoh latihan mereka. Maka dengan itu tidak ada sebarang kaitan antara langkah-langkah pembilan dan peringkat pembinaan kapal selam seperti yang dinyatakan."

Pada 1 April 2010 Asia Sentinel melaporkan perkhidmatan penyelenggaraan kapal selam dilakukan oleh sebuah syarikat bernama Boustead DCNS iaitu syarikat kerjasama antara BHIC Defence Technologies Sdn Bhd, anak syarikat Boustead Heavy Industries Corp Bhd yang senaraikan di Bursa Malaysia, dan DCNS SA, anak syarikat DCN. Bahagian Industri Berat Boustead kini memasukkan Perimekar sebagai "sekutu kumpulan. PSB terlibat dalam pemasaran, menaiktaraf, penyelenggaraan dan khidmat berkaitan bagi industri pertahanan maritim Malaysia," menurut laporan tahunan Boustead.

Pada asalnya Boustead memaklumkan kepada Bursa Malaysia bahawa kontrak perkhidmatan adalah berjumlah RM600 juta untuk tempoh enam tahun atau RM100 setiap tahun tetapi kontrak itu kemudiannya melambung kepada RM270 juta setahun. Boustead Holdings dimiliki sebahagiannya oleh Kerajaan Malaysia dan berkait rapat dengan Umno.

"Terdapat asas kukuh untuk mempercayai bahawa (Perimekar) diwujudkan hanya untuk satu tujuansahaja: mengurus pembayaran komisyen dan mengagihkan amaun kepada penerima berlainan termasuk penjawat awam dan/atau orang tengah Malaysia atau asing," dedah kertas siasatan itu lagi.

rujukan
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/

Wednesday, April 7, 2010

ISU APCO TERUS MENDAPAT PERHATIAN

Disalin daripada Laman Sesawang Anwar Ibrahim
07 Apr 2010
Bukti APCO Zionis Dan Anti-Islam
By Anwar Ibrahim 18 Comments
Categories: Agenda Baru, Analisis, Antarabangsa, Anwar, Asia Tenggara, Demokrasi, Islam, Isu Semasa, KeADILan, Malaysia, Media, Pakatan Rakyat, Parlimen, Penerbitan and Umno
Dari Nat
Laman web APCO sendiri menunjukkan siapa sebenarnya yang terlibat dengan syarikat ini yang dibayar RM 23 million duit rakyat oleh Perdana Menteri Najib Razak untuk mengendalikan “strategi komunikasi” dan “membina imej” negara.
Ahli lembaga APCO termasuk dua bekas duta Israel – Shimon Stein (bekas duta kepada Jerman), dan Itamar Rabinovich (bekas duta kepada Amerika Syarikat) – serta Doron Bergerbest-Eilon, bekas ketua keselamatan Agensi Keselamatan Israel (Israeli Security Agency, ISA) yang lebih dikenali sebagai Shabak atau Shin Bet. Jawatan ini adalah bersamaan dengan pangkat Mejar Jeneral dalam tentera Israel.
Shin Bet bertanggungjawab menjaga keselamatan dalam negeri Israel, termasuk menghadapi intifada Palestin. Semasa intifada al-Aqsa, Shin Bet memainkan peranan untuk mengenalpasti identiti dan lokasi pemimpin-pemimpin Palestin yang dijadikan mangsa pembunuhan oleh serangan udara tentera Israel.
Shin Bet turut terkenal dengan kaedah-kaedah menyeksa tahanan mereka semasa soal-siasat. Seorang wartawan Palestin, Mohammed Omer, mendakwa beliau ditahan oleh Shin Bet pada tahun 2008 dan dibogelkan, dibelasah oleh lapan pegawai Shin Bet yang bersenjata – mengakibatkan beliau terpaksa dirawat seminggu di hospital. Makhamah Tertinggi Israel sendiri memutuskan bahawa kaedah-kaedah soalsiasat Shin Bet berketerlaluan, melanggar hak asasi manusia, dan bersifat menyeksa.
Penglibatan Shin Bet dengan APCO tidak terhad kepada satu individu. ASERO merupakan sebuah syarikat adik-beradik kepada APCO yang berkait rapat secara terbuka dengan APCO dan mempunyai pengkhususan dalam hal-hal keselamatan dalaman negara. Selain Doron Bergerbest-Elion, tiga lagi pemimpin utama ASERO adalah bekas pegawai berpangkat tinggi Shin Bet – David Harel, Oded Raz, dan Gadi Kalai.
Selain itu, Naib Presiden ASERO Carl Truscott, dan penasihat ASERO, Don Riegle Jr, adalah bekas ahli kerajaan Amerika Syarikat yang didapati bersalah menyalahgunakan kuasa mereka semasa berkhidmat.
APCO dan ASERO seumpama satu keluarga, dengan pemimpin-pemimpin yang sama. Doron Bergerbest-Eilon adalah presiden ASERO, manakala Mara Hedgecoth – anak kepada Margery Kraus, Presiden APCO – merupakan Naib Presiden di kedua-dua APCO dan ASERO. Denise Teeling pula, adalah Ketua Kewangan (CFO) bagi kedua-dua APCO dan ASERO juga. Menurut laporan Suruhanjaya Syarikat Malaysia, Denise Teeling dan Margery Kraus adalah direktor APCO Worldwide Sdn Bhd, yang ditubuhkan di Malaysia.
Mengapakah sebuah syarikat dengan kaitan yang amat rapat dengan elemen-elemen Zionis dan dipimpin oleh individu yang terlibat dengan organisasi yang terkenal kerana menyeksa orang Palestin diberi peluang membentuk dasar-dasar sensitif Malaysia?
Dengan pengupahan APCO, pengaruh Zionis, penyeksa serta mereka yang handal menyalahgunakan kuasa kerajaan kini telah dibenarkan menentukan hala tuju negara, serta kini mempunyai akses kepada semua peringkat kerajaan – termasuk maklumat yang berpotensi menjejaskan keselamatan dan kepentingan negara. Tidak membimbangkan ke, Ketua Kewangan ASERO, Denise Teeling, yang bekerja untuk bekas pegawai Shin Bet, terlibat secara terus dengan operasi APCO di Malaysia?
Selain daripada Israel dan Amerika Syarikat, kepada pengaruh siapakah Malaysia kini dibukakan? Di antara pemimpin ASERO satu-satu individu yang bukan warganegara Amerika, UK atau Israel adalah Kelvin Tan Wee Peng – seorang bekas polis Singapura. Continue reading ‘Bukti APCO Zionis Dan Anti-Islam’

KEM SOLAT MENDAPAT SAMBUTAN

DISALIN DARIPADA PORTAL RASMI KERAJAAN NEGERI KEDAH
Kem Anak Soleh dapat sambutan luar biasa

Oleh: SITI ZALEHA ABDUL RAHIM


BALING – Kem Anak Soleh yang julung kali dianjurkan oleh kerajaan negeri Kedah mendapat sambutan yang menggalakkan dari ibu bapa serta pelajar yang menjadi peserta kem tersebut. Kem tiga hari dua malam ini berlangsung di enam daerah iaitu Sik, Baling, Pokok Sena, Pendang, Bandar Bharu dan Langkawi memberi ruang kepada pelajar Tahun 5 dan 6 menyertainya, hanya mengenakan yuran pendaftaran sebanyak RM 10.

Dalam tinjauan wartawan Warta Darul Aman pada hari pendaftaran kem di Maktab Mahmud Baling mendapati ibu bapa amat bangga dengan penganjuran program seumpama itu bagi melahirkan pelajar celik solat serta mewujudkan anak yang soleh dan solehah.

Bagi Sakinah Abdul Rahman, 36, dari Kampung Bukit Terabak, Kupang berkata, melalui program ini, beliau dapat menghantar anaknya untuk mendekati ilmu agama terutama dalam usaha memperbetulkan solat.

“Di rumah kadang-kadang kita sibuk dengan tugasan harian tak dapat pantau sepenuhnya cara sembahyang anak-anak, melalui kem ini saya ambil peluang hantar anak untuk belajar cara-cara solat yang betul, lagipun dengan yuran RM10 kami yang berpendapatan rendah tidak teragak-agak untuk hantar anak ke kem ini,” ujar beliau yang menghantar anaknya Siti Aisyah Rizduan, pelajar Tahun 6 Sekolah Rendah Kebangsaan Kampung Keda.

Menurut Rofidza Md Noh, 39, seorang guru amat berbangga dengan program ini kerana pelajar sekolah dapar didedahkan dengan cara solat yang betul, seterusnya mereka kenal Allah, agama serta hormat kedua ibu bapa.

“Dalam zaman moden ini, ada juga pendedahan agama yang perlu diberikan kepada anak-anak kita. Apabila saya dengar ada Kem Anak Soleh ini, saya terus mendaftar anak saya yang sekolah Tahun 6. Selain itu, dalam cuti sekolah ini masa mereka juga dapat diisikan dengan perkara yang berfaedah,” jelas beliau.

Atas sikap prihatin terhadap anak-anak kampung, Siti Khatijah Ahmad, 48, telah menghantar lapan anak penduduk daripada Taman Mahameru, Kota dan Taman Impian.

“Anak-anak yang saya bawa ini mereka terdiri daripada anak-anak daripada keluarga yang memerlukan, memandangkan mereka ini tiada informasi mengenai aktiviti yang bermanfaat kepada rakyat, jadi saya ambil inisiatif minta izin ibu bapa mereka untuk bawa ke kem ini, Alhamdulillah, mereka izinkan.

“Mereka ini (anak-anak kampung) pandai dalam baca Al-Quran, tetapi disebabkan kekangan hidup mereka kurang pendedahan untuk mendalami ilmu-ilmu agama, jadi saya harap harap melalui kem ini mereka dapat betulkan solat,” jelas beliau yang juga mengajar Al-Quran kepada anak-anak kampung beliau.

Manakala bagi peserta kem, Mohd Humaidi Zakiyuddin, 12, beliau gembira untuk sertai program ini kerana banyak faedah yang diperolehi.

“Saya sarankan kepada kawan-kawan di luar sana untuk sama-sama kita serta kem ini kerana banyak kebaikan yang kita dapat untuk jadi anak yang berguna serta kita juga akan dapat ramai kawan,” jelas beliau yang sedang bersekolah di Sekolah Rendah Kebangsaan Kuala Pegang.

KEDAH SEJAHTERA NIKMAT UNTUK SEMUA-TEPAT

DISALIN DARIPADA PORTAL RASMI KERAJAAN NEGERI KEDAH
’Hilang’ RM50 juta demi kesejahteraan rakyat

Oleh: AZMAN AHMAD

Sungai Petani – Kerajaan negeri tidak berniat untuk menaikkan cukai tanah malahan telah bertindak menurunkan cukai tanah yang dinaikkan pada tahun 2007.

”Sebaik sahaja kepimpinan kerajaan negeri bertukar tangan dua tahun lalu, cukai tanah telah diturunkan. Akibat penurunan tersebut kerajaan kehilangan pendapatan sebanyak RM50 juta setahun namun ia dilakukan demi kesejahteraan rakyat,” kata YAB Dato’ Seri Ustaz Azizan Abdul Razak sewaktu berucap di majlis penyampaian geran tanah di perkarangan Pejabat Daerah Kuala Muda.

Bagaimanapun kerajaan mendapat semula pendapatan dari penebangan balak yang dibuat melalui tender terbuka dan hasil premium pasir, yang keduanya berjumlah RM58 juta.

Menteri Besar mengingatkan pemilik tanah supaya tidak lupa membayar cukai tanah, kerana cukai tanah adalah sebahagian dari hasil negeri. Begitu juga, katanya, bayaran untuk premium tanah perlu dijelaskan sebelum geran boleh dikeluarkan sebagaimana yang ditetapkan oleh undang-undang.

”Ramai yang telah memohon dan diluluskan tapi kerajaan tidak boleh beri geran kerana mereka tidak membayar premium tanah, apabila mereka tidak membayar, kerajaan tertunggak kutipan cukai tanah.

”Mengikut rekod pejabat tanah, tanah tersebut (yang tidak menjelaskan premium) masih belum bertuan, apabila ada permintaan baru, maka permohonan tersebut akan diproses dan apabila dikeluarkan geran, pemohon kedua membayar premium tanah dan dianugerahkan tanah tersebut kepada dia. Maka timbullah bantahan dari pemohon pertama, walhal dia tidak menjelaskan premium dahulu maka tanah itu bukan lagi miliknya,” jelas menteri besar.

Mengenai premis yang dibina di atas tanah kerajaan, Ustaz Azizan menjelaskan bahawa apabila tiba masanya, kerajaan perlu mengambil tanah tersebut maka kerajaan akan bayar saguhati.

”Ada sesetengah pihak tidak mahu saguhati, mereka mahu pampasan. Inilah yang perlu difahami, pampasan hanya untuk tanah bergeran, tanah hak milik kerajaan jka ada usaha memajukan tanah tersebut, maka kerajaan akan bayar saguhati bukan pampasan,” kata Ustaz Azizan lagi.

Katanya, tidak semua tanah yang dipohon akan diluluskan kerana kerajaan perlu mengambilkira kepentingan tanah tersebut kepada keperluan rakyat yang lebih besar.
Menteri Besar turut menjelaskan kriteria kelulusan tanah anugerah oleh kerajaan.

”Antara syaratnya ialah 10 tahun tidak boleh pindah, selepas 10 tahun, pemilik geran yang dianugerahkan hari ini boleh membuat tukar hak milik ataupun pajak. Sebelum genap 10 tahun, tanah ini dilarang sama sekali dari dipindah milik atau pun di jual. Jika terdapat keperluan yang memerlukan tanah ini dijual, maka kelulusan mesyuarat kerajaan negeri diperlukan

”Jika tanah tersebut terlibat dalam rancangan tanah kerajaan dan pemilik tanah yang tergesa-gesa menukar hakmilik tanah, kerajaan akan menaikkan premium tanah tersebut. Begitu jugak bagi pemilik yang tertunggak cukai tanah, kerajaan akan menaikkan premium tanah tersebut juga.

”Tidak keinggalan juga yang melanggar syarat seperti syarat tanah untuk pertanian tetapi dibina bangunan di atas tanah tersebut, naka premium tanah tersebut juga akan dinaikkan,” jelasnya.

Dalam majlis tersebut seramai 120 pemohon diberi geran hak milik, di mana tanah paling luas diperolehi ialah 10 ekar dan yang paling kecil setengah ekar.

Turut hadir di majlis tersebut ialah YB. Dr Hamdan Mohamed Khalib, YB. S. Manikumar, YB. Haji Abdullah Jusoh dan Pentadbir Tanah Daerah Kuala Muda, Encik Zaid Ahmad.

TAHNIAH UNTUK KERAJAAN NEGERI KEDAH

SAYA SEBAGAI RAKYAT NEGERI KEDAH INGIN MERAKAM SETINGGI-TINGGI TERIMA KASIH KEPADA KERAJAAN NEGERI KEDAH YANG MEREALISASIKAN KEDAH SEJAHERA NIKMAT UNTUK SEMUA. KEJAYAAN MELANCARKAN PROGRAM E-SINAR BERSAMA PROGRAM KAFALAH UNTUK MERINGGANKAN BEBAN RAKYAT MISKIN DI KEDAH SUATU PROGRAM YANG AMAT BERMANFAAT. TAHNIAH UNTUK TEAM YAB DATO.USTAZ AZIZAN ABD RAZAK DAN EXCO BELIAU. TERUSKAN KHIDMAT UNTUK RAKYAT DEMI KEHIDUPAN YANG LEBIH SEJAHTERA.
TERUSKAN USAHA MURNI SEMUA YB DUN KEDAH UNTUK KECEMERLANGAN DEMI ISLAM DAN KEADILAN.

SOLAT

MIMPI BENAR BERTEMU RASULULLAH

DISALIN DARI MUSLIMEEN UNITED BLOGSPOT.
SEMOGA KISAH MIMPI BENAR INI MEMBERIKAN PENGAJARAN KEPADA KITA
Kisah Benar: Pelajar UIA bermimpi bertemu Rasulullah SAW .
, at 6.4.10,


Sesuatu yang berharga utk dikongsi bersama...

Luangkan masa kalian untuk membaca.. ambil peringatan dari Baginda Nabi
sempena keputeraannya tahun ini.. tunjukkan kecintaan pada Rasulullah
s.a.w...

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani...

Ya Allah..lancar jari ini menaipkan sebuah pengalaman yg amat berharga
dr seorang insan yg dipilih Allah utk berjumpa Nabi Muhammad s.a.w.
melalui mimpi hari Khamis, 16 Rejab 1427H bersamaan 10 0gos 2006.

Nama yg dipilih oleh ayah beliau adalah Syamimi yg bermaksud
'kesayanganku', jua gelaran Nabi pada puteri kesayangan Baginda,
Fatimah. Ketika khilaf memilih nama itu, ayah beliau mengharapkan
mudah2an suatu hari nanti anaknya akan menjadi salah seorang mutiara
kesayangan Rasulullah s.a.w. Alhamdulillah, doanya makbul selepas 23
tahun kelahiran anak sulungnya daripada 8 adik-beradik.

Al-Quran 30 juzuk terpelihara kemas dalam hatinya. Beliau menghabiskan
masa 3 tahun utk menghafal 30 juzuk Kalamullah ketika berada di negeri
kelahirannya. Beliau hafal sendiri utk memenuhi harapan ibu ayah yang
mengharapkan ada dalam kalangan anak mereka menjadi seorang hafiz atau
hafizah. Sebagai anak sulung, beliau mengambil tanggungjawab ini utk
menjadi contoh kpd adik2 yg lain. Setiap hari beliau hafal 2 mukasurat
Al-Quran dan tasmi' dgn ustaz di sebelah rumahnya. Sekarang beliau
pelajar tahun 4 jurusan Undang-Undang Syariah di universiti ini.

Akak ni memang diuji dengan sakit yg tak tahu apa punca sejak lebih
setahun yg lalu. Sakitnya rasa seperti ditikam-tikam dengan pisau di
bahagian belakang tubuhnya, tambahan pula kaki yang sakit di bahagian
lutut sejak 8 tahun lalu tidak pernah sembuh. Pernah satu ketika,
selepas makan, beliau muntah bersama segumpal rambut dari kerongkongnya.
Penderitaannya hanya Allah dan dia sendiri yang tahu. Sudah lama beliau
tidak terdaya ke kelas kerana sakit itu membuatkan dia tidak dapat
berdiri atau berjalan. Hilang selera makannya hingga badannya susut
hampir 13 kg. Beliau hanya menggagahkan diri untuk pergi berwudhu' 2
hingga 3 kali sehari. Wudhu' itu dijaga sebaik mungkin untuk ibadah
sepanjang hari.

Hari2 yang dilaluinya dipenuhi dgn membaca Al-Quran dan qiamullail
sebagai pendinding daripada gangguan yg terus2an menyakiti diri.
Diceritakan makhluk2 halus itu akan mengganggunya terutama pada waktu
sebelum Subuh, Zuhur dan Maghrib. Beliau telah banyak berubat di merata
tempat, berjumpa doktor2 pakar, malah ulama' yg faqih dalam ilmu
perubatan islam serta akhir sekali bertemu sorang lecturer di sini. Tapi
beliau hanya mampu bertahan. Pesan ustaznya, setiap kali beliau sakit,
banyakkan baca Surah Al-Baqarah.

Pagi Khamis itu, beliau berniat utk hadir kuliyah sebab sudah terlalu
lama tidak mampu ke kelas. Beliau bangun kira2 jam 4.30 pagi utk solat.
Berbekalkan sedikit kekuatan yg digagahkan, beliau ke bilik air utk
berwudhu' dgn memapah dinding dan segala apa yg mampu membantu beliau
untuk berdiri. Habis berwudhu', beliau jatuh tersungkur, rasa seperti
ada yg menolak keras dari belakang. Tika itu beliau sudah tidak mampu
berdiri, justeru beliau merangkak ke bilik. Sampai saja di bilik, beliau
ketuk pintu dan rebah di depan bilik tersebut. Disebabkan sakit yg
mungkin dah tak tertanggung, dengan spontan beliau niatkan, "Ya Allah,
kiranya mati itu baik untukku, aku redha, tapi kiranya Engkau ingin aku
terus hidup, aku ingin dengar kata-kata semangat drpd Rasulullah s.a.w.
sendiri.."

Kemudian beliau pengsan. Sahabat2 sebilik mengangkat beliau ke dalam
biliknya dan di baringkan di sana . Waktu itu, sahabat2nya telah pun
'forward message' pd rakan2 yg lain agar dibacakan surah Yasin kerana
beliau nampak sudah nazak. Malah mereka telah sedia dgn nombor2 ahli
keluarganya utk dihubungi kiranya ada apa2 berlaku dengan izin Allah.
Kira2 jam 11 pagi itulah, ketika tertidur dgn tenang dalam waktu
qoilullah, beliau bermimpi. Beliau sedang terbaring dalam keadaan
memakai telekung dgn tangannya diqiam seperti dalam solat di suatu
tempat asing yang sangat cantik. Beliau terbaring di sebelah mimbar dan
kelihatan banyak tiang di sekitarnya.

Tiba-tiba datang seorang Hamba Allah dgn wajah yang bercahaya dari arah
depan dan berdiri hampir sekali, kira2 2 meter dari beliau. Wajahnya
SubhanaLlah..indah sekali, tak dapat nak digambarkan. Beliau tertanya2,
siapakah orang ini? cantik sekali kejadiannya dan hati beliau rasa
sangat tenang dgn hanya melihat wajahnya. Dirasakan seluruh kesengsaraan
yg ditanggung selama ini lenyap begitu sahaja. Kemudian, Hamba Allah itu
mengatakan, "Assalamu'alaikum, ana Rasulullah.." Subhanallah..baginda
Nabi rupanya! Nabi memakai jubah putih dan kain serban berwarna hijau di
atas bahu baginda. Beliau nampak dgn jelas mata Baginda Nabi, janggut
Baginda, rambut Baginda, kain serban di atas bahu Baginda dan tubuh
Baginda. Kemudian Nabi katakan "Enti fil masjidi" (kamu sekarang berada
di masjidku, Masjid Nabawi).. Allahuakbar!

Kemudian Baginda Nabi s.a.w. berkata: QalAllahuta' ala; "InnaAllahama'
assobirin" (sesungguhnya Allah bersama orang2 yg sabar). Ketika
mendengar suara Nabi mengalunkan Kalamullah, terasa bergema suara merdu
Nabi di seluruh alam. Sememangnya Baginda sebaik-baik kejadian dan
diciptakan dgn penuh kesempurnaan. Nabi katakan (dalam lughahl arab, tp
diterjemahkan di sini) ; "Ya Syamimi, dengan berkat kesabaran enti, dgn
sakit yg enti tanggung selama ini, dan dgn berkat Al-Quran yg enti
pelihara di dlm hati, maka Allah bukakan hijab utk enti nampak ana.."
Ketika Nabi menyebut Ya Syamimi, terlintas di hatinya "Ya Allah..Baginda
kenal ummatnya!". Ya Rasulullah... Ketika itu, beliau dapat merasakan
baiknya Allah, memberikan nikmat yg begitu besar buat dirinya.

Kemudian Nabi katakan lagi; "Sampaikan salamku buat sahabat2
seperjuangan Islam. InsyaAllah, kita semua akan berjumpa nanti.." Nabi
s.a.w. kemudian melafazkan; "Ummati.. ummati..ummati..." dan beliau
nampak jelas Nabi menangis saat itu. Beberapa titisan airmata Baginda yg
suci mengalir utk ummat Baginda! Kemudian Baginda Nabi melangkah pergi.
Beliau merintih, "Jangan pergi Ya Rasulullah.." tetapi Baginda tetap
pergi. Subhanallah, walaupun kita tak pernah bersua dgn Nabi yg mulia,
Baginda kenal dan sentiasa ingat akan ummatnya. Beliau sendiri tidak
pasti, apakah Baginda menangis kerana rindu kepada ummatnya, atau
mungkin saja baginda sedih dgn ummat akhir zaman ini? wallahua'lam...

Sedar daripada tidur yg amat indah pengisiannya itu, beliau masih
dikelilingi oleh rakan2 yg turut terdengar rintihan beliau dalam
tidurnya "Jangan pergi Ya Rasululah..." Beliau kemudian menceritakan kpd
para sahabat tentang mimpinya sekaligus menyampaikan salam Rasulullah
buat ummat Baginda. Semua yg mendengar menangis lantaran rindu pada
Nabi. Rasa malu pada Nabi krn kita jarang2 ingat pada Baginda sedangkan
kita amat terhutang budi padanya. Lebih2 lagi kita sedar bahawa hanya
syafaat Bagindalah yg dikejar di akhirat kelak.

Ya Allah..ketika itu, tiada kata yg lebih tinggi drpd kalimah
Alhamdulillah utk di rafa'kan pada Allah atas ni'mat yg begitu besar yg
Allah berikan pada dirinya. Rasa tak layak dirinya menerima anugerah dgn
ujian yg hanya sedikit berbanding insan2 yg lebih berat diuji oleh
Allah. Kiranya ada kalimah pujian yg lebih tinggi dr Hamdalah, pasti
akan beliau sebutkan buat Allah Yang Maha Kaya. Semuanya terangkum dalam
Rahmat-Nya yg melimpah ruah. Rasa sakit masih menular di tubuhnya. Cuma
kali ini dia bertekad tidak akan menangis lagi utk kesakitan ini.

Usai solat Zuhur, rasa sakit yg ditanggung makin hebat. Tak pernah
beliau merasakan sakit yg sebegitu rupa. Terasa panas seluruh badan dan
seluruh tubuhnya rasa ditikam pada setiap penjuru. Kalau dulu, beliau
akan menangis dalam menghadapi kesakitan, namun pada waktu itu beliau
pujuk diri utk tidak menangis. "Apa sangatlah sakit yg aku tanggung ini
berbanding nikmat yg Allah telah bagi utk melihat Baginda Nabi s.a.w.."

Kemudian beliau tidur. Beliau terus rasakan berada di tempat tinggi,
tempat yg biasa hadir sepanjang beliau menerima gangguan. Beliau katakan
"Ya Allah, apa lagi yg hendak Engkau berikan buat hambamu yg hina ni,
rasa malu sangat dengan-Mu Ya Allah..." Kemudian dgn izin Allah, datang
empat orang yg berpakaian serba hijau. Salah seorang daripadanya
mengatakan; "Assalamu'alaikum Ya Syamimi..Rasulullah s.a.w. sampaikan
salam buatmu. Kami utusan Rasululah..Nahnu khulafa' ar-rasyidin. Ana Abu
Bakr, ini Ummar Al-Khattab, Uthman bin 'affan dan Ali.."
Subhanallah..Saidina Abu Bakr memperkenal dirinya dan ketiga2 sahabat yg
mulia. Beliau nampak sendiri, Saidina Abu Bakr yg amat lembut
perwatakannya, Saidina Ummar dgn wajah tegasnya, Saidina Uthman yg
cantik sekali dan Saidina 'Ali yg agak kecil orangnya.

Para Sahabat mengatakan; "Kami diutuskan oleh baginda Nabi utk membantu
enti.." Kemudian keempat2 mereka membacakan ayat 102 surah Al-Baqarah yg
bermaksud:

"Dan mereka mengikuti apa yg dibaca oleh syaitan-syaitan pada masa
kerajaan Sulaiman. Sulaiman itu tidak kafir tetapi syaitan-syaitan
itulah yg kafir, mereka mengajarkan sihir pada manusia dan apa yg
diturunkan pada 2 malaikat di negeri Babylon iaitu Harut dan Marut.
Padahal keduanya tidak mengajarkan sesuatu kepada seseorang sebelum
mengatakan 'sesungguhnya kami hanyalah cubaan (bagimu) sebab itu
janganlah kafir.' Maka mereka mempelajari dari keduanya (malaikat itu)
apa yang (dapat) memisahkan antara seorang (suami) denagn isterinya.
Mereka tidak akan dapat mencelakakan seseorang dgn sihirnya kecuali
dengan izin Allah. Mereka mempelajari sesuatu yang mencelakakan, dan
tidak memberi manfaat kepada mereka. Dan sungguh, mereka sudah tahu,
barang siapa membeli (menggunakan sihir) itu, nescaya tidak akan
mendapat keuntungan di akhirat. Dan sungguh, sangatlah buruk perbuatan
mereka yang menjual dirinya dgn sihir, sekiranya mereka tahu.."

Selesai membaca ayat itu, para sahabat Nabi menghembus pada makhluk2
yang sedang mengganggu beliau dan mereka semua hancur terbakar.
Subhanallah..waktu itu terus terasa seolah2 tubuhnya yg sakit dahulu
ditukarkan Allah s.w.t. dgn tubuh yg baru. Hilang segala kesakitan yg
setahun lebih ditanggung beliau dgn sabar. Saidina Abu Bakr mengatakan;
"Inilah ganjaran besar dari Allah buat orang-orang yang sabar.."
Kemudian, para sahabat Nabi yg mulia pun pergi meninggalkannya.

Selesai mimpi indah yg kedua ini, beliau bangun dr tidur dan terus
duduk. Rakan2 sebilik pelik, kenapa beliau dapat bangun dan duduk dgn
mudah . Kemudian sahabat2nya itu menyuruh beliau bangun berdiri dan
alhamduliLlah..dgn mudah beliau bangun berdiri dan berjalan d sekitar
bilik. "Ya Allah, penyakit ana dah sembuh.." Semua sahabat yang ada di
situ bergembira dan menangis. Kemudian beliau segera ke bilik air untuk
berwudhu'. Dengan tubuh yang 'baru', beliau sujud syukur pada Allah
s.w.t. "Ya Allah, kiranya di beri tempoh sujud 100 tahun pun belum dapat
diriku menjadi hamba-Mu yg bersyukur atas nikmat yg telah Engkau
berikan.."

Beliau berpesan pada kami; "Adik-adik, wajarlah para sahabat Nabi yang
mulia sanggup mati demi mempertahankan Baginda. Akak yang diberi rezeki
melihat Nabi tak sampai pun 5 minit dah rasa tak sanggup berpisah
dengannya. Kalau boleh, nak duduk je di bilik untuk beribadah pada Allah
dan mengenang wajah Nabi yg mulia. Tapi menyedari banyak lagi taklifan
dan tanggungjawab kita atas muka bumi Allah ini, maka hidup mesti
diteruskan. Sekarang ini hati akak tenang sangat..kalau boleh, nak je
akak pinjamkan hati ni walau hanya sesaat agar adik2 dapat merasakan
betapa beningnya hati ini. Tapi itu tak mungkin kan , mungkin ini
bahagian akak, bahagian kalian? Hanya Pemiliknya Yang Maha Tahu. Akhir
sekali akak ingin katakan, tak rugi kita bersabar..."

Keperibadiannya indah. Cerminan al-Quran katanya 'Aisyah ra. Dari semua
aspek kehidupan, diperagakannya hanyalah kesyumulan. Allah mengajar
manusia berkehidupan di muka bumi ini melalui baginda. Menuruti
sunnahnya adalah pahala. Kasih sayangnya tiada bertepi, dari yang kecil
hingga yang tua, dari hamba hingga ke bangsawan, dari dulu sampai
sekarang, hingga ke akhirnya.. Dialah peribadi unggul sepanjang zaman.
Mencintainya suatu kemuliaan...

Pernah suatu ketika Rasulullah berkumpul didalam satu majlis bersama
para sahabat. Tiba-tiba bergenang air mata baginda s.a.w. Para sahabat
gelosah melihat sesuatu yang tidakmereka senangi di wajah Rasulullah
saw. Bila ditanya oleh Saidina Abu Bakar ra, baginda mengatakan bahawa
terlalu merindui ikhwannya.. Saidina Abu Bakar sekali lagi bertanya
Rasulullah saw, "bukankah kami ini ikhwanmu?" Rasulullah menjawab,
"Tidak, kamu semua adalah sahabatku.. ikhwanku adalah umatku yang belum
pernah melihat aku tetapi mereka beriman dan sangat mencintaiku... Aku
sangat rindu bertemu dengan mereka.."

Sesungguhnya Allah dan malaikat-malaikat-Nya bershalawat untuk Nabi. Hai
orang-orang yang beriman, bershalawatlah kamu untuk Nabi dan ucapkanlah
salam penghormatan kepadanya (al-Ahzab:56)

p/s: sungguh...berderaian air mataku mengalir..daku rindu akan
dirimu..Ya Rasulullah!
(kisah ini dinukilkan oleh sahabat Syamimi hasil pengalaman benar yang
telah dilalui..pernah disebarkan melalui e-mel & blog sebelum ini..)

sesungguhnya,ana sangat bersyukur kerana dilahirkan didunia ini sbgai
ummat nabi Muhammad S.A.W...
banyakkan lah berselawat dan mendengar zikir..insyaAllah kita semua akan
mendapt syafaatnya di Akhirat kelak..wallahu'alam..(*_*)
-Sumber-http://www.ar- rifke.com/ 2010/04/kisah- benar-pelajar- uia-bermimpi. html

Monday, April 5, 2010

DOA KU UNTUK SAHABTKU ABE AT

YA ALLAH BERILAH KEJAYAAN YANG CEMERLANG UNTUK PERJUANGAN SAHABATKU ABE MRNGHADAPI UJIAN DI DEWAN. SEMOGA 3.75 ATAU 4 CGPA. SABAR HADAPI SEGALANYA

ISU APCO:PENJELASAN DS ANWAR


PETIKAN DARIPADA MALAYSIA KINI
Anwar kemuka dokumen kaitkan Apco-Israel-1M'sia
Salhan K Ahmad
Mac 30, 10
12:46pm



Ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menuntut supaya kerajaan segera membatalkan kontrak perkhidmatan Apco Worldwide Sdn Bhd dan menubuhkan suruhanjaya siasatan diraja bagi menyiasat skandal yang disifatkan sebagai mencalar maruah negara.


Anwar yang juga ahli parlimen Permatang Pauh berkata beliau bimbang kerana kerajaan mengambil sikap membisu terhadap dakwaan penglibatan Apco, sedangkan maklumat strategik negara telah terjejas apabila kerajaan melantik syarikat perunding komunikasi itu.

"Sehingga kini perdana menteri belum pun memberi sebarang maklum balas terhadap gesaan saya agar segera mendedahkan serta memperincikan bentuk hubungan di antara kerajaan dan APCO, apa skop tugasannya, jumlah peruntukannya, setiap penasihat yang terbabit, peranan serta pengaruh mereka dalam kerajaan," katanya

Kerajaan sebelum ini mengesahkan melantik Syarikat Apco Worldwide Sdn Bhd dalam melaksanakan perkhidmatan berkaitan komunikasi secara "menyeluruh," selain melakukan program mempromosi dan mengurus imej negara di peringkat antarabangsa.

Apco juga mengeluarkan kenyataan berkaitan penglibatan mereka, dengan menyatakan bahawa mereka menyediakan sokongan komunikasi terhadap usaha-usaha reformasi kerajaan.

Penjelasan yang dibuat melalui Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Koh Tsu Koon dan ahli parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin di Dewan Rakyat sebelum ini, juga dibacakan semula oleh Anwar.


"Penafian yang dibuat oleh Apco itu merupakan usaha mereka untuk mengelirukan kita akan tarikh sebenar firma tersebut terbabit dengan pentadbiran perdana menteri sekarang.

"Penafian tersebut menggambarkan bahawa ianya tidak mempunyai sebarang hubungan dengan pentadbiran Dato' Sri Najib Razak, atau Dato' Sri Najib sendiri, pembantunya atau para penasihatnya," kata Anwar seterusnya ketika berucap di Dewan Rakyat hari ini.

Turut didedahkannya ialah peranan Ethos Consulting, sebuah firma rundingan tempatan yang didakwa bertanggungjawab memperkenalkan Apco kepada perdana menteri.

Anwar dalam pada itu turut mendedahkan nama dan maklumat ringkas beberapa individu dalam Apco yang didakwa mempunyai hubungan secara langsung dengan kerajaan dan tokoh-tokoh Israel

"Bolehkah perdana menteri menerangkan adakah sebelum Ethos atau Omar Mustapha; yang dikatakan bertanggungjawab membawa gagasan 1Malaysia bagi pertimbangan Perdana Menteri; Omar Mustapha atau mana-mana eksekutif Ethos tidak mempunyai apa-apa hubungan langsung dengan mana-mana individu yang ada kaitan dengan Apco?

"Perdana menteri perlu menerangkan adakah kerajaan atau Ethos atau mana-mana firma yang dilantik kerajaan; pernah melantik Mind Teams Sdn Bhd iaitu nama syarikat sebelum Apco secara rasmi bertapak di Kuala Lumpur.


"Paul Stadlen yang kini mengetuai Apco di Kuala Lumpur merupakan individu sama yang menandatangani perjanjian bagi pihak Mind Teams Sdn Bhd dengan Kerajaan Malaysia. Antara pengarahnya juga adalah Margery Kraus; CEO Apco dan invdividu penting yang terlibat dengan akaun di Israel," tambanya.

Anwar menamakan individu berkenaan dalam menjelaskan bentuk hubungan dan modus operandi Apco dalam membentuk pertalian dengan kerajaan yang melantik syarikat itu melalui firma bersekutu

"Apco dalam operasinya membentuk pertalian dengan kerajaan-kerajaan yang melantiknya menggunakan firma bersekutu (dengan izin "associates") di seluruh dunia. Selain Asero, firma bersekutu lainnya adalah Global Political Strategies.

"Di Israel, salah satu firma bersekutu adalah Asero Worldwide yang diketuai oleh Doron Bergerbest-Eilon, bekas Ketua Perlindungan dan Keselamatan, Agensi Keselamatan Israel dengan berpangkat Mejar Jeneral. Beliau juga adalah salah seorang penasihat antarabangsa kepada Apco


"Jadi kontrak-kontrak yang melantik Apco tidak semestinya di antara Apco dan kerajaan semata-mata. Kerajaan boleh sahaja melantik firma bersekutu Apco tetapi tenaga pakar dan jaringan penasihatnya serta jaringan sekutunya adalah dari Apco.

"Kalau di Israel, lantikan dibuat melalui Asero Worldwide. Contohnya, kontrak lantikan bertarikh 9hb Januari 1992 itu adalah di antara kerajaan Israel dan sebuah firma bersekutu bernama GCI International.

"Tetapi apabila kita meneliti kandungan perjanjian tersebut termasuk tenaga utama yang akan menjalankan tugas-tugas melobi, salah seorang pengurus kanannya adalah Margery Kraus yang kini merupakan CEO Apco," katanya.

Beliau turut mengemukakan dua perjanjian untuk menyokong dakwaannya - satu perjanjian antara Apco dan kerajaan Malaysia. Yang satu lagi ialah perjanjian antara kerajaan Israel dengan Apco ketika Ehud Barak mengetuai angkatan tentera Israel.

Katanya lagi, kontrak Malaysia dengan Apco ditandatangani pada 4 Ogos 2009 dengan tugas khusus untuk memperbaiki imej Malaysia di luar negara.


"Ini aneh bagaimana kerajaan tandatangan dengan syarikat. (Proses menandatangani perjanjian) ini disaksikan setiausaha akhbarnya sendiri, Datuk (Tengku) Sharifuddin (Tengku) Ahmad. Biasanya (kontrak) ditandatangi oleh pegawai kerajaan," katanya.

Anwar membuat penjelasan hari ini bagi menjawab tuntutan yang dikemukakan ahli parlimen Kota Belud Datuk Abdul Rahman Dahlan sebelum ini yang mahu Anwar dirujuk kepada jawatankuasa hak dan kebebasan parlimen kerana menyamakan slogan 1Malaysia dengan 1Israel.

Timbalan speaker Datuk Wan Junaidi Tuanku Jaafar kemudiannya berkata, usaha untuk merujuk Anwar ke jawatankuasa itu perlu dibuat secara usul untuk dijadikan sebagai salah satu daripada aturan mesyuarat.

Bercakap dalam sidang media selepas itu, Anwar berkata, wakil Rembau ingin mengalih tumpuan terhadap penglibatannya dan Omar Mustapha dalam Ethos Consulting.

"Isunya sekarang adalah wakil Rembau ingin lari daripada isu penglibatan dia dan Omar Mustapha dan Ethos (Consulting) dan tugas yang diberikan kepada Apco yang menjejaskan sekuriti negara kerana peranan perisikan," katanya lagi.

Anwar berkata demikian ketika mengulas mengenai penjelasan Khairy selepas beliau berucap di Dewan Rakyat mengenai kontrak Apco.

Anwar menjelaskan, peranan Apco telah wujud lebih lama sebelum itu melalui syarikat yang dikenali sebagai Mind Teams Sdn Bhd.

"Mind Teams ini adalah syarikat yang ditubuh sebelum Apco. Jadi Apco cuba lari daripada kenyataan seolah-oleh dia hanya berfungsi apabila Apco ditubuhkan.

"Saya ada maklumat bahawa sebelum Apco ditubuhkan, orang sama, pejabat sama, seorangnya CEO Apco Worldwide, seorang lagi Apco Kuala Lumpur. Jadi maknanya mereka terlibat lebih awal di Kuala Lumpur," katanya.

BAHAYA EJEN ISRAEL DI MSIA


PETIKAN DARIPADA MALAYSIA KINI
Anwar: Perisik Israel wujud dalam PDRM
Apr 6, 10 12:46pm

Ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar hari ini mendedahkan kewujudan perisik Israel dalam pasukan Polis Diraja Diraja Malaysia (PDRM).



Katanya, perkara berkenaan sebelum ini telah disahkan sendiri oleh cawangan khas Bukit Aman.

Bercakap ketika membahaskan bajet tambahan Kementerian Dalam Negeri di Dewan Rakyat hari ini, Datuk Seri Anwar turut mengemukakan beberapa dokumen bagi menyokong dakwaannya itu.

Beliau yang juga MP Permatang Pauh menamakan sebuah syarikat yang terbabit dan dikatakan berpengkalan di Israel.

Katanya lagi ini membuktikan maklumat negara telahpun dijual kepada ejen asing.

Katanya lagi ini juga menunjukkan sikap kerajaan yang bermuka-muka.

"Tak iktiraf israel tapi bersekongkol dengan rejim Zionis yang kejam," katanya.

[Berita penuh menyusul]
!

SALAM PERJUANGAN

LAMA TIDAK DAPAT MENGEMASKINI BLOG ANA KERANA MASALAH TALIAN INTERNET TIDAK MEMUASKAN. BANYAK ISU TAK DAPAT DIUTARAKAN. PENJELASAN DS ANWAR DI PARLIMEN SEPERTI YANG DIPAPARKAN DALAM AKHBAR HARAKAH AMAT JELAS MEMPERLIHATKAN HUBUNGAN AMERIKA DAN ISRAEL LAKNATULLAH DENGAN APCO WORLDWIDE. SAYA SEBAGAI RAKYAT MALAYSIA AMAT BERSETUJU DENGAN SARANAN SUPAYA KERAJAAN MENGKAJI SEMULA PERJANJIAN DENGAN APCO DEMI KESELAMATAN RAKYAT DAN NEGARA KITA.