Wednesday, July 7, 2010

Sebagai Rakyat Malaysia Saya menentang bekerjasama Dengan Agen yang ada hubungan dengan Zionis laknatullah

Kerajaan mestilah memberikan rasional jika benar kontrak dengan disambung lagi seperti yang dilaporkan dalam blog anwar ibrahim
Dari TV Selangor

Parti Keadilan Rakyat mencabar Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak mendedahkan butiran kontrak antara Putrajaya dan firma perunding berkaitan Zionis APCO Worldwide.

Gesaan ini dibuat ekoran sumber The Malaysian Insider yang melaporkan kerjasama antara Umno dan firma berkaitan Zionis ini telah diperbaharui akhir bulan lalu.

PKR turut mendesak kerajaan Umno mendedahkan bayaran yang dibuat kepada firma itu.

“Keseluruhan isu APCO hanya didedahkan selepas ketua pembangkang kami memberikan bukti berdokumen bahawa kerajaan mengambil khidmat khidmat APCO,” kata Ahli Parlimen Machang Saifuddin Nasution.

Ekoran pendedahan itu didapati kerajaan memeterai perjanjian bernilai RM76.8 juta untuk mendapatkan khidmat APCO.

“Kami ingin tahu kos kontrak yang diperbaharui ini dan apakah skop tugas dan tanggungjawab yang terlibat dalam kontrak kali ini?” kata beliau.

Saifuddin juga mendesak agar kerajaan menyediakan satu laporan komprehensif tentang prestasi dan pencapaian sejak khidmat APCO diambil tahun lalu

No comments:

Post a Comment